Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Segala Tentang Hobi Kereta Kawalan Jauh (RC) yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

Segala Tentang Hobi Kereta Kawalan Jauh (RC) yang Perlu Anda Tahu

ZYBy ZY11/06/20203 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Car Parking Multiplayer dan Playstation 4 yang melonjak naik populariti sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, hobi permainan kereta kawalan jauh (RC)  turut menyaksikan peningkatan pemain baharu, termasuk saya yang juga baru mencuba hobi ini kira-kira dua bulan lalu.

Kali terakhir saya bermain kereta RC adalah sekitar 20 tahun lalu. Sama seperti kanak-kanak era 80-90-an lain, saya pernah memiliki beberapa model kereta RC seperti Auldey Race-Tin yang kecil, dan NewQiDa yang berskala lebih besar.

Bagaimanapun hobi itu terhenti selepas saya memasuki sekolah berasrama penuh sampailah sekarang, iaitu selepas 20 tahun dan pada musim PKP, barulah terdetik mahu mengintai semula hobi berkenaan.

BACA >>> Nissan Tukarkan Model SUV dan Sport Jadi Kereta Salji (Khas Buat ‘Hobi Kami Mahal’)

Apa yang saya boleh kongsikan dengan anda yang mungkin berminat mahu berkecimpung dalam hobi ini? Teruskan membaca senarai di bawah.

1. TOY GRADE VS HOBBY GRADE

Jika baru menyertai grup-grup kereta RC di Facebook, anda pasti terkejut dengan tanda harga yang disembangkan. Ya, harga seunit kereta RC boleh menjangkau ratusan dan ribuan ringgit!

Ini kerana kebanyakan kereta RC yang disembangkan itu berada dalam kategori Hobby Grade, iaitu model replika seperti kenderaan sebenar. Walaupun tidaklah mempunyai enjin seperti kereta versi real, penjagaan kereta RC kategori ini sebenarnya cerewet.

Kereta RC Hobby Grade perlu berpantang (running-in) jika menggunakan motor brushed, dan perlu dimainkan dengan berhati-hati kerana dikuasakan bateri litium polimer (Li-Po) boleh cas semula yang berisiko meletup dan terbakar. Kereta RC jenis ini juga perlu disenggara baik dan ditala sistem pacuan dan suspensi.

Selain berharga mahal, yang sesuai dan mampu dibeli pemain dewasa, pengendalian kereta RC Hobby Grade hanya sesuai dimainkan remaja berusia 14 tahun ke atas. Ini berbeza dengan kereta RC Toy Grade yang lebih mudah dijaga dan boleh dimainkan kanak-kanak.

Selain murah, komponen RC Toy Grade digunakan juga tidak selasak kereta RC Hobby Grade dan tiada komponen yang boleh dinaik taraf, sekali gus merencatkan keseronokan berkecimpung dalam hobi ini.

2. KATEGORI

Umumnya, kereta RC terbahagi kepada kategori on-road (jalan rata) dan off-road (jalan lasak ) dengan keupayaan dan pengendalian berbeza.

Kereta RC on-road didatangkan dengan rekabentuk dan talaan touring yang menumpukan kepada kelajuan tinggi dan prestasi pengendalian jitu atas trek rata. Jika anda minat sukan drift pula, platform digunakan adalah hampir sama seperti kereta RC touring. Apa yang berbeza adalah sistem pacuan (4WD vs 2WD), jenis tayar dan sudut kawalan stereng roda depan.

Sekiranya anda memiliki kereta RC touring, anda sebenarnya tidak perlu berbelanja besar untuk mengubah mainan itu menjadi kereta RC drift. Tapi ingat, cuma untuk permulaan sahaja. Jika anda ingin serius dalam sukan drift RC, perlu dapatkan pro kit pacuan belakang (RWD).

Jika berminat bermain off-road pula, ada banyak pilihan rekabentuk seperti buggy, truggy, short course truck, rally dan monster truck yang menumpukan kepada halaju tinggi (sekitar 50-70kmj).

Sebaliknya, jika anda gemarkan aktiviti lasak seperti trail advencer yang memerlukan kepakaran pemandu melepasi pelbagai halangan, model RC jenis crawler dan trail truck sesuai untuk aktiviti berkenaan.

Selain minat, pemilihan kategori RC juga bergantung kepada kawasan permainan anda. Saya sendiri memilih kategori rali kerana ada padang rekreasi berhampiran rumah selain peminat sukan lumba rali.

