Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Lampu Signal Belok Masih Kekal Guna Teknologi 40-an
Autotainment

#RetroAuto: Lampu Signal Belok Masih Kekal Guna Teknologi 40-an

Han OthmanBy Han Othman12/08/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


USIA kenderaan bermotor kini sudah lebih seabad dan pelbagai teknologi penambahbaikan automobil dicipta seperti tali keledar, beg udara, pencucuhan kawalan berkomputer, suntikan bahan api dan sistem brek anti-kunci (ABS) yang membuatkan pemanduan hari ini jadi lebih selamat dan bertambah baik.

Bagaimanapun, tahukah anda lampu signal belok kekal tidak berubah sejak lebih 70 tahun lalu? Walaupun lampu signal belok ialah antara ciri keselamatan automotif terpenting, tetapi kawalan signal belok moden masa kini masih lagi tiada perubahan sejak lebih tujuh dekad lalu.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bahaya Nyalakan Lampu Kabus Pada Malam Cerah?

BUICK JADI PENGELUAR PERINTIS

Penggunaan pertama lampu signal belok elektrik berkelip dirintis oleh Buick 1938 sebagai ciri keselamatan baharu model itu dan diiklankan sebagai ‘Signal Arah Berkelip’. Menjelang 1940, Buick menaik taraf mekanisme batal-sendiri (self-cancelled) pada kolum stereng yang terdiri daripada metod mekanikal sensitif dan rumit seperti spring, aci, lungsur (slider) dan lobus (lobe) dengan poin penutup tetap. Semua metod itu masih digunakan kenderaan seluruh dunia hari ini.

Nyata sekali ciptaan 1940 itu ialah penyelesaian pintar yang mampu beroperasi cukup baik selama bertahun-tahun. Namun, ketika semua pemandu dan pengeluar sudah terbiasa menggunakan, ada beberapa isu mengenai sistem lampu belok yang masih gagal diselesaikan. Contohnya:

BACA >>> 5 Tip Periksa Lampu Kereta Supaya Kekal Berfungsi dan Selamat

1. MEKANISME MAHAL

Pemasangan mekanisme ‘batal-sendiri’ menelan kos dan intensif buruh yang tinggi berikutan banyak bahagian mudah patah dan lembut perlu dipasang. Ia juga memerlukan ruang tertentu dalam kolum stereng.

2. SIGNAL TERBIAR MENYALA

Anda tentu pernah mengalami pengalaman begini bukan? Tanpa sedar anda sedang memandu dalam keadaan lampu signal belok terpasang atau terbiar menyala lama disebabkan kegagalan mekanisme mematikannya secara automatik. Anda mungkin sudah memandu sejauh beberapa kilometer dalam keadaan lampu signal belok masih berkelip.

3. TERPADAM AWAL

Lampu signal belok terpadam awal sebelum membelok berpunca daripada kuit (wiggle) roda stereng. Sebagai pemandu, sebaik saja menyedari lampu signal belok terpadam, kita dengan pantas akan cuba mengaktifkannya semula. Ia bukan masalah besar, tetapi realitinya, situasi tersebut cukup mengganggu dan mampu mengundang bahaya.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

4. BUNYI MENGGANGGU

Bunyi bising ‘tik tok’ tidak henti-henti mengingatkan kita bahawa lampu signal belok bukanlah sistem yang sempurna dan sentiasa memerlukan perhatian. Kadangkala kita perlu mematikannya sendiri. Sebagai pemandu, bunyi tersebut sudah sedia tersimpan dalam minda separa sedar dan kita tahu apa patut dilakukan. Namun, bunyi itu juga diakui antara perkara paling menganggu ketika memandu. Bunyi bising sebenarnya bertujuan membantu, tetapi sayangnya nada itu tidak seperti bunyi stereo dihidupkan atau tingkap kuasa diturunkan.

5. KETAHANAN & RELIABILITI

Mekanisme sensitif biasanya direka untuk dapat bertahan daripada kemungkinan salah guna dan kekasaran pemandu. Terdapat banyak bahagian kecil, lembut dan diminyakkan dalam mekanisme lampu signal belok, di mana dalam jangka masa panjang fungsinya boleh jadi caca-marba, haus atau patah bergantung kepada tahap penggunaan. Item seperti modul pengelip turut mempunyai risiko kegagalan pada masa tertentu.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Lampu Utama Kereta yang Perlu Anda Tahu


lampu-signal-belok
Di atas ialah 5 masalah berbangkit mengenai lampu signal belok pada 1940 dan masalah itu kekal sama hingga ke hari ini. Sama ada benci atau suka, inilah teknologi terbaik yang kita miliki dan kekal relevan sejak lebih 70 tahun lalu.

Sama seperti Buick 1940 itu sendiri,  sistem lampu signal belok moden hari ini sepatutnya sudah lama menjadi arkib muzium. Mungkinkah sudah tiba masanya teknologi baharu diperkenalkan, atau sememangnya belum dijumpai?

SUMBER: RLPEngineering.com

autotainment Buick 1938 Buick 1940 lampu signal belok RetroAuto Roda4 sejarah automobil sejarah lampu signal belok
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Proton S70 2026 rasmi dilancarkan
Roda4

Proton S70 2026 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Pasaran, Harga Mula RM73,800

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.