• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!

Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!

August 8, 2019 By AI Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TERLIUR habis apabila melihat sosok tubuh terbaharu streetfighter Kawasaki Z1000 R (2020). Label R di hujung nama bukan sekadar lencana huruf tetapi menunjukkan status tersendiri superbike naked ini yang didatangkan dengan ciri berbeza.

Kawasaki memperkenalkan Z1000 dengan label R sejak 2017, dan kekal ditawarkan hingga sekarang. Bezanya, varian R ini didatangkan dengan strip hijau pada lampu utama, dan badan tangki petrol tersemat grafik R. Ada dua varian ditawarkan: Z1000 R Edition dan Z1000 R Edition Perfomance.

Varian Performance didatangkan dengan ekzos free-flow, Akrapovic dan warna Metallic Flat Spark Black+Pearl Storm Gray, manakala varian Standard berwarna Metallic Spark Black+Pearl Storm Gray+Emerald Blazing Green.

BACA >>> #RetroAuto: Asal Usul Hijau yang Kini Jadi Warna 'Trademark' Kawasaki

Z1000 R EDITION
Z1000 R EDITION PERFORMANCE

Selain aksesori, Z1000 R (2020) dibekalkan indikator anjakan gear pada panel meter untuk imej sporty dan memberikan pengalaman tunggangan mengujakan. Sistem brek menggunakan khidmat Brembo untuk dwi brek cakera semi-apung 310mm di depan dan cakera tunggal 250mm di belakang, yang juga komponen sama seperti digunakan Ninja H2R.

Sistem suspensi pula disokong fork terbalik (USD) di depan dan monoshock Öhlins S46DR1S (belakang).

Z1000 R (2020) dijana enjin 4-lejang sebaris 16 injap, 1,043cc DOHC penyejukan cecair yang mampu meledakkan kuasa setinggi 140hp @ 10,000rpm dan tork 111Nm @ 7,300rpm. Hantaran kuasa lancar ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.

BACA>>>#BikinMotor: Pulsar NS200 Kena Sumpah Jadi Kawasaki Z1000

GALERI

Artikel Berkaitan

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Motor Malaysia (KMM), kawasaki z1000, Kawasaki Z1000R, kawasaki z1000sx, roda2, street fighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my