• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / WMoto RT3S (2022) Versi Dipertingkat Masuk Pasaran, Harga Mula RM17.8k!

WMoto RT3S (2022) Versi Dipertingkat Masuk Pasaran, Harga Mula RM17.8k!

August 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TAHUN lalu, pasaran Malaysia menerima ketibaan skuter WMoto RT3S dan kini, model berkenaan menerima beberapa penambahbaikan untuk menjadikannya relevan dalam saingan semasa.

WMoto RT3S edisi 2022 dijual pada harga asas RM17,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Harga itu naik lebih RM2,700 berbanding model 2021 (RM15,188).

BACA >>> MForce Lancar Skuter 250cc WMoto RT3, Harga RM15k

Berikut ialah perinciannya:

  • Ada tiga pilihan warna baharu iaitu Union Red (merah), Youth Grey (kelabu) dan Justice Blue (biru) menggantikan pilihan sebelum ini iaitu Glittery Blue (biru), Matte Grey (kelabu) dan Red (merah).
  • RT3S baharu dilengkapi skrin TFT LCD berwarna penuh berbanding skrin LCD monokrom seperti edisi 2021.
  • Skrin itu ada tiga pilihan paparan dengan setiap satu membabitkan mode paparan siang dan malam, boleh ditetapkan secara manual atau automatik.
  • Ciri standard lain membabitkan sistem pemantauan tekanan tayar selain paparan ikon peringatan servis skuter. Spesifikasi lain RT3S kekal sama.
  • Trenkuasa lama iaitu silinder tunggal 247cc DOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair, menawarkan kuasa 23hp @ 8,000rpm dan tork 22.5Nm @ 6,500rpm bersama kotak gear CVT.
  • Sistem henti bergantung kepada cakera tunggal depan dan belakang, beserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch.
  • Suspenis jenis fork teleskopik dan set absober berkembar untuk roda belakang. Saiz rim dan tayar ialah 120/70-15 (depan) dan 140/60-14 (belakang).
  • RT3 juga menggunakan sistem kekunci pintar, ruang simpanan bawah pelana dengan sistem cahaya, kotak simpanan kecil pada panel depan beserta dua slot USB.

BACA >>> WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
BACA >>> MForce Bike Lancar Skuter Wmoto Xtreme 150i (2021), Harga Cuma RM9.5k!
BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA

WMOTO RT3S 2022 - 1
WMOTO RT3S 2022 - 2
WMOTO RT3S 2022 - 10
WMOTO RT3S 2022 - 8
WMOTO RT3S 2022 - 12
WMOTO RT3S 2022 - 11
WMOTO RT3S 2022 - 7
WMOTO RT3S 2022 - 9
WMOTO RT3S 2022 - 4
WMOTO RT3S 2022 - 5

SUMBER: PaulTan

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Mforce, roda2, Skuter250cc, WMoto RT3S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my