Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Advencer WMoto XDV 250i (2022) Lancar Oktober Ini?
Roda2

Skuter Advencer WMoto XDV 250i (2022) Lancar Oktober Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Holdings bakal meluaskan tawaran produk skuter WMoto menerusi pengenalan varian skuter advencer 250cc, iaitu XDV 250i.

Menurut sumber PanduLaju, pelancaran skuter itu dijangka sekitar dua bulan lagi yang akan diposisikan bawah jenama WMoto. Ada dua varian ditawarkan, iaitu Standard dan X. Bezanya, X didatangkan dengan kotak simpan, rim jejari dan visor angin lebih tinggi.

BACA >>> MForce Lancar Skuter 250cc WMoto RT3, Harga RM15k
BACA >>> #Spyshot: KTM Lakukan Uji Enduran 390 Adventure Enduro yang Lebih Lasak

Sebagai makluman, model ini akan menjadi produk kelas 250cc ketiga di bawah jenama WMoto selepas RT3 dan ES250i. Jenama itu turut menawarkan skuter lain seperti ES125 dan Xtreme 150i.

Malah, beberapa pengedar, termasuk tim MForce sudah berada di Vietnam untuk menghadiri majlis prapelancaran model tersebut, dan ada juga pengedar sudah membuka tempahan awal, tetapi tiada tanda harga didedahkan.

BACA >>> Dayang Vorela 150 Lancar di China, Klon ADV 150 yang Lebih Berkuasa, RM11.2k

Skuter advencer 250cc itu dikhabarkan sudah berada di Malaysia dan menjalani ujian enduran. Maklumat awal diperoleh menyatakan model itu mirip Longjia XDV 250Si, tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk pasaran Malaysia.

Jika melihat spesifikasi XDV 250Si, skuter itu dijana enjin silinder tunggal 244.3cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 24.13hp @ 9,750rpm dan tork 22.5Nm @ 6,750rpm.

Berikut perincian XDV 250Si:

  • Empat unit lampu utama jenis projektor LED dengan lampu siang (DRL) LED. Lampu signal belok LED dan lampu belakang LED.
  • Ada tambahan dua unit lampu kabus yang disepadukan bawah fairing depan. Bagaimanapun, model pasaran Malaysia mungkin tidak disertakan sekali kerana perlu mengikut piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Visor angin depan jenis boleh laras tiga tahap menggunakan tangan tanpa memerlukan alatan khas. Sistem kunci pula jenis wayarles.

  • Panel meter digital TFT 5 inci berwarna dengan lampu amaran dan indikator sebelah kanan dan bawah meter.
  • Sistem suspensi standard jenis Kayaba buatan China untuk fork teleskopik 37mm dan dwi-absorber.
  • Sistem brek cakera tunggal 240mm (depan), dan 220mm (belakang) dengan kaliper J.Juan serta dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim aloi 13 inci dengan profil tayar semua permukaan (all-terrain) saiz 110/70 (depan) dan 130/70 (belakang).
  • Kapasiti tangki minyak 13.5 liter. Ada ruang simpanan luas bawah pelana, manakala berat skuter 168kg. Tambahan lain ialah soket USB.

BACA >>> Honda ADV 350 (2022) Muncul di Vietnam
BACA >>> Honda Bangunkan Teknologi HUD pada Visor Angin
BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi Keyless Memang Mudah, Tapi Belum Tentu Selamat

SUMBER: MotoMalaya

Longjia XDV 250Si MForce Bike Holdings roda2 skuter advencer WMoto Wmoto XDV 250i
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.