Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SAIC Motor Perkenal Sedan MG5, SUV MG HS dengan Anggaran Harga Mula Bawah RM100k
Roda4

SAIC Motor Perkenal Sedan MG5, SUV MG HS dengan Anggaran Harga Mula Bawah RM100k

Han OthmanBy Han Othman24/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAIC Motor Malaysia (SAIC Motor) hari ini melancarkan dua model baharu dalam barisan produk MG untuk pasaran tempatan, iaitu sedan segmen-B, MG5 serba baharu dan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C, MG HS.

Pelancaran sempena ulang tahun MG ke-100 itu turut meraikan legasi kecemerlangan automotif dan komitmen pengeluar asal Britain tersebut dalam menghasilkan produk automobil berkualiti pada harga mampu milik.

Berikut spesifikasi dua model baharu itu:

1. MG5

Luaran
  • Ditawarkan dalam satu varian sahaja pada harga anggaran bawah RM100,000.
  • Ada lima warna pilihan: Nuclear Yellow (kuning), Dynamic Red (merak), Arctic White (putih), Black Pearl (hitam) dan Camden Grey (kelabu).
  • Memiliki dimensi panjang 4,675mm, lebar 1,842mm dan tinggi 1,480mm, manakala jarak roda 2,680mm.
  • Gaya badan coupe fastback sporty
  • Rekabentuk gril depan 3D agresif dengan lampu LED penuh pada lampu utama automatik dan lampu siang (DRL) dan lampu belakang.
  • Cermin sisi boleh laras elektrik dengan indikator signal belok.
  • Ada bumbung suria panoramik.
Dalaman
  • Uphoslteri kulit hitam dengan aksen merah.
  • Ruang kabin luas fokus-pemandu dan stereng  tiga jejari dengan kawalan audio bersepadu.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dengan sokongan lumbar, dan kerusi penumpang sebelah boleh laras manual.
  • Penyaman udara digital zon tunggal dengan penapis udara PM2.5 di depan, dan ada corong penyaman udara di belakang.
  • Ciri kawalan jelajah
  • Unit infotainment skrin sentuh jenis apung 10.25 inci dengan kamera pandang keliling 360º, termasuk konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kluster instrumen LCD digital penuh 7 inci.
  • Ada enam pembesar suara dan tiga port USB.
Trenkuasa

  • Dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L DOHC dengan injap variabe DVVT dengan output kuasa 114ps (111hp) @ 6,000rpm dan tork 150Nm @ 4,500rpm.
  • Transmisi automatik iCVT 8-kelajuan.
  • Sistem suspensi strut MacPherson dengan bar stabiliser di depan, dan torsion beam (belakang).
  • Rim aloi Tomahawk 17 inci.
Ciri Keselamatan
  • Dilengkapi sistem bantuan pemandu MG PILOT seperti: Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Pengesan Titik Buta (BSD), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Ciri keselamatan standard diberikan terdiri daripada enam beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stabiliti Elektronik (ESP) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Traksi dan Brek Belokan (TCBC).
  • Ada ciri kawalan jelajah.
Waranti

Setiap pembelian MG5 dipakejkan dengan waranti menyeluruh, iaitu waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu), dan waranti trenkuasa (enjin dan transmisi) tujuh tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu).

2. MG HS

Luaran

Lux

Standard

  • Ditawarkan dalam dua varian: Lux (bawah RM150,000) dan Standard (bawah RM130,000)
  • Ada empat warna pilihan: Dynamic Red (merak), Arctic White (putih), Black Pearl (hitam) dan Camden Grey (kelabu).
  • Memiliki dimensi panjang 4,574mm, lebar 1,876mm dan tinggi 1,664mm, manakala jarak roda 2,720mm.
  • Kapasiti but 463 liter dan tambahan hingga 1,287 liter apabika kerusi belakang dilipat.
  • Lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu DRL dan lampu belakang.
  • Cermin sisi boleh laras elektrik dengan indikator signal belok.
  • Rim aloi 17 inci.
Dalaman

Lux

Standard

  • Unit infotainment resolusi tinggi 10.1 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto serta MG iSMART untuk akses kawalan menggunakan telefon pintar menerusi sambungan Bluetooth.
  • Kluster instrumen digital 12.3 inci dengan empat tema paparan.
  • Kerusi sport untuk pemandu dan penumpang depan.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan, dan kerusi penumpang depan boleh laras elektrik 4-tetapan.
  • Empat pembesar suara dan empat port USB.
  • Penyaman udara digital zon tunggal dengan penapis udara PM2.5 di depan, dan ada corong penyaman udara di belakang.
Trenkuasa

  • Dijana enjin petrol 4-silinder 16-injap 1.5L Turbo TGI DOHC dengan output kuasa 162ps (159hp) @ 5,600rpm dan tork 250Nm @ 1,700-4,400rpm.
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan
  • Sistem suspensi strut MacPherson dengan bar stabiliser di depan, dan Multi-Link (belakang).
Ciri Keselamatan
  • Dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) MG PILOT seperti: Amaran Keluar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Trafik Sesak (TJA), Elak dan Amaran Tukar Lorong (LDWP), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Amaran Buka Pintu (DOW).
  • Ciri keselamatan standard diberikan terdiri daripada enam beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Perlindungan Oleng Aktif (ARP), Kawalan Traksi, Kawalan Brek Belokan (CBC).
  • Ada ciri kawalan jelajah.

Varian Lux mendapat tambahan bumbung suria panoramik, but kuasa elektrik rim aloi potong berlian 18 inci, brek depan jenis ventilasi, kalliper brek merah depan dan belakang, kamera 360º, pedal syif, mod Super Sport (untuk tambahan kuasa dengan respons terotel, dan rev RPM dipertingkat serta fiil stereng lebih tepat dan padu), sensor wiper, pedal sport, enam pembesar suara, kerusi sport, penyaman udara dwi-zon, lampu ambien 64-tema da, kawalan jauh MG iSMART.

Waranti

Setiap pembelian MG HS dipakejkan dengan waranti menyeluruh, iaitu waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu), dan waranti trenkuasa (enjin dan transmisi) tujuh tahun tanpa had perbatuan (mana satu tiba dulu).

Maklaumat lengkap semua model MG boleh layari www.mgmalaysia.com.

PREVIU MG CYBERTER

Pada acara ini, SAIC Motor turut melakukan previu roadster EV, MG Cyberster kepada media dan wakil pengedar. Tiada tarikh rasmi model ini akan dibawah masuk dan begitu juga harga tidak didedahkan.

Namun di Indonesia, roadster EV pertama dunia ini dijual pada harga RM489,000!

MG5
MG HS
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) MG Malaysia Roda4 Saic Motor SAIC Motor Malaysia Sedan Sedan Coupe Fastback Sporty
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026
Toyota GR86 Thunder 2027 | Kredit Joseph Ivan Faller
Roda4

Toyota GR86 2027 dengan Kawalan Pemanduan, Kabin dan Keselamatan Dipertingkat

03/06/2026
BYD Dolphin Cargo e-Van 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Dolphin Cargo e-Van 2027 di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersil!

03/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.