Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Kat Shell Pun Boleh Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 3 Tahun Guna RFID
Sembang Deras

#SembangDeras: Kat Shell Pun Boleh Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 3 Tahun Guna RFID

FarahBy Farah21/12/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA rakyat Malaysia sedia maklum pembayaran di Plaza Tol menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi laluan kepada sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Persoalan mengenai jangka masa pelaksanaan mekanisme baru itu juga dijawab Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup yang mengesahkan penggunaan dua kaedah itu  (TnG dan SmartTAG) mungkin dihentikan penghujung 2023.

BACA >>> TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Pada Penghujung Tahun 2023
BACA >>> RFID Bermula, Touch ‘n Go, SmartTAG Henti Berperingkat Menjelang 15 Januari 2022

FAHAM ATAU TAK MAHU FAHAM?

Namun, belum pun dilaksanakan, isu mengenai sistem RFID sentiasa ‘panas’ dibahaskan netizen Malaysia yang seakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Soalannya, benarkah kita sudah faham sepenuhnya tentang fungsi sistem RFID sebelum menolak mentah-mentah?

Kepada pihak Kerajaan pula, adakah Malaysia benar-benar bersedia ke arah sistem tol tanpa palang sebelum dikuatkuasakan sebagai mekanisme baru supaya tidak mendatangkan masalah atau kesulitan kemudian hari?

Artikel #SembangDeras kali ini kami siarkan pendapat dimuat naik Khairul Abdullah di laman Facebook mengenai pengalaman  menggunakan RFID selama tiga tahun. Berdasarkan pengalaman peribadi, dia mengakui sistem itu memudahkan urusan membayar tol.

Namun, dia juga tidak menafikan sistem RFID berdepan isu tertentu. Jom kita baca apa dicoretkannya.

* Status penulis sudah disunting tanpa menjejaskan gaya bahasa. Artikel asal boleh klik pautan INI. Harap maklum.

RFID?

Jom aku cerita pengalaman best dan tak best hampir 3 tahun guna benda alah RFID ni.

Paling best? Hmmm… sebab lane RFID ni tak banyak kereta, hampir sentiasa kosong, so lebih pantaslah. Tak payah beratur panjang waktu puncak.

Best juga sebab aku tak payah risau takut baki tak cukup. Sebab kat Touch ‘n Go e-wallet aku setkan auto topup. So, sangat mudah untuk aku dan tak perlu risau tersangkut. Boleh track pula setiap perbelanjaan tol aku setiap bulan dengan lebih mudah.

Tapi yang selalu tak best adalah kerap sangkut.

Entah kenapa ada lorong yang lancar je dia buka palang tu, ada lorong yang kau pandu dengan kelajuan sama, tapi tak detect. Jenuh undur dan kemudian lalu balik pun tak detect. Sampai dua tiga kali baru detect. Lemah.

Kalau lorong yang kau selalu masuk setiap hari, ada peluang kau akan mudah lepas sebab kau dah tahu kelajuan yang sesuai untuk detect. Itu pun ada chance sangkut juga. Aku rate-kan 8:2, maksudnya 10 kali lalu, lapan kali lepas dan dua kali sangkut.

Aku sentiasa saspen kalau lalu lane di highway yang jarang lalu. Memang kena slow terhegeh-hegeh sikit bila masuk lorong tu sebab takut tak detect. Nasib baik lepas, nasib tak baik, maka jenuh kau berundur depan belakang dua tiga kali baru lepas.

Tapi setakat ini aku suka sangat guna benda ni (RFID). Kalau tak, takkanlah sampai tiga tahun aku bertahan guna ye dak? Dulu mula-mula depa perkenalkan benda alah ni free je, leceh nak dapatkan dia. Kena daftar, buat appointment, pergi ke pusat pemasangan, kena bawa geran kereta bagai baru boleh pasang.

Sekarang tidak lagi.

Pergi ke stesen Shell, beli je kat kaunter RM35 tak silap aku. Lepas tu pasang sendiri. Dia tunjuk arahan panduan lengkap dari mula nak pasang sampai nak aktifkan (activate) guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet tu.

