Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen
Auto Terkini

RON97, RON95 Naik 40 Sen, Diesel Semenanjung Naik 70 Sen

SyafieBy Syafie09/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nozel RON95 dan RON97

KEMENTERIAN Kewangan Malaysia mengumumkan pelarasan harga runcit bahan api bagi tempoh 9 hingga 15 April 2026 berikutan tekanan berterusan pasaran minyak global akibat krisis tenaga di Timur Tengah.

Berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga petrol RON97 meningkat kepada RM5.35 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi kini RM4.27 seliter. Pada masa sama, harga diesel di Semenanjung Malaysia turut melonjak kepada RM6.72 seliter.

Kerajaan menjelaskan, harga semasa masih mencerminkan purata kos bekalan beberapa minggu sebelum ini, ketika harga minyak global berada pada paras tinggi, sekali gus memberi kesan kepada harga domestik walaupun terdapat sedikit penurunan harga minyak mentah baru-baru ini.

Harga Runcit (9 – 15 April 2026):

  • RON97: RM5.35 seliter (naik 40 sen)
  • RON95 (tanpa subsidi): RM4.27 seliter (naik 40 sen)
  • Diesel (Semenanjung): RM6.72 seliter (naik 70 sen)

BUDI95 Kekal, Had Dikurangkan

Pada masa sama, Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 pada RM1.99 seliter sebagai langkah melindungi rakyat daripada kenaikan mendadak kos bahan api.

Namun, bermula 1 April 2026, had kelayakan bulanan BUDI95 sudah diselaraskan kepada 200 liter sebulan sebagai langkah sementara sehingga keadaan bekalan global kembali stabil.

Bagi diesel pula, harga subsidi kekal pada RM2.15 seliter untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, termasuk bawah sistem kawalan bersubsidi sedia ada.

Harga Subsidi:

  • RON95 (BUDI95): RM1.99 seliter
  • Diesel Sabah/Sarawak/Labuan: RM2.15 seliter

Kawalan Ketat Elak Ketirisan

Kerajaan turut memperkenalkan had pengisian diesel bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan, terutana di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Antara had ditetapkan:

  • 50 liter: Kenderaan ringan
  • 100 liter: Kenderaan sederhana
  • 150 liter: Kenderaan berat

Selain itu, bantuan tunai tambahan BUDI Diesel sebanyak RM100 diberikan pada April, menjadikan jumlah bantuan RM300 kepada penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.

Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk terus memantau perkembangan global dan memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil, di samping melindungi kebajikan rakyat melalui mekanisme subsidi bersasar.

Auto Terkini harga diesel harga ron95 harga ron97 Harga Runcit Produk Petroleum
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Der neue elektrische Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+. Exterieur Farbe: Aqua-Mint Uni Interior Polster: ARTICO/Microcut schwarz Energieverbrauch kombiniert: 19,6‒17,4 kWh/100 km | CO₂-Emissionen kombiniert: 0 g/km | CO₂-Klasse: A Die Angaben sind vorläufig. Es liegen bislang weder bestätigte Werte von einer amtlich anerkannten Prüforganisation noch eine EG-Typgenehmigung noch eine Konformitätsbescheinigung mit amtlichen Werten vor. Abweichungen zwischen den Angaben und den amtlichen Werten sind möglich. The new Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ electric. Exterior color: Aqua-mint non-metallic Interior: ARTICO Microcut Black Energy consumption combined: 19.6–17.4 kWh/100 km | Combined CO₂ emissions: 0 g/km | CO₂ class: A The figures are provisional. To date, there are no confirmed figures from an officially recognised testing organisation, nor is there an EC type-approval or a certificate of conformity containing official figures. There may be discrepancies between the figures provided and the official figures.
    Auto Terkini

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV 680hp, 1,759Nm, 0-100km/j 2.7s, Lebih 670km

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.