Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Penghujung 2023
Auto Terkini

TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Penghujung 2023

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menetapkan sasaran 60 peratus penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sebagai medium pembayaran tol pada akhir tahun depan (2022).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG mungkin dihentikan pada penghujung 2023, iaitu kira-kira dua tahun lagi.

Kita memahami kebimbangan yang disuarakan semua pengguna lebuh raya dan ingin dijelaskan bahawa buat masa ini, lorong kad Touch ‘n Go serta SmartTAG tetap beroperasi di semua lebuh raya.

“Ia hanya akan diberhentikan secara berperingkat, mengambil kira kepada kadar penggunaan RFID dan kesediaan lorong RFID,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook mengenai perancangan KKR berhubung penggunaan RFID.

BACA >>> RFID Bermula, Touch n Go, SmartTAG Henti Berperingkat Menjelang 15 Januari 2022
BACA >>> PLUS Jelas Kekeliruan, Mana Ada 15 Januari 2022 Tak Ada Lagi TnG, SmartTAG!

Arthur turut menjelaskan, kos RFID adalah jauh lebih murah berbanding Touch ‘n Go dan SmartTAG, selain tidak mempunyai kos penyenggaraan seperti menggantikan bateri (seperti SmartTAG) dan ada kemudahan tambah nilai secara atas talian.

Arthur berkata;

Di lorong RFID, kita boleh mendapat laluan sebanyak 1,000 kenderaan sejam tetapi Touch ‘n Go hanya 550 kenderaan sejam, bermakna teknologi (RFID) ini memang boleh bantu mengurangkan masalah kesesakan di plaza tol.

“Kerajaan sekarang akan beri diskaun sebanyak RM10 sekiranya kita membeli RFID melalui dompet elektronik atau e-wallet.

“Pada masa sama, kita masih lagi mengkaji beberapa kaedah untuk memberikan insentif tambahan seperti pembeli kereta baharu supaya RFID akan dipasang dalam kereta tersebut.”

Arthur berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Seruandi Saad sama ada KErajaan berhasrat memberikan pemasangan percuma atau subsidi kepada pengguna yang beralih dari Touch ‘n Go dan SmartTAG kepada RFID untuk mengurangkan beban kos ditanggung pengguna.

BACA >>> Video Bukti Kenapa Ramai Takut Guna RFID di Tol
BACA >>> Cinta Ditolak Punya Pasal, Lelaki Bakar Kereta Gadis Pujaan
BACA >>> 5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan

SUMBER: Harian Metro | Bernama

Auto Terkini Datuk Arthur Joseph Kurup Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Isu TnG Kementerian Kerja Raya Masalah SmartTag PLUS Malaysia Berhad (PLUS) RFID Senator Aknan Ehtook Senator Seruandi Saad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.