Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Semua Kenderaan Ford Akan Guna Sistem Operasi Google Menjelang 2023
Auto Terkini

Semua Kenderaan Ford Akan Guna Sistem Operasi Google Menjelang 2023

Han OthmanBy Han Othman02/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD dan Google mengumumkan kerjasama strategik enam tahun yang akan membantu pengeluar automotif dari Amerika Syarikat (AS) itu memacu pelan transformasi dalam membangunkan teknologi kenderaan terhubung.

Ford juga memilih Google Cloud sebagai penyedia perkhidmatan awan (cloud) yang akan menggunakan kepakaran syarikat enjin carian maya itu dalam pembelajaran mesin, kepintaran buatan (AI) dan data. Kerjasama itu bakal menjadikan semua model Ford dan Lincoln masa depan dikuasakan sistem operasi (OS) Android, termasuk Google Apps dan perkhidmatan terbina dalam menjelang 2023.

Bermula 2023, pemilik Ford dan Lincoln baharu akan menikmati ciri seperti Google Assistant dan Google Maps, bersama dengan akses Google PlayStore untuk memuat naik aplikasi kegemaran. OS Android  baharu juga bakal menawarkan kemas kini atas talian yang direka untuk meminimumkan gangguan terhadapm pemandu selain memberikan pengalaman kenderaan terhubung lebih efisien.

BACA >>> Ford Mustang Mach-E – Crossover EV Berkuasa dengan Jarak Perjalanan Hingga 600km!

Ford Mustang Mach-E (2021)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ford, Jim Farley berkata;

 

Dalam usaha Ford meneruskan transformasi paling mendalam dalam sejarah kami dengan elektrifikasi, konektiviti, dan pemanduan autonomi, Google dan Ford kini bersama mewujudkan penjana inovasi yang benar-benar mampu memberikan pengalaman superior kepada pelanggan selain memodenkan perniagaan kami.”

CEO Google dan Alphabet, Sundar Pichai pula berkata;

Daripada barisan pemasangan bergerak pertama hingga teknologi bantuan pemandu terkini, Ford sudah menetapkan pelbagai inovasi dalam industri automotif untuk hampir 120 tahun.”

“Kami berbangga bekerjasama melaksanakan yang terbaik dalam AI, analitik data, perkomputeran dan platform awan Google bagi membantu perniagaan Ford, termasuk membina teknologi automotif untuk mengekalkan keselamatan pengguna dan sentiasa terhubung sepanjang pemanduan.”

Ford dan Google akan menubuhkan kumpulan usahasama dipanggil Team Upshift yang menggunakan bakat dan aset daripada kedua-dua syarikat tersebut  untuk membangunkan apa saja cara baharu dalam pembelian kereta, tawaran pemilikan berorientasikan data baharu, dan lain-lain.

Menurut Farley lagi, Ford teruja mahu menghasilkan perkhidmatan dan produk berbeza yang mana kerjasama tersebut bakal memberikan pengguna Ford dan Lincoln akses ke dalam dunia servis dan aplikasi Google bertaraf dunia.

BACA >>> Ford Mustang Mach 1 (2021) yang Lebih Berkuasa daripada Mustang GT! Harga RM214k
BACA >>> Perkhidmatan Bas Rapid KL Kini dalam Google Maps Secara 'Real-Time'

Auto Terkini Ford Ford Motor Company Google Google Cloud Sistem Operasi (OS) Team Upshift teknologi automotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.