Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
Auto Terkini

Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/11/20215 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT kenderaan elektrik (EV) dari Amerika Syarikat, Alpha Motors Corporation membuka tempahan untuk satu lagi model EV baharu dengan nama Saga. Kereta elektrik terbaharu itu nampak seakan versi coupe Ace yang dipanjangkan badan.

Harga Saga elektrik ini dianggarkan bermula antara AS$40,000 (RM167,280) dan AS$50,000 (RM209,100).

Saga meneruskan rekabentuk mirip kebanyakan model EV Alpha dengan rekabentuk depan berkonsep retro dalam gaya moden, manakala rupa belakang kereta lebih minimalis.

BACA >>> Alpha Wolf EV – Trak Pikap Eletrik Retro dengan Jarak Pandu 400km, Kapasiti Tunda 1.3 Tan

Bahagian sisi nampak lebih menonjol dengan fender besar dan bentuk bumbung gaya coupe. Berikut perincian Saga:

  • Dua pilihan trenkuasa elektrik iaitu motor tunggal dengan pacuan roda belakang (RWD) dan motor kembar untuk sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Mampu dipandu lebih 482km. Pecutan 0-100kmj mengambil masa sekitar 6 saat.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu

  • Ada teknologi penyejukan dan pemanasan bateri. Tiada maklumat didedahkan mengenai jenis bateri.
  • Lampu depan kembar jenis LED bentuk bulat dengan lampu siang (DRL) dan lampu signal belok.
  • Bampar depan hitam disatukan dengan spliter depan dan ada dua unit lampu dipercayai lampu kabus.

BACA >>> #RetroAuto: Lampu Signal Belok Masih Kekal Guna Teknologi 40-an

  • Tiada garisan badan pada bonet dan bumbung. Bentuk cermin sisi gaya kereta 60-an.
  • Hendal pintu sama warna dengan badan kereta. Badan kelabu dikontraskan warna hitam pada bampar depan, belakang dan bumbung.
  • Ruang kabin hitam mendapat kombinasi tembaga gelap. Papan pemuka memaparkan kluster instrumen analog, iaitu meter jam, takometer dan jarak berserta spidometer dengan paparan gear. Meter bater diposisikan bawah lampu amaran brek dan tali keledar.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

  • Butang penghidup enjin dipasang pada stereng dan kerusi depan boleh laras menggunakan kuasa elektrik.
  • Papan pemuka terhidaup unit infotainmen skrin sentuh di tengah. Di bawah, diatur penyaman udara dan sistem radio klasik dengan tombol dail.
  • Memiliki panjang 4,700mm, lebar 1,910mm dan tinggi 1,440mm. Ada dua saiz rim untuk dipilih: 16 inci dan 18 inci.
  • Sistem brek menggunakan brek cakera pada semua roda.
  • Ada spoiler dipasangkan di hujung but belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020
BACA >>> Kajian: Pemandu Berusia Lebih Pandai Selenggara Kereta, Pilih Baca Peta Manual

SUMBER: Alpha Motors

Alpha Motors Alpha Motors Corporation Alpha Saga elektrik EV kereta elektrik Kereta EV Sedan Saga EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026

    5 Comments

    1. Huzynhazn on 21/11/2021 19:22

      Look like alfaetta, front and side

      Reply
    2. Zam on 22/11/2021 00:23

      Untill i see this EV running through flooded roads without any short circuit, or electrocuting people around…..nothin can convince me to buy it even if the price is the same as Myvi…

      Reply
      • AO on 24/11/2021 12:50

        U can try open torch light under water.

        Reply
    3. Adi Putra Othman on 22/11/2021 16:11

      no money ma.. pkp wey!!! gilalah korang ni… ada ke org tgh miskin ni.. ko nk jual2 brg lg .. simpan je lah niat tuh!!!!! sengal!!!

      Reply
      • AO on 24/11/2021 12:50

        Amerika maa…

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.