• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sepang Cari Pasukan MotoGP Baharu untuk Hafizh Syahrin? Mahu Kekal Jentera Yamaha

Sepang Cari Pasukan MotoGP Baharu untuk Hafizh Syahrin? Mahu Kekal Jentera Yamaha

May 4, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter


GRID MotoGP 2019 dijangka mengalami perubahan besar. Menurut sumber MCN, orang atasan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia khabarnya bakal menyertai perlumbaan Grand Prix (GP) Jerez di Sepanyol, hujung minggu ini untuk cuba mengesahkan tempat dalam MotoGP 2019 dalam usaha menaik taraf pasukan untuk kelas premier.

Segalanya bermula dengan aksi pelumba negara, Hafizh Syahrin yang dipilih saat akhir untuk menggantikan pelumba Monster Yamaha Tech 3, Jonas Folger yang terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan. Ini dikuatkan lagi dengan aksi cemerlang Hafizh walaupun cuma berstatus rookie dan tidak pernah langsung menunggang jentera MotoGP melainkan ketika ujian pramusim kedua di Thailand, beberapa minggu sebelum kejuaraan sebenar bermula.

hafizh-syahrin-mugshot
yamaha-motor-logo
hafizh-syahrin-motogp-thailand-bg

Ini ditambah pula berita perpisahan Yamaha dan pasukan Tech 3 pada penghujung musim ini, yang mana pasukan dari Perancis itu akan berpindah ke pasukan KTM. Jadi, SIC dilaporkan sudah melakukan rundingan dengan Yamaha supaya Hafizh dapat terus menunggang jentera Jepun itu dalam MotoGP.

Bagaimanapun, grid MotoGP cuma dihadkan kepada 24 pelumba hingga penghujung 2020. Ini bermakna SIC mungkin terpaksa berbelanja lebih jika mahu menyertai kejuaraan MotoGP tahun depan. Caranya, SIC perlu membeli pasukan lumba sedia ada, dan kemungkinan yang ada ialah berkerjasama dengan pasukan satelit seperti Aspar atau Avintia. Itupun jika masing-masing sudi menggantikan jentera Ducati sedia ada dan mengekalkan Hafizh dalam pasukan. 

Apapun, keputusan itu pasti dialu-alukan Yamaha yang sudah dua tahun beraksi tanpa kehadiran pasukan satelit. Di sebalik cadangan pasukan satelit yang bakal diambil alih Valentino Rossi selepas bersara kelak, ini pasti membuatkan pasukan independen lain lebih berhati-hati untuk memberikan komitmen jangka pendek dengan pasukan factory itu.

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aspar, Auto Terkini, Avintia, GP Jerez, Hafizh Syahrin, KTM, MotoGP, Pescao 55, Sepang, Tech 3, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my