Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SEAT Minimó – Kenderaan Kuadrisikal untuk Penyelesaian Pengangkutan dalam Bandar
Roda4

SEAT Minimó – Kenderaan Kuadrisikal untuk Penyelesaian Pengangkutan dalam Bandar

Abang HirataBy Abang Hirata01/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASALAH pengangkutan dalam bandar memang isu besar. Jika ada yang berpendapat trafik di ibu kota Kuala Lumpur sudah cukup sesak, itu belum cukup lagi memberikan gambaran sebenar tentang kesesakan di bandar besar lain.

Banyak negara luar membelanjakan sejumlah wang yang besar  untuk menyediakan solusi pengangkutan, tetapi itu belum cukup jika tidak mendapat kerjasama pengeluar dan pengguna. Dalam hal ini, kenderaan yang bercirikan motosikal dapat membantu atau kereta dengan rekabentuk seperti motosikal.

SEAT mencadangkan kuadrisikal (quadricycle) elektrik, dinamakan Minimó, seperti ditayangkan di Kongres Dunia Mobil (MWC) 2019 di Barcelona, Sepanyol. Minimó dibangunkan SEAT bagi memenuhi cabaran pemanduan bandar seperti undang-undang emisi, halangan memasuki bandar seperti caj kesesakan, kesesakan trafik dan masalah kekurangan parkir.

BACA >>> Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

KECIL SEPERTI MOTOSIKAL

SEAT Minimó
SEAT Minimó

Walaupun mempunyai ukuran kecil seperti motosikal, Minimó juga mampu menyediakan keselesaan dan keselamatan seperti kereta. Dari segi saiz, ukuran panjang Minimó hanya 2.5 meter dan lebar 1.24 meter. Dimensi tersebut hanya menggunakan ruang 3.1 meter persegi berbanding kereta bandar, 7.2 meter persegi.

Posisi duduk pula tinggi seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan susunan unik 1 + 1, iaitu pemandu di depan dan penumpang di belakang. Solusi kreatif lain, jika tiada penumpang belakang, ruang tersebut boleh digunakan untuk menyimpan barang.

Kenderaan comel ini juga ranggi dengan rim 17 inci dan pintu boleh buka ke atas. Bukaan pintu seperti ini dapat menjimatkan ruang sekiranya diparkir bersebelahan dinding atau terlalu hampir dengan kereta sebelah.

BACA >>> Ducati Sudah Ada Lakaran Motosikal Elektrik Sempurna, Cuma Tunggu Masa Sesuai

Minimó ialah kenderaan mesra alam yang menggunakan kuasa bateri sepenuhnya dan boleh dipandu hingga 100km. Nampak singkat, tetapi jarak itu sudah memadai untuk perjalanan pergi balik dari tempat kerja. Walaupun kecil, bateri Minimó dapat disimpan elok di bawah lantai dan boleh ditarik keluar untuk ditukar bateri ganti apabila kehabisan tenaga.

CIRI MODEN DIGITAL

Selain itu, Minimó disediakan untuk berfungsi dalam dunia digital. Pengguna boleh menghidupkan Minimó menggunakan kunci digital dan teknologi wayarles Android Auto. Paparan digital di sebalik stereng memberikan bacaan biasa yang biasa dilihat pada kereta dan kandungan digital daripada telefon pintar pengguna.

Dengan fungsi Google Assistant pada Android Auto, pemandu boleh fokus kepada pemanduan dan pada masa sama menggunakan suara untuk mengawal media, menguruskan tugasan dan mencari jawapan. Ia benar-benar kereta yang bercakap!

Lebih canggih, SEAT kini sedang mempersiapkan Minimó untuk teknologi pemanduan autonomi Tahap 4 yang membolehkan kenderaan datang sendiri menjemput pemandu apabila diarahkan. Wow!

BACA >>> Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang

GALERI
SEAT Minimó
SEAT Minimó
SEAT Minimó
Kuadrisikal Minimó MWC MWC 2019 Roda4 Seat SEAT Minimó
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.