Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Simulator Lumba Aston Martin AMR-C01 Ini Dikeluarkan 150 Unit Sahaja, Harga RM306k!
Aksesori

Simulator Lumba Aston Martin AMR-C01 Ini Dikeluarkan 150 Unit Sahaja, Harga RM306k!

Abang HirataBy Abang Hirata24/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENJADI pengeluar kenderaan berstatus premium sebenarnya memberikan peluang dan keistimewaan untuk mengetengahkan apa saja berkaitan kemewahan.

Sebelum ini, ada pengeluar kereta mewah mempunyai produk perabot dan fesyen, tetapi kali ini ada sesuatu yang baharu daripada Aston Martin, iaitu simulator lumba.

AMR-CO1 Racing Simulator ialah produk kerjasama Aston Martin dan syarikat teknologi Britain, Curv Racing Simulators. Produk untuk kediaman ini boleh dimiliki pada harga £57,500 (RM306,800), termasuk cukai dan dihasilkan untuk pemandu yang mahu bersaing secara digital atau dunia sebenar.

BACA >>>  Set Sofa Tema Lamborghini untuk Hiasan Ruang Tamu

Rekabentuk AMR-C01 dihasilkan Aston Martin, manakala aspek pembuatan dibikin Curv menerusi binaan monokok gentian karbon ringan.

Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman berkata;

Ini cabaran buat pasukan rekabentuk. Walaupun AMR-CO1 bukan kereta, ia membawa pengaruh kereta lumba Aston Martin.

“Simulator ini perlu mempamerkan keanggunan dan menonjolkan garisan dinamik sama serta keseimbangan perkadaran (proportion) seperti model Aston Martin sebenar dengan warisan perlumbaan. Saya menggambarkan AMR-C01 berada dalam kediaman paling indah sebagai karya arca seni.”

Curv Racing Simulators diterajui pemandu rasmi (works driver) Aston Martin, Darren Turner yang juga pakar simulator dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam simulasi Formula Satu (F1) canggih.

Menurutnya, AMR-C01 adalah mengenai rasa cinta kepada perlumbaan dan dihasilkan dengan keasyikan luar biasa serta menawarkan peluang kepada pengguna untuk berlumba dalam dunia maya dengan keselesaan di rumah sendiri.

Sasaran kami adalah menghasilkan simulator yang memberikan kenikmatan tinggi dalam dunia maya seperti perlumbaan sebenar.

“Posisi pemanduan AMR-C01 dibuat seperti Aston Martin Valkyrie supaya pengguna dapat rasa pengalaman penuh hypercar tersebut.”

CIRI AMR-C01

Berikut beberapa ciri khas dimiliki simulator AMR-C01:

  • Buatan tangan daripada pasukan Curv Racing Simulators menggunakan komponen paling berkualiti tinggi.
  • Menggunakan perisian Assetto Corsa terkini.
  • Bahagian depan menonjolkan gril signatur Aston Martin Racing.
  • Sesuai buat mereka yang menikmati dunia sukan digital dan pelumba yang mahu mengasah skil sebelum perlumbaan sebenar.

Tempahan AMR-C01 ini sudah dibuka dan hanya dihadkan 150 unit sahaja. Penghantaran pertama dijadualkan pada suku keempat 2020.

BACA >>> Aston Martin Valkyrie – Kereta Hiper Enjin NA Cosworth V12 Berkuasa 1,160hp!

aksesori AMR-C01 Aston Martin Aston Martin AMR-C01 Curv Racing Simulators Marek Reichman Simulator Lumba Simulator Permainan Video
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.