Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skoda Roadiaq – Model Konsep Kamper Ilham Pelajar Sekolah Vokasional
Auto Terkini

Skoda Roadiaq – Model Konsep Kamper Ilham Pelajar Sekolah Vokasional

Abang HirataBy Abang Hirata24/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENDEDAHAN mendalam ketika belajar memang penting untuk kesinambungan di alam pekerjaan.

Di Sekolah Vokasional Škoda, pendedahan diberikan memang bagus yang mana hasil dapat dilihat daripada kereta konsep pelajar sejak tahun akademik 2013/2014.

Pelajar di sana mendapat sokongan pasukan tutor dan pakar dari semua jabatan untuk merekabentuk dan membina kereta idaman. Apakah projek tahun ini?

Seramai 29 perantis menyiapkan Skoda Roadiaq, iaitu kereta konsep kesembilan yang direka sebagai kamper pejabat bergerak multifungsi. Selain rekabentuk menarik, ini ialah kenderaan elektrik (EV) yang diubah suai daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) Skoda Enyaq (foto bawah).

SUV itu sesuai digunakan individu nomad digital untuk mengembara, bekerja dan berhibur. Antara kelengkapan disediakan ialah Internet kelajuan tinggi, skrin 27 inci, beberapa soket elektrik dan tidak dilupakan, mesin kopi espresso.

Hanya beberapa langkah, Skoda Roadiaq dapat bertukar dari ruang kerja kepada ruang tamu yang lengkap dengan katil dan dapur kecil.

Perantis memulakan projek Skoda Roadiaq pada 2022 yang mengambil masa lebih sembilan bulan dengan lebih 2,000 jam masa bekerja.

Mereka menerima bantuan pasukan pakar Skoda dari Jabatan Pengeluaran, Rekabentuk dan Pembangunan Teknikal yang buat kali pertama turut melibatkan Jabatan Khidmat Teknologi Maklumat dan Jabatan Pembangunan Bahan Lestari.

Kumpulan perantis itu juga menerima bantuan pakar ubah suai kamper, Cargodesign dan KPS Automobile.

Modifikasi Luaran, Dalaman

  • Struktur bumbung baharu.
  • Pintu but baru sebagai sokongan kepada khemah.
  • Rim 21 inci Supernova daripada Skoda Enyaq.
  • Warna dwi-tona Emerald Green dan Moon White.
  • Tekstil untuk kerusi, kemasan pintu dan kluster instrumen dibuat daripada bahan kitar semula 100 peratus.
  • Balutan dibuat dengan kerjasama syarikat Autointerier Sindelar dan fabrik kitar kitar semula daripada Dual Borgstena
  • Perabot untuk berkhemah, tidur dan bekerja dibuat khas selepas konsultansi bersama pakar dan input daripada pelajar.
  • Sel solar dan soket sambungan kuasa dari luar.
  • Sambungan elektrik 12 V.
  • Bilik mandi berkuasa solar.
  • Skrin 27 inci.
  • Kamera.
  • Sambungan Internet kelajuan tinggi.
  • Perkakasan dapur.
  • Pengecas USB.
  • Mesin minuman espresso.
  • Pembesar suara wayarles.
  • Kit survival.

Dimensi Panjang, Lebar Sama

  • Memiliki dimensi panjang 4,649 mm dan lebar 1,879mm, sama seperti Skoda Enyaq.
  • Jarak roda bertambah sedikit kepada 2,770mm dan jarak tinggi bumi 180mm.
  • Memiliki ketinggian 2,050mm (+35mm).

Pacuan Semua Roda (AWD), Dwi-Motor Elekrtrik, Jarak Pandu Hampir 500km

  • Model pacuan semua roda (AWD) Enyaq 80x Sportline.
  • Motor elektrik belakang berkuasa 150kW (200hp) dan tork 310Nm.
  • Motor depan berkuasa 80kW (107hp) dan tork 162Nm.
  • Bateri litium-ion berkapasiti 82kWj (77kWj bersih).
  • Jarak pemanduan hingga 495km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Di sebalik projek itu ada cerita dan peluang keemasan. Pada lawatan kumpulan perantis berkenaan ke Škoda Design, Ketua Skoda Design, Oliver Stefani dan kakitangannya kagum dengan rekabentuk pelajar tahun kedua, Agáta Fraňková.

Menariknya, beliau ditawarkan menjalani program perantisan tambahan di Jabatan Rekabentuk yang kali pertama ditawarkan sejak program Kereta Pelajar bermula.

BACA >>> Magic Eye – Sistem AI Dibangunkan Skoda untuk Selenggara Mesin Kilang!
BACA >>> Sedan Škoda Slavia Buatan India Lancar, Enjin 1.0L Turbo, Manual 6-Kelajuan
BACA >>> Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

Agáta Fraňková Auto Terkini model konsep Oliver Stefani Roda4 ŠKODA Skoda Enyaq Škoda Roadiaq Škoda’s Vocational School
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.