• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sepang Tiada Rancangan Tubuh Pasukan MotoGP, Nasib Hafizh Masih Samar

Sepang Tiada Rancangan Tubuh Pasukan MotoGP, Nasib Hafizh Masih Samar

May 16, 2018 By Aryon 1 Comment

FacebookTwitter


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali berkata, desas-desus mengenai SIC bakal menubuhkan pasukan baharu untuk saingan MotoGP 2019 adalah masih terlalu jauh kerana keutamaan sekarang ialah mencari pasukan untuk pelumba negara, Hafizh Syahrin.

Razlan, yang bertanggungjawab atas perpindahan Hafizh dari Moto2 ke MotoGP untuk pasukan Monster Yamaha Tech3, dilihat hadir di Jerez minggu lalu untuk mengadakan rundingan mengenai masa depan pelumba asal Selangor itu susulan aksi mengagumkan sepanjang aksi pembukaan MotoGP musim ini.

Kemudian, timbul pula ura-ura SIC merancang menubuhkan pasukan MotoGP baharu dengan menjadikan Yamaha sebagai jentera utama dan Hafizh sebagai pelumbanya,

BACA >>> Sepang Cari Pasukan MotoGP Baharu untuk Hafizh Syahrin? Mahu Kekal Jentera Yamaha

Namun, Razlan berkata, peluang menubuhkan pasukan baharu itu masih terlalu jauh.

"Kami sebenarnya tidak bersedia untuk itu (tubuh pasukan)," katanya yang pada masa sama tidak mengetepikan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Menurutnya, Hafizh seeloknya kekal dalam persekitaran yang membuatkan dia yakin dan selesa untuk berlumba. Malah, bos Tech3, Herve Poncharal sebelum ini mendakwa pelumba jentera bernombor 55 itu ialah antara calon kuat yang dipertimbangkan untuk mengisi pelana kedua pasukan itu yang akan bekerjasama dengan KTM, musim depan.

"Kami cuma ada seorang pelumba MotoGP buat masa ini. Dia yang pertama. Ini ialah musim pertama," kata Razali di Jerez.

"Walaupun pada peringkat ini kami ada pasukan Moto2 dan Moto3, tetapi untuk pergi ke MotoGP (dengan satu pasukan) ia tahap yang berbeza sepenuhnya dan kami sebenarnya tidak bersedia untuk itu," kata Razlan lagi.

TECH 3 DAN KTM, KE MANA HAFIZH?

Selepas berakhir saingan MotoGP musim ini, Tech 3 akan bekerjasama dengan KTM untuk menubuhkan pasukan satelit baharu untuk pengeluar dari Austria itu.

KTM factory baru-baru ini mengumumkan membawa masuk pelumba sensasi dari Perancis, Johann Zarco. Bagaimanapun pelumba kedua KTM masih belum dimuktamadkan, manakala tradisi pasukan satelit biasanya akan memberi ruang kepada rookie yang direkrut daripada pasukan sama dalam Moto2.

Persoalannya, adakah ada tempat untuk Hafizh di KTM?

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, Hafizh Syahrin, Herve Poncharal, KTM, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Monster Yamaha Tech3, Moto2, MotoGP, Pescao 55, Razlan Razali, roda2, SIC, Tech 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!
    Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my