• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Bajet2019: Beli Pas Bulanan RM100, Naik Tren dan Bas RapidKL Sampai Lebam!

#Bajet2019: Beli Pas Bulanan RM100, Naik Tren dan Bas RapidKL Sampai Lebam!

November 2, 2018 By AO 1 Comment

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN akan memperkenalkan pas bulanan RM100 untuk penggunaan tanpa kepada orang awam yang menggunakan perkhidmatan tren dan bas di bawah seliaan RapidKL bermula 1 Januari 2019. Juga ditawarkan pas bulanan RM50, juga tanpa had penggunaan, tetapi terhad untuk perkhidmatan bas RapidKL saja.

Menurut Kerajaan, kos yang perlu ditanggung untuk inisiatif baharu itu berjumlah RM240 juta.

BACA >>> Subsidi Petrol RON95 Sebanyak 30 Sen Seliter Bagi Kereta Bawah 1.5L & Motosikal 125cc Mulai 2019

Pada masa sama Kerajaan juga akan menyediakan tambahan bas percuma GoKL dengan peruntukan bernilai RM20 juta, selain empat laluan sedia ada.

GALAKKAN GUNA PENGANGKUTAN AWAM

go-kl-logo
bas-gokl
laluan-go-kl

Sudah tentu inisiatif baharu Kerajaan ini patut dipuji kerana dapat meringankan beban pengguna tegar pengangkutan awam yang menggunakan tren atau bas ke tempat kerja setiap hari. Malah, pas bulanan tanpa had ini dapat mengajak lebih ramai pemilik kenderaan yang memandu ke tempat kerja supaya beralih kepada pengangkutan awam sebagai medium pergerakan utama.

Sementara itu, tambahan bas dan laluan perkhidmatan GoKL juga pasti menggembirakan warga ibu kota kerana akan ada lebih banyak capaian lokasi liputan yang akan mendapat akses bas percuma tersebut.

BACA >>> Kenaikan Bayaran Tol di Lebuhraya Dalam Bandar Dibekukan - Tol Bila Nak Dimansuhkan?

Nasihat kami, kalau kawasan rumah anda sudah ada ada perkhidmatan pengangkutan awam ke tempat kerja, tidak perlulah memandu lagi ke tempat kerja. Gunalah manfaat pas bulanan yang bakal ditawarkan nanti. Bukan saja dapat jimat belanja, tetapi juga mengurangkan kesesakan dan pencemaran udara. Badan pun jadi sihat dan kuat sebab perlu berjalan ke sana sini.

Terbaik!

Artikel Berkaitan

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, bajet 2019, Bas GoKL, Bas Percuma, Belanjawan 2019, Pas Bulanan RapidKL RM100, Pas Bulanan RM100, Pas Bulanan Tanpa Had, pengangkutan awam, RapidKL

Comments

  1. Razib says

    November 20, 2018 at 2:22 PM

    KTM komuter tak termasuk ke? Bukan semua naik rapid kl….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
    7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
  • #TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?
    #TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my