Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Satu Kaca Pun Tak Kena, Pemandu Syukur Terselamat Walaupun Wira ‘Total Lost’ Langgar Lori
Auto Terkini

Satu Kaca Pun Tak Kena, Pemandu Syukur Terselamat Walaupun Wira ‘Total Lost’ Langgar Lori

FarahBy Farah19/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ALLAH lindungi saya.”

Demikian luahan seorang wanita yang bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan keretanya berlanggar sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Kandang, Melaka, petang Isnin, minggu lalu.

Dalam kemalangan jam 5.30 petang itu, Proton Wira dinaiki mangsa, Maizatul Mad Said, 49, remuk teruk hingga bahagian bumbung tercabut dan hampir terputus akibat melanggar belakang lori 25 tan yang membuat pusingan U.

Walaupun keretanya rosak penuh (total lost), tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Alhamdulillah memang tidak ada apa-apa, Allah lindung saya. Satu kaca pun memang tidak kena walaupun orang tengok bumbung dan sampai macam itu, tersepit pun tidak. Syukur Alhamdulillah, masih diberi nyawa.

“Saya sendiri pun terkejut melihat keadaan kereta sebegitu rupa, malah pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka juga doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.” katanya.

Mengimbas pengalaman ngeri itu, ibu kepada seorang anak itu mendakwa sempat membrek apabila melihat lori berkenaan membuat pusingan U, tetapi dia gagal berhenti sepenuhnya hingga terlanggar bahagian belakang lori.

Saya dah tekan brek tapi disebabkan mungkin kerana lori itu agak panjang, tak lepas. Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu menjerit Allahuakhbar hingga kereta rempuh belakang lori dan apabila terhenti tangan saya masih memegang stereng.

“Saya kemudian buka pintu kereta dan segera beredar dan waktu itulah baru saya sedar, kereta sudah ‘total lost’ sebelum orang ramai datang lihat kejadian,” katanya.

Ketika insiden, Maizatul sedang dalam perjalanan pergi meniaga di Pantai Klebang selepas menghantar anak perempuannya ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin yang tamat cuti semester.

Berkongsi tips amalan doa sebelum naik kenderaan, Maizatul memberitahu, sering membaca Bismillah dan doa naik kenderaan setiap kali masuk kereta selain membaca al-Fatihah 40 kali jika hendak berjalan jauh.

BACA>>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Piawaian EN/CE untuk Kasut Motosikal?
BACA>>> #TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

SUMBER: HMetro

Auto Terkini kemalangan kemalangan jalan raya kemalangan negeri
Farah

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.