• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebuh Raya Filipina Kini Tanpa Tunai, Lorong RFID Siap Sedia Seluruh Negara

Lebuh Raya Filipina Kini Tanpa Tunai, Lorong RFID Siap Sedia Seluruh Negara

December 7, 2020 By AI Leave a Comment

385
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEMBAGA Penyelia Tol (TRB) Filipina memutuskan menamatkan akses lorong tunai di lebuh raya negara itu berikutan pelaksanaan transaksi tanpa tunai berkuatkuasa 1 Disember lalu. Bagi melaksanakan peraturan berkenaan, pengendali lebuh raya itu mengeluarkan Peraturan dan Regulasi Pelaksanaan (IRR) yang perlun dipatuhi semua pengguna kenderaan.

Bayaran pendahuluan tambah nilai untuk kenderaan Kelas 1 adalah minimum 200 peso (RM16), manakala Kelas 2 dan Kelas 3, ialah 400 peso (RM34).

Selepas itu terpulang kepada pemilik kenderaan untuk menambah seberapa banyak jumlah tambah nilai dimahukan kerana tiada had minimum ditetapkan, juga tiada tarikh luput pada baki.

BACA >>> #Videotomotif: Mat Motor Kena Sekeh Sebab Masuk Lorong Tol

SAMAN 1,000 PESO UNTUK PENGGUNA INGKAR

rfid+lebuh-raya-filipina
trb-toll- regulatory-board-trb-filipina-logo

Pengguna akan dikompaun sekiranya menggunakan lebuh raya tanpa RFID atau tiada baki mencukupi. Bayaran kompaun jika masuk lorong RFID tanpa tag ialah 1,000 peso (RM85). Kompaun juga dikenakan ke atas mereka yang menceroboh masuk lorong RFID, sedangkan sepatutnya menggunakan lorong lain.

Jika masuk lorong tol dengan baki tidak mencukupi, kompaun dikenakan juga 1,000 peso (RM85), tidak termasuk caj tol perlu dibayar. Akhir sekali, jika pengguna didapati menggunakan tag sama untuk kenderaan lain, mereka juga akan dikompaun, termasuk menggunakan tag berbeza kelas kenderaan.

Pengguna juga diingatkan membawa kad RFID untuk digunakan sekiranya tag tidak dapat dibaca pengimbas tol. Kegagalan mematuhi terma itu dianggap sebagai melanggar peraturan lebuh raya.

RANCANG PERJALANAN

TRB turut menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan. Buat masa sekarang, giliran pemasangan tag sangat lama dan mengambil masa berjam-jam lama. Jadi tindakan memasang tag pada hari sama hendak melakukan perjalanan bukanlah idea bagus.

Rancanglah perjalanan dan dapatkan tag RFID lebih awal untuk akses tol sebelum memulakan sebarang perjalanan di lebuh raya. Juga diingatkan mengisi semula kredit RFID yang mana purata caj tol Kelas 1 setiap perjalanan lebih kurang 200-300 peso (RM16-RM25)

BACA >>> #RetroAuto: Lebuh Raya Tol Pertama Malaysia Mula di Slim River, Bukan KL

SUMBER: MotoPinas

385
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Lebuh Raya Filipina, Lebuh Raya Tol, Lembaga Pengendali Tol (TRB), Lembaga Penyelia Tol (TRB), Toll Regulatory Board (TRB), TRB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar 'Coolant' Kereta
    #ApaNakBuat: DIY 14 Cara Tukar 'Coolant' Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my