Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Shell Recharge Cipta Rekod Hab Pengecasan EV Altitud Tertinggi dalam Malaysia Book of Records (MBR)
Auto Terkini

Shell Recharge Cipta Rekod Hab Pengecasan EV Altitud Tertinggi dalam Malaysia Book of Records (MBR)

SyafieBy Syafie16/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SHELL Malaysia mencipta sejarah baharu membina hab pengecasan kenderaan elektrik (EV), Shell Recharge terbesar dengan altitud setinggi 1,865 meter dari paras laut yang terletak di Resorts Genting Highland, sekali gus mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Record (MBR).

Pengurus Besar Shell Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Dengan pembukaan hab Pengecasan Prestasi Tinggi Shell Recharge di salah satu altitud tertinggi di Malaysia, ini menandakan pencapaian besar dalam usaha kami mewujudkan ketersambungan untuk kemudahan pengecasan bagi kenderaan elektrik.”

“Dua tahun lalu, kita telah melancarkan kemudahan pengecasan Shell Recharge HPC pertama di Tangkak, Johor disusuli pengumuman pengoperasian tujuh lokasi pengecasan HPC sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), lapan bulan kemudian.”

Menurutnya lagi, pencapaian ini mengukuhkan lagi komitmen Shell dalam memperluas rangkaian penyelesaian e-mobiliti inovatif di seluruh negara selain menawarkan kelajuan, jarak dan ketersambungan yang terjamin kepada pengguna.

Bagi meraikan kejayaan ini, Shell Recharge telah menganjurkan acara konvoi bersama pihak media dengan menaiki Porche Taycan sekaligus menguji kelajuan pengecasan berkuasa tinggi 360kW.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata;

Kereta sport elektrik pertama kami membawa perubahan besar sejak kali pertama diperkenalkan pada 2019. Kini, kami amat berbangga untuk terus mengorak langkah ke depan bersama Shell Malaysia dan Genting Malaysia dalam menyediakan kemudahan pengecasan 360kW berkuasa tinggi pertama di Malaysia.”

“Dengan model Taycan terbaharu kami, kapasiti bateri elektrik yang dicas, atau juga disebut sebagai State of Charge (SoC) bagi peningkatan antara 10-80 peratus hanya mengambil masa 18 minit menggunakan pengecas DC 360kW berkuasa tinggi Shell Recharge.”

Kejayaan tersebut juga menjadikan Resorts World Genting sebagai destinasi kegemaran pemilik Taycan yang mahu keluar daripada kesibukan kota.

Auto Terkini Malaysia Books Of Records (MBR) Pengecas Prestasi Tinggi (HPC) Porsche Malaysia Porsche Taycan Resorts World Genting Shell Malaysia Shell Recharge
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.