• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Satu Kaca Pun Tak Kena, Pemandu Syukur Terselamat Walaupun Wira 'Total Lost' Langgar Lori

Satu Kaca Pun Tak Kena, Pemandu Syukur Terselamat Walaupun Wira 'Total Lost' Langgar Lori

November 30, 2022 By Farah Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ALLAH lindungi saya."

Demikian luahan seorang wanita yang bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan keretanya berlanggar sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Kandang, Melaka, petang Isnin, minggu lalu.

Dalam kemalangan jam 5.30 petang itu, Proton Wira dinaiki mangsa, Maizatul Mad Said, 49, remuk teruk hingga bahagian bumbung tercabut dan hampir terputus akibat melanggar belakang lori 25 tan yang membuat pusingan U.

Walaupun keretanya rosak penuh (total lost), tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Alhamdulillah memang tidak ada apa-apa, Allah lindung saya. Satu kaca pun memang tidak kena walaupun orang tengok bumbung dan sampai macam itu, tersepit pun tidak. Syukur Alhamdulillah, masih diberi nyawa.

"Saya sendiri pun terkejut melihat keadaan kereta sebegitu rupa, malah pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka juga doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman." katanya.

Mengimbas pengalaman ngeri itu, ibu kepada seorang anak itu mendakwa sempat membrek apabila melihat lori berkenaan membuat pusingan U, tetapi dia gagal berhenti sepenuhnya hingga terlanggar bahagian belakang lori.

Saya dah tekan brek tapi disebabkan mungkin kerana lori itu agak panjang, tak lepas. Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu menjerit Allahuakhbar hingga kereta rempuh belakang lori dan apabila terhenti tangan saya masih memegang stereng.

"Saya kemudian buka pintu kereta dan segera beredar dan waktu itulah baru saya sedar, kereta sudah 'total lost' sebelum orang ramai datang lihat kejadian," katanya.

Ketika insiden, Maizatul sedang dalam perjalanan pergi meniaga di Pantai Klebang selepas menghantar anak perempuannya ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin yang tamat cuti semester.

Berkongsi tips amalan doa sebelum naik kenderaan, Maizatul memberitahu, sering membaca Bismillah dan doa naik kenderaan setiap kali masuk kereta selain membaca al-Fatihah 40 kali jika hendak berjalan jauh.

BACA>>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Piawaian EN/CE untuk Kasut Motosikal?
BACA>>> #TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

SUMBER: HMetro

Artikel Berkaitan

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, kemalangan jalan raya, kemalangan negeri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my