Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
Autotainment

RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

ZYBy ZY29/05/20204 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-BARU ini tular di media sosial tentang video perbandingan petrol jenis RON 95 dan RON 97 yang dikritik ramai kerana memberikan maklumat tidak tepat dan mengelirukan. Kami tidak mahu mempertikaikan kredibiliti hos video tersebut memandangkan kami sendiri bukan pakar teknologi, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan (kenapa kena menyanyi kalau boleh baca macam biasa?).

Namun, kita ada banyak sumber rujukan sahih yang boleh dicari sendiri, terutama di Internet daripada laman-laman berkredibel. Berikut beberapa mitos mengenai RON 95 vs RON 97 yang dapat kami rungkaikan berasaskan sumber yang dinyatakan di akhir artikel ini. 🤨

1. RON 97 BERI KUASA LEBIH TERHADAP KENDERAAN?

Proses pembakaran dalam enjin 4-lejang.

Tidak begitu tepat. Nombor oktana kajian (research octane number, RON) cuma klasifikasi untuk ketahanan petrol daripada terbakar sendiri dalam enjin sebelum nyalaan palam pencucuh bermula, disebut pra-nyalaan (pre-ignition).

Pra-nyalaan boleh berlaku daripada tekanan dan suhu tinggi yang terhasil ketika enjin bekerja. Jadi, semakin tinggi keupayaan enjin untuk menghasilkan kuasa, semakin tinggi tekanan dan suhu terhasil. Maka semakin tinggilah keperluan enjin kepada petrol berketahanan tinggi daripada terbakar sendiri.

Bagi kebanyakan kenderaan prestasi tinggi yang ditala untuk menghasilkan kuasa optimum dengan petrol RON 97 atau lebih, anda kemungkinan besar akan peroleh tambahan kuasa apabila menukar petrol yang anda gunakan daripada RON 95 kepada RON 97.

Bagaimanapun, jika kenderaan sudah ditala untuk menggunakan RON lebih rendah, misalnya RON 92 atau RON 95, penggunaan RON 97 tidak akan memberikan sebarang perbezaan ke atas prestasi kenderaan.

2. GUNA RON 97 UNTUK PERODUA AXIA AKAN BUAT ENJIN MUDAH ROSAK?

Ada mitos mendakwa RON 97 tidak sesuai digunakan kenderaan berenjin kapasiti rendah, misalnya Axia. Ini tidak benar.

Jika pengeluar, misalnya Perodua sendiri sudah merekomenkan (recommended, ada ditulis di sebalik penutup tangki petrol) kenderaan anda sesuai untuk petrol RON 95 atau lebih tinggi, itu bermakna penggunaan RON 97, RON 100 atau lebih tidak akan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan.

Bagaimanapun jika pengeluar menyarankan kenderaan anda perlu (required) menggunakan RON 97 atau lebih, tindakan menggunakan RON 95 akan menimbulkan masalah ke atas enjin, terutama masalah knocking (bunyi ketukan kuat daripada enjin) yang jika dibiarkan boleh mendatangkan kerosakan.

Paparan 3D enjin turbo Mercedes F1.

Kebiasaannya kenderaan sebegini mempunyai enjin dengan nisbah mampatan tinggi atau dipacukan sistem induksi (pengecas turbo atau supercas) yang memberikan tekanan dan suhu tinggi ketika bekerja. Ini membuatkan enjin itu memerlukan petrol berketahanan tinggi terhadap pra-nyalaan.

Jika tidak, letusan gelombang pembakaran yang terhasil daripada pra-nyalaan akan bertembung dengan gelombang letusan daripada nyalaan palam pencucuh, maka terhasillah bunyi kuat aka knocking.  Ibarat tamparan berganda isteri tua dan isteri muda yang hinggap ke pipi sang suami selepas terkantoi dimadukan macam dalam drama jam Maghrib.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?

3. GUNA PETROL RON 97 LEBIH JIMAT?

Jika kenderaan anda sudah ditala untuk RON 95 atau lebih rendah, menggunakan RON 97 tidak akan beri sebarang penjimatan. Kalau ada pun, penjimatan tersebut tidak signifikan.

Bagaimanapun, ada beberapa situasi penggunaan RON 97 dapat memberikan ekstra menjimatkan seperti memandu  di kawasan berbukit. Ini kerana memandu dalam situasi berkenaan dalam tempoh lama akan meningkatkan stres dan suhu dalam enjin, sekali gus menyebabkan simptom knocking berlaku.

