Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Sudah Ada Lakaran Motosikal Elektrik Sempurna, Cuma Tunggu Masa Sesuai
Auto Terkini

Ducati Sudah Ada Lakaran Motosikal Elektrik Sempurna, Cuma Tunggu Masa Sesuai

AryonBy Aryon14/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI bakal menghasilkan motosikal elektrik ‘untuk masa depan’ dan salah satu daripadanya kini sedang dibikin, menurut Ketua Inovasi Ducati, Pierluigi Zampieri.

Sama seperti pengeluar automotif lain, penghasilan motosikal elektrik sememangnya ada dalam rancangan masa depan Ducati, tetapi masih sukar menentukan hala tuju sebenar segmen baharu itu.

“Kami masih menghasilkan motosikal pengeluaran dengan sasaran untuk jadi yang terbaik atas trek, tetapi kesukaran (motosikal) elektrik ialah kompromi antara berat dan prestasi atau jarak.

“Hari ini, keseluruhan pakej tidak bagus seperti yang kami mahukan kerana ketumpatan tenaga yang disimpan tidak cukup tinggi. Cabaran utama, secara teknikal, ialah mencapai sasaran prestasi dan berat,” kata Zampieri.

BACA >>> Ducati Tayang Seragam Jentera MotoGP 2019 Serba Baharu

PENTINGKAN KESENIAN BUATAN

Menurutnya, Ducati ialah pengeluar yang biasanya mementingkan kesenian dalam pembikinan motosikal. Masalahnya, adakah sekarang masa yang sesuai? Motosikal elektrik mempunyai pasaran yang kecil dan Ducati masih cuba memahami bilakah pengeluar itu bersedia untuk inovasi tersebut.

Masalah motosikal elektrik sebenarnya tidak jauh berbeza dengan apa dihadapi Ducati beberapa tahun lalu apabila memutuskan menamatkan hayat superbike V-twin yang diwarisi sejak 50 tahun lalu menerusi pengenalan enjin V4. Namun reaksi peminat, enjin V4 tidak banyak berbeza dengan V-twin.

“Kami banyak berbincang tentang sama ada pelanggan kami menghargainya atau tidak. Sekarang kami buat perbincangan sama.

“Hari ini mereka mahu V4. Soalan utama, adakah mereka mahukannya esok, dan akan datang atau masih mahukannya? Suatu masa pelanggan Ducati akan bertanya tentang elektrik. Apa yang sukar ialah bila?

“Kita tahu berapa lama diperlukan untuk membangunkan jentera yang bagus. Kami sudah melukis apa yang dikatakan motosikal elektrik sempurna. Masalahnya, bilakah kami akan menghasilkannya?” kata Zampieri lagi.

SUMBER: MCN

Ducati EV Kenderaan Elektrik (EV) motosikal elektrik Pierluigi Zampieri
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.