Atau beli sahaja di Shopee:
Official TNG Shop: https://shp.ee/aykfgmh
Seller lain: https://shp.ee/qskxp89

Kau boleh pilih nak pasang kat cermin depan bahagian atas belah kiri atau lampu depan belah kiri. Ada pro dan kontra juga nak pilih tempat pasang ni.

Aku pernah pasang kat cermin (windshield) depan, tapi bila cermin pecah, ganti cermin dah tak boleh pakai dah. Pasang kat lampu pun sama juga, kalau lampu pecah,kena ganti dan dah tak boleh pakai.

Pelekat RFID tu sekali ditampal, maka kira kekal di situ. Kau tanggalkan je, terus tak fungsi dah. Kalau orang curi pun tak guna, sebab memang tak boleh pakai.

Setakat ini nak beli dan pasang sendiri benda alah RFID tu memang mudah yakmat. Aku hari tu lepas ganti cermin depan retak, aku singgah Shell je dan beli satu.

Tak sampai 10 minit siap pasang.

Dia ada bagi link untuk tengok video cara nak pasang kalau kau tak faham arahan panduan atau gambar rajah ditunjukkan kat pek tu. Dalam masa 24 jam, akan akftifkan pelekat/tag RFID tu. Tapi pengalaman aku, dalam masa sejam je dah aktif dan boleh guna dah.

Nak tak nak memang kau kena start guna RFID ni. Nanti depa dah nak mansuh terus kad Touch ‘n Go dan juga SmartTAG. Jadi, boleh mula belajar guna sementara lane RFID tu masih tak sesak.

Selamat mencuba dan selamat ber-‘saspen’ bila lalu lane RFID buat kali pertama.

Dap dup dap macam nak akad nikah wehh…

Khairul Abdullah
#superdaddy

BACA >>> Lebuh Raya Filipina Kini Tanpa Tunai, Lorong RFID Siap Sedia Seluruh Negara
BACA >>> Video Bukti Kenapa Ramai Takut Guna RFID di Tol

SUMBER: FBKhairulAbdullah

Bayar RFID di PLUS cara pasang RFID Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Pengalaman 3 Tahun Guna RFID RFID Smart Tag Touch N Go
Farah

    Artikel Berkaitan

    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Sistem tol MLFF di Lebuhraya Sungai Besi
    Auto Terkini

    Pakar: Nak Buat Tol Tanpa Palang (MLFF)? Selesaikan Dulu Budaya Elak Bayar Tol!

    25/05/2026
    Chery Malaysia bekerjasama dengan TNG sediakan tag RFID
    Auto Terkini

    Chery Malaysia, TNG Jalin Kerjasama, Beli Kereta Dapat Tag RFID Terus dari Bilik Pameran

    21/04/2026

    2 Comments

    1. Azwan Azman on 29/12/2021 08:59

      Penggunaan kad touch n go juga di guna pakai utk pembayaran parking kereta terutama di pusat beli belah…jika pusat beli belah tak guna rfid maka kita tetap gak kena simpan kad touch n g…

      Buat masa sekarang memang kita nampak aliran trafik akan lancar guna rfid…tp itu di sbbkan tak ramai lagi yg pakai…jika semua dh mula pakai rfid kaadaan tetap juga akan sama…timbul juga isu privacy di sbbkan sistem ini boleh di imbas ngan pengimbas mudah alih….

      Reply
    2. Azwan azman on 29/12/2021 09:10

      Rfid juga undang masalah jika kita menggunakan kenderaan pinjam ( pinjam keta kawan , dll)…masalah gak timbul bila kereta sendiri masuk workshop utk di baiki….
      Kenapa touch n go tidak di buat boleh di top up online? Kesesakkan di plaza tol di sbbkan kapasiti kenderaan bertambah dan jalan tersebut tidak mampu menampungnya…rfid pun tetap kita tersekat atas jalan terutama di kl…pembangunan bertumpu hanya di satu kawasan…buatlah camne pun kaadaan sesak tu tetap sama…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.