Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sepang Tiada Rancangan Tubuh Pasukan MotoGP, Nasib Hafizh Masih Samar
Auto Terkini

Sepang Tiada Rancangan Tubuh Pasukan MotoGP, Nasib Hafizh Masih Samar

AryonBy Aryon17/05/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali berkata, desas-desus mengenai SIC bakal menubuhkan pasukan baharu untuk saingan MotoGP 2019 adalah masih terlalu jauh kerana keutamaan sekarang ialah mencari pasukan untuk pelumba negara, Hafizh Syahrin.

Razlan, yang bertanggungjawab atas perpindahan Hafizh dari Moto2 ke MotoGP untuk pasukan Monster Yamaha Tech3, dilihat hadir di Jerez minggu lalu untuk mengadakan rundingan mengenai masa depan pelumba asal Selangor itu susulan aksi mengagumkan sepanjang aksi pembukaan MotoGP musim ini.

Kemudian, timbul pula ura-ura SIC merancang menubuhkan pasukan MotoGP baharu dengan menjadikan Yamaha sebagai jentera utama dan Hafizh sebagai pelumbanya,

BACA >>> Sepang Cari Pasukan MotoGP Baharu untuk Hafizh Syahrin? Mahu Kekal Jentera Yamaha

Namun, Razlan berkata, peluang menubuhkan pasukan baharu itu masih terlalu jauh.

“Kami sebenarnya tidak bersedia untuk itu (tubuh pasukan),” katanya yang pada masa sama tidak mengetepikan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Menurutnya, Hafizh seeloknya kekal dalam persekitaran yang membuatkan dia yakin dan selesa untuk berlumba. Malah, bos Tech3, Herve Poncharal sebelum ini mendakwa pelumba jentera bernombor 55 itu ialah antara calon kuat yang dipertimbangkan untuk mengisi pelana kedua pasukan itu yang akan bekerjasama dengan KTM, musim depan.

“Kami cuma ada seorang pelumba MotoGP buat masa ini. Dia yang pertama. Ini ialah musim pertama,” kata Razali di Jerez.

“Walaupun pada peringkat ini kami ada pasukan Moto2 dan Moto3, tetapi untuk pergi ke MotoGP (dengan satu pasukan) ia tahap yang berbeza sepenuhnya dan kami sebenarnya tidak bersedia untuk itu,” kata Razlan lagi.

TECH 3 DAN KTM, KE MANA HAFIZH?

Selepas berakhir saingan MotoGP musim ini, Tech 3 akan bekerjasama dengan KTM untuk menubuhkan pasukan satelit baharu untuk pengeluar dari Austria itu.

KTM factory baru-baru ini mengumumkan membawa masuk pelumba sensasi dari Perancis, Johann Zarco. Bagaimanapun pelumba kedua KTM masih belum dimuktamadkan, manakala tradisi pasukan satelit biasanya akan memberi ruang kepada rookie yang direkrut daripada pasukan sama dalam Moto2.

Persoalannya, adakah ada tempat untuk Hafizh di KTM?

Auto Terkini Hafizh Syahrin Herve Poncharal KTM Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Monster Yamaha Tech3 Moto2 MotoGP Pescao 55 Razlan Razali roda2 SIC Tech 3
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.