• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

February 22, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


FILIPINA maju selangkah ke depan apabila berjaya membangunkan tren pertama, dinamakan Hybrid Electric Train (HET) untuk akan digunakan sebagai medium pengangkutan awam dari Metro Manila ke Calamba, Laguna.

Tren itu, dibangunkan Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) dengan menggunakan teknologi Toyota Prius dan memiliki kemampuan membawa muatan hingga 880 penumpang. Ia akan ditempatkan di agensi Keretapi Kebangsaan Filipina (PNR) dan bakal memberikan perkhidmata kepada penduduk sepanjang laluan Metro Manila hingga Calamba, Manila.

BACA >>> #Bajet2019: Beli Pas Bulanan RM100, Naik Tren dan Bas RapidKL Sampai Lebam!

DOST mengambil masa lima tahun membina HET, membabitkan pelbagai ujian ketat dan menurut jurutera jabatan itu, tren itu kini selamat dan reliabel untuk digunakan berbanding tren lain yang diimport dari luar negara.

Menurut laporan Manila Standard, pembinaan HET menelan kos 120 juta peso (RM9.37 juta), jauh lebih kurang jika dibanding nilai 2.37 bilion peso (RM185 juta) untuk tren buatan Indonesia yang diimport dari negara jiran itu. Secara ideal, PNR sepatutnya memiliki 15 tren walaupun hanya enam hingga tujuh yang beroperasi setiap hari, tidak termasuk lima lagi sedang disenggara.

PROJEK BERMULA 2012

Menurut ketua pasukan kejuruteraan DOST, Paolo Acuin, pelan pembinaan HET bermula pada 2012, manakala rekabentuk produk dibuat setahun kemudian.

"Tren ini terdiri daripada generator berkuasa diesel, satu motor elektrik, bateri elektrik dan teknologi pembrekan regeneratif," katanya.

HET beroperasi dengan menggunakan tenaga kinetik yang hilang apabila tren perlahan, sebelum ditukarkan kepada tenaga elektrik sepanjang proses itu. Semua tenaga tersebut kemudian disimpan dalam 260 bateri asid plumbum yang boleh digunakan untuk menggerakkan tren dan mengaktifkan pintu automatik, penyaman udara dan kamera litar tertutup (CCTV).

BACA >>> China Cipta Tren Elektrik Tanpa Pemandu, Bergerak Tanpa Rel Besi

Apabila rekabentuk sudah siap, kerja-kerja pembinaan dilakukan syarikat pengeluar bas tempatan dan trak khas, Fil-Asia Automotive and Industries supaya menghasilkan tren. Bagaimanapun, komponen utama seperti motor, casis, enjin, motor, gandar dan roda dihasilkan  di luar negara.

SUMBER: Carmudi

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Filipina, HET, Hybrid Electric Train (HET), LRT, pengangkutan awam, tren, Tren Elektrik Hibrid (HET), Tren Hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
  • #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?
    #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my