Rata-rata kenderaan masa kini mampu melengahkan pemasaan nyalaan untuk mengurangkan kesan knocking hingga anda sendiri mungkin tidak sedar bilakah simptom itu berlaku. Namun, kesan langsung yang boleh dirasai ialah enjin mengalami gejala hilang kuasa, manakala penggunaan bahan api terasa lebih boros.

Petrol RON tinggi sesuai untuk pemanduan jalan berbukit.

Justeru dengan menukar RON 95 kepada RON 97, sebelum mendaki Bukit Fraser misalnya, anda dapat mengurangkan risiko knocking. Lantas, tanpa perlu melengahkan pemasaan nyalaan, enjin boleh beroperasi optimum dan anda tidak perlu memaksa pendikit untuk kekalkan daya pecutan.

Bagaimanapun dengan harga petrol RON 97 yang semakin meningkat naik, penjimatan penggunaan bahan api ini mungkin tidak begitu menjimatkan dompet anda.

4. RON 97 AKAN BUAT ENJIN LEBIH KOTOR?

Ada beberapa kiriman media sosial yang mendakwa penapis minyak (fuel filter) kenderaan mereka tersumbat selepas kerap mengisi petrol RON 97 sebagai rutin. Lalu, mereka pun mengakui petrol jenis ini memang sahih boleh mengotorkan enjin.

Ini sebenarnya bercanggah dengan kenyataan pengeluar dan juga fakta bahawa RON 97 diformulasi dengan aditif berkualiti tinggi yang mampu membersihkan enjin, terutama bahagian injap daripada sisa karbon untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan maklumat kami peroleh, isu ini timbul mungkin disebabkan kualiti simpanan petrol RON 97, terutama di stesen petrol luar bandar kerana petrol jenis ini jarang digunakan. Ini menyebabkan keladak dalam tangki rizab mudah terkumpul. Jadi, jika anda mahu guna petrol jenis RON 97, seeloknya pilihlah stesen minyak yang anda yakini ramai orang menggunakan minyak mahal itu.

5. TIDAK ELOK CAMPUR PETROL BERBEZA JENAMA?

Hati-hati nak isi minyak. Setiap liter sangat bernilai.

Ada pula mendakwa tidak elok mencampurkan petrol berlainan jenama kerana setiap jenama menggunakan formulasi berlainan. Benar, petrol bukan sekadar minyak petroleum semata-mata. Ada pelbagai campuran aditif tambahan, terutama detergen yang berfungsi membersihkan sistem masukan enjin dan juga pengubahsuai geseran (friction modifier) seperti ditawarkan Petronas.

Selain itu, sesetengah petrol seperti Petron disahkan menepati klasifikasi Euro 4M yang mana petrol jenis ini mempunyai kandungan sulfur lebih rendah, sekali gus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jadi jawapannya, ya, setiap jenama mempunyai formulasi berlainan untuk produk petrol masing-masing.

Namun, perbezaan itu tidaklah membawa kepada perubahan signifikan berbanding efek mencampurkan petrol RON 95 ke dalam kenderaan yang ditala untuk RON 97 atau lebih sahaja. Maknanya, selagi kita mengikuti jenis petrol yang disarankan pengeluar, tiada masalah untuk mencampurkan petrol daripada stesen jenama berlainan.

SUMBER:

  1. FuelEconomy.gov
  2. AAA Fuel Quality Research
Auto Terkini autotainment Mitos dan Fakta petrol ron 95 RON 95 vs RON 97 ron 97 Ron95 ron97
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Autotainment

Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

03/07/2026
Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
Tahukah Anda

Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

02/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
Auto Terkini

Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

01/07/2026

4 Comments

  1. Radil Bin Aniel on 25/02/2020 13:41

    Proton saga facelift 1.3 premium 2020.
    Perlu kah menggunakn petrol ron97??
    10:1 ratio enjin…
    Tolong bagi penjelasan…

    Reply
  2. Rol on 24/05/2020 13:03

    Tak perlu

    Reply
  3. Nell on 26/05/2020 15:07

    Ron95 sesuai digunakan utk engine kapisiti berapa? Dan ron97 plk utk engine kapisiti berapa y sesuai? Jika Engine Mitsubishi 1.6,apakah jenis minyak y sesuai

    Reply
  4. Ezaiedishariff on 17/08/2020 17:05

    Berapakah cr yg sesuai utk mengunakan ron 97?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

By Abang Hirata04/07/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

By Abang Hirata29/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.