Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Selepas Thailand, Ducati Streetfighter V4 Muncul Pula di Singapura
Roda2

Selepas Thailand, Ducati Streetfighter V4 Muncul Pula di Singapura

AryonBy Aryon16/01/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS dua bulan debut global di acara Ducati World Premiere pada Oktober 2019, naked bike paling berkuasa dunia, Singapura menjadi negara kedua selepas Thailand di Asia Tenggara yang menerima ketibaan Ducati Streetfighter V4 (2020).

Mewarisi gaya model terdahulu, Streetfighter V4 tampil dengan rekabentuk lebih slik. Jika penampilan Streetfighter sebelum ini mempunyai banyak potongan, Streetfighter V4 pula ada banyak lekukan dan permukaan.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Diumum Motosikal Tercantik di EICMA 2019!

Bahagian depan Streetfighter V4 tampak ringkas, tetapi masih menawan dengan lampu siang rekaan khas. Lampu utama menggunakan sepasang cermin projektor dengan mentol LED untuk suluhan cahaya lebih terang dan pada masa sama tidak menyilaukan mata pengguna jalan raya lain. Hadapan Streetfighter V4 juga agak mirip Kawasaki Z1000, yang menggunakan bahasa rekabentuk Sugomi.

BACA >>> Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!

Paling menarik perhatian pada Streetfighter V4 ialah sayap aerodinamik pada fairing sisi yang sama seperti jentera lumba MotoGP. Sebagai tambahan kepada penampilan agresif, komponen sayap tersebut membantu jentera kekal lebih stabil dan mengehadkan lajakan apabil penunggang memecut mendadak.

Menurut Ducati, sayap itu juga menghasilkan tekanan udara untuk daya junam jentera yang menyamai berat 28kg di depan dan 6kg di belakang apabila memecut pada kelajuan 270kmj. Selepas Panigale V4 R, Streetfighter V4 R ialah motosikal komersial kedua yang dipasangkan sayap.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!

Sama seperti model Ducati lain, Streetfighter V4 ditawarkan dalam dua varian, iaitu V4 dan V4 S. Perbezaan ketara antara kedua-dua varian itu ialah sistem suspensi. Streefighter V4 menggunakan Showa di depan dan Sasch di belakang, manakala Streetfighter V4 S menggunakan menggunakan sistem suspensi Öhlins untuk kedua-dua roda.

Streetfighter V4 dilengkapkan set rim 5-jejari, manakala Streetfighter V4 S dipasangkan rim Marchesini. Bagaimanapun, kedua-dua menggunakan kaliper brek sama, Brembo M50 Stylema di depan dan Brembo P2-34 di belakang.

Trenkuasa dijana enjin Desmosedici Stradale V4 1,103cc dengan diameter piston 81mm, sama seperti Panigale V4. Enjin ini ditala untuk mendapatkan kuasa setinggi 208hp (6hp kurang daripada Panigale V4) dan tork 123Nm.

Dengan kuasa dihasilkan itu, Streetfighter V4 berkongsi posisi sebagai naked bike paling berkuasa di dunia dengan MV Agusta Brutale 1000 Serie Oro. Jika dipasangkan sistem ekzos penuh Akrapovic, kuasa model ini mampu mencapai 220hp!

BACA >>> MV Agusta Dedah Harga Brutale 1000 Serie Oro Edisi Terhad, RM201,700

Pemuka Streetfighter V4 ialah skrin TFT 5 inci yang siap dengan konektiviti telefon pintar menerusi aplikasi mobil Ducati Link App. Naked bike ini juga memiliki teknologi istimewa tersendiri seperti ABS dengan sensor sudut miring, kawalan traksi, kawalan wheelie, dan sistem kawalan anti-gelincir roda belakang.

Harga Streetfighter V4 di pasaran Amerika Syarikat ialah AS$22,260 (RM90,500), manakala varian V4 S, AS$25,600 (RM104,070). Di Itali pula, model ini berharga €19,990 (RM90,750) untuk V4 standard dan €22,990 (RM104,370) untuk V4 S.

Agaknya berapa pula harga Streetfighter V4 untuk pasaran Malaysia nanti?

GALERI

KREDIT FOTO: Zing.vn

Ducati Ducati Streetfighter V4 Ducati Streetfighter V4 S naked bike roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 21/01/2020 20:06

      Sakit tengkuk lawan angin kalau naik naked bike, apa lagi kalau nak mencecah 270kmh semata mata nak kan downforce.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.