• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Aduh, Aku Tersalah Isi Minyak Kereta!

#ApaNakBuat: Aduh, Aku Tersalah Isi Minyak Kereta!

February 10, 2017 By Azhan O 37 Comments

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI BRITAIN, dilaporkan setiap tahun terdapat kira-kira 150,000 orang tersalah mengisi jenis minyak ke dalam kereta mereka. Tidak tahu berapa jumlah sebenar di Malaysia. Sekarang, andaikan anda salah seorang daripada pemandu malang itu, apa pula yang patut anda lakukan?

Sebenarnya, seberapa teruk kondisi kereta anda adalah bergantung kepada jenis enjin anda, sama ada tersalah isi bahan api petrol ke dalam enjin diesel, atau diesel ke dalam enjin petrol. Biar kami jelaskan apa yang patut dilakukan.

JANGAN HIDUPKAN KERETA

ignition-kereta
Perkara paling penting untuk diingati adalah tidak menghidupkan kereta anda. Tindakan ini sebenarnya membantu mengurangkan tahap kerosakan enjin. Ini kerana sebaik saja minyak dipam daripada tangki dan masuk ke dalam enjin, bersiap sedialah dengan kerja-kerja baik pulih yang mahal.

Ada sesetengah kereta mampu mengitarkan minyak walaupun enjin tidak dihidupkan. Jadi, anda juga sepatutnya tidak memulas kunci pada posisi cucuh (ignition) sama ada ON atau START. Pemandu kereta automatik mungkin cenderung melakukan tindakan ini supaya dapat mengubah posisi gear daripada Parking (P) kepada Neutral (N) untuk menolak kereta. Sebenarnya, cara sebegini sangat berisiko dan hanya dilakukan jika situasi benar-benar kritikal.

Beritahu atendan stesen minyak tentang situasi anda. Mereka mungkin boleh membantu anda sama ada menutup operasi pam buat sementara atau meletakkan pengadang sekeliling kereta anda. Tidaklah anda rasa stres dan panik apabila melihat begitu ramai pemandu lain sedang beratur mahu mengisi minyak. Kemudian, pilihan paling selamat adalah memanggil mekanik untuk melihat tahap kerosakan kereta, ataupun menghubungi perkhidmatan trak tunda.

JIKA SUDAH MULA MEMANDU

Ramai pemandu yang tersalah isi minyak hanya mula tersedar sama ada ketika sedang mengisi atau tidak lama selepas memandu keluar dari stesen. Jika sudah memandu dan kereta belum mati, anda patut terus berhenti di tempat yang dirasakan selamat. Segera matikan enjin dan cabutkan kunci daripada posisi ignition. Hubungi perkhidmatan trak tunda yang disediakan pihak insurans (percuma untuk beberapa kilometer perjalanan).

Sekali lagi diingatkan, tahap kerosakan kereta anda adalah bergantung kepada banyak faktor. Semakin lama anda membiarkan kereta beroperasi dengan minyak salah, semakin besar kerosakan dialami membabitkan komponen enjin yang penting dan mahal.

Antara simptom tersalah isi minyak adalah pecutan jadi tidak menentu seperti tersengguk-sengguk, enjin tidak hidup, dan asap keluar berlebihan daripada ekzos. Jika anda benar-benar mengesyaki sudah tersalah isi minyak, cepat hubungi mekanik untuk mengesahkannya sambil mengharapkan kos baik pulih masih murah.

PETROL DALAM DIESEL VS DIESEL DALAM PETROL

diesel-vs-petrol
Sebenarnya lebih sukar mahu mengisi minyak diesel ke dalam tangki petrol berbanding petrol ke dalam tangki diesel. Ini kerana nozel pam diesel direka supaya tidak muat ke dalam tangki petrol yang sedikit sebanyak melindungi pemandu kereta petrol daripada tersalah isi minyak.

Bagaimanapun, anda boleh saja tersalah isi diesel ke dalam tangki kereta petrol anda jika diisi menggunakan botol, tin atau jenis pam yang tidak standard. Namun, majoriti pemandu yang tersalah isi adalah membabitkan minyak petrol ke dalam tangki diesel.

Malangnya, petrol lebih menyebabkan kesan buruk terhadap enjin diesel berbanding diesel ke atas enjin petrol. Isu paling utama ialah bahan api diesel itu sendiri digunakan untuk melincirkan alat ganti tertentu kereta. Sebaliknya, petrol tidak mempunyai kualiti pelinciran diperlukan yang mampu menggembirakan komponen seperti pam bahan api (fuel pump).

Petrol dan diesel secara asasnya bercampur atau bersebati bersama berbanding salah satu bahan api terapung di atas bahan api lain. Jadi sebaik saja enjin menghirup minyak daripada tangki, kereta anda sudah menghadapi risiko kerosakan.

ANGGARAN KOS

mekanik-salah-isi-minyak-uk
Seandainya anda melakukan tindakan selamat dengan menghubungi mekanik atau trak tunda, kos menunda mungkin cuma sekitar RM50-100 sahaja atau percuma jika menggunakan khidmat tunda insurans. Tetapi, meskipun kereta belum rosak atau mati kerana anda cepat tersedar, kos baik pulih sudah berlegar sekitar ratusan hingga ribuan ringgit. Bukan murah bukan?

Jika rosak pula, bersiap sedialah dengan nilai empat angka bergantung kepada tahap kerosakan dan berapa banyak komponen utama dan kecil yang sudah pecah atau bengkok.

TERSALAH ISI SEDIKIT MASIH OK

Namun, itu masih bukan berita yang buruk. Jika tersalah isi bahan api dalam amaun yang sedikit atau apa saja bahan asing lain, enjin anda masih mampu menanggungnya. Jika sekadar terisi satu pain petrol (lebih kurang 470ml, kurang setengah liter) ke dalam enjin diesel, anda kemungkinan besar masih boleh memandu dengan selamat jika mengisi semula minyak yang betul. Seeloknya, gunakan diesel dengan kebolehpelinciran (lubricity) tinggi yang lebih mahal.

Di Eropah atau negara empat musim lain, memang ada tabiat sesetengah pemandu kereta dan lori yang sengaja menambah sejumlah kecil petrol ke dalam tangki diesel supaya mudah menghidupkan kereta pada musim sejuk (tidak disarankan). Hasilnya jelas menunjukkan bahawa enjin kereta memang berkemampuan menangani campuran bahan api asing, asalkan dalam kuantiti kecil.

SUMBER: The Telegraph

Artikel Berkaitan

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, tersalah isi minyak, tersalah isi minyak kereta, tip automobil

Comments

  1. MARFIZI BIN MOHD SALLEH says

    March 11, 2018 at 10:42 PM

    Tuan saya ingin bertanya saya tersalah isi minyak petrol dalam rm20.00, baru saya menyedari yang minyak diisi adalah petrol, saya terus berhenti dan mengisi semula diesel sebanyak rm76.00. Sebelum saya tersalah isi petrol tu minyak diesel masih lagi banyak mengikut meter ada separuh lagi. Adakah saya perlu flushing atau macamana. Harap pandangan tuan dapat menbantu. Stk

    Reply
    • ABG GYL says

      March 12, 2018 at 1:50 AM

      Sekiranya salah isi, adalah lebih baik anda tidak menghidupkan enjin dan minta untuk towing datang dan dihantar ke bengkel untuk lakukan flushing.

      Reply
  2. nurhayati says

    May 26, 2018 at 2:07 PM

    baru-baru ni saya tersalah isi minyak kereta. Saya terisi diesel dalam tank kereta. dalam anggaran tak sampai 1liter pon.kemudian saye isi semula dengan petrol sebanyak 27 liter. kereta masih hidup dan saya dah bawak