3. SKALA

Selain perbezaan gred, antara penentu aras harga sesebuah kereta RC adalah skala, diukur dalam unit 1/per. Maksudnya, semakin kecil nombor belakang, semakin besar sesebuah kereta RC itu. Jadi, semakin besar, maka semakin mahal.

Kepada anda yang mahu bermain dalam rumah, skala kecil seperti 1/28 adalah pilihan popular kerana saiz cuma sebesar tapak tangan. Jika anda mahu bermain dalam trek khas pula, skala popular adalah 1/10 dengan ukuran panjang kurang 400mm dan lebar 190mm lebar.

Ada juga pengeluar yang memasarkan produk sebagai 1/10, tetapi bersaiz lebih besar kerana asas skala juga lebih besar, ibarat 1/10 Perodua Bezza vs 1/10 Honda Civic.

4. KIT ATAU READY TO RUN (RTR)

Selepas memilih jenis dan harga berpadanan dengan bajet, anda perlu tunggu dulu sebelum buat bayaran. Tidak seperti kereta RC Toy Grade yang sedia dimainkan sebaik saja kotak dibuka, kereta RC Hobby Grade sebenarnya turut didatangkan dalam dua pakej berbeza, sama ada kit atau ready-to-run (RTR).

Kit biasanya hadir dalam dua pakej: pasang sendiri (seperti memasang model Dash Yonkuro atau Gundam), atau kit roller yang siap dipasang. Kedua-dua jenis kit memerlukan anda mendapatkan sistem elektronik sendiri seperti unit receiver, transceiver (remote), servo (kawalan stereng) dan kuasa (enjin pembakaran nitro atau motor elektrik). Ini tidak termasuk bateri dan pengecas yang juga perlu beli sendiri.

RTR pula sudah siap dipasang dari kilang bersama sistem elektronik dan motor, cuma bergantung pengeluar sama ada disertakan sekali dengan bateri atau tidak. Jadi ketika memilih, jangan lupa ambil kira juga barang-barang tambahan yang perlu dimiliki sebelum mula bermain.

Bergantung jenis dan keupayaan bateri, kos tambahan untuk mula bermain adalah sekitar RM150-RM300 untuk bateri dan pengecas.

5. KEPENTINGAN JENAMA

Seperti dunia automotif, reputasi jenama turut memain peranan dalam hobi kereta RC. Selain faktor kualiti material dan pembuatan, stok alat ganti juga menjadi perkara penting dalam pemilihan sesebuah kereta RC. Sebabnya, kereta RC memang dimainkan untuk diubah suai dan dilanyak.

Bagi kebanyakan pemilik, modifikasi pertama sudah tentu melibatkan kelajuan. Bagi mencapai tujuan itu, beberapa bahagian perlu dinaik taraf seperti gear, klac, kerangka dan tayar. Ini termasuk menukar sistem pacuan melibatkan motor dan unit kawalan kelajuan kuasa tinggi yang mudah panas.

Disebabkan komponen tersebut mudah mengalami kerosakan, penting untuk dapatkan kereta RC berjenama popular supaya mudah mencari alat ganti. Model RC yang boleh anda pertimbangkan ialah WLtoys, HSP, Tamiya, Traxxas dan Arrma (sekadar menyebut beberapa jenama yang mudah dibeli di Malaysia).


Antara perkara yang menarik perhatian saya mengenai hobi ini adalah kualiti komuniti peminat kereta RC itu sendiri. Tidak seperti kebanyakan komuniti automotif yang eksklusif untuk golongan tertentu. Komuniti RC terdiri daripada pelbagai golongan kaum, umur dan karier dengan interaksi sesama ahli komuniti yang berhemah dan matang.

Jadi selain berkongsi minat sama, hobi kereta RC turut membuka peluang meluaskan kenalan profesional anda. Jika berminat, jom sertai kami di SINI.

aksesori arrma Hobi Kereta Kawalan Jauh (RC) kereta mainan Kereta Mainan RC Kereta RC Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) RC Car rc car malaysia Tamiya Tentang Rc Car traxxas wltoys
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

26/06/2026

3 Comments

  1. calestine beluluk on 24/11/2020 17:57

    Adakah bateri 6V dapat upgrade ke bateri yang lebih besar kuasanya?

    Reply
  2. awangku on 07/07/2021 05:39

    hello macam mna kita nak tahu kalau transmitter kita ni dapat connect dengan receiver sebab saya beli receiver baru untuk wpl b14 saya

    Reply
  3. Muhamad on 11/10/2021 18:12

    Kalau tayar kereta tidak boleh ke kanan @ ke kiri,apa masalahnya ye?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.