• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?

October 9, 2017 By ZY 1 Comment

11.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAHKAH anda terfikir, bagaimanakah nozel pam minyak boleh mengesan tangki motosikal atau kereta anda sudah penuh?

Mungkin jawapan anda sangat mudah - menggunakan sensor elektronik seperti yang terdapat pada telefon pintar hari ini. Jika itu jawapannya, anda pasti terkejut dan hairan kerana sebenarnya tiada sebarang komponen elektronik digunakan sama ada sensor atau kamera.

Sebaliknya, nozel pam minyak menggunakan mekanisme mekanikal yang digunakan sejak 1930-an lagi!

EFEK VENTURI

Diagram Efek Venturi
Iklan nozel pam minyak OPW Fil-O-Matic sekitar 1930-an

Efek Venturi menjelaskan kesan ke atas aliran bendalir apabila melalui ruang lebih sempit yang mana kelajuan bendalir meningkat, dan tekanan statik jadi lebih rendah.

Dinamakan sempena ahli fizik Itali, Giovanni Battista Venturi (1746-1822), nama efek tersebut mungkin agak asing bagi kita, tetapi sebenarnya ada banyak objek dalam kehidupan seharian yang menggunakan aplikasi berasaskan konsep perbezaan tekanan bendalir, misalnya penyembur minyak wangi, karburetor motorsikal dan lain-lain.

BAGAIMANAKAH KONSEP EFEK VENTURI NOZEL PAM MINYAK?

  1. Pertama, perhatikan muncung nozel, ada satu lubang kecil dihujung, dipanggil liang pengesan (sensing port). Tiada sensor elektronik atau kamera kecil. Liang itu cuma satu tiub vakum, juga dipanggil tiub venturi, yang terletak dalam muncung nozel.
  2. Dalam keadaan tangki belum penuh, ketika anda mengisi minyak (bahan api), udara yang dipaksa keluar dari tangki akan masuk ke dalam tiub venturi. Disebabkan kemasukan udara  dan kebuk vakum berada pada tekanan atmosfera seimbang, tiada apa berlaku.
  3. Apabila paras bahan api dalam tangki mulai menaik hingga menutupi liang pengesan, tekanan ke atas tiub venturi jadi semakin rendah menyebabkan tekanan vakum meningkat.
  4. Tekanan vakum yang lebih tinggi itu akan menekan diafragma (dinding nipis) yang mengerakkan mekanisme penutup automatik.
  5. Pengepam dan pengekang akan ditendang dan aliran bahan api dihentikan.

Apakah pertanyaan anda sudah terjawab? Mungkin penjelasan di atas sukar difahami, apa kata kita fahamkan lagi dengan menonton video penerangan di bawah:

BACA >>> #ApaNakBuat: Aduh, Aku Tersalah Isi Minyak Kereta!

SUMBER: BrainStuff

11.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, bagaimanakah nozel pam minyak berhenti, efek venturi, Giovanni Battista Venturi, nozel pam minyak, nozzle auto shut off, tahukah anda, venturi, venturi effect

Comments

  1. gc says

    October 9, 2017 at 3:01 PM

    well done sir
    as usual iu visit poandulaju to get more brain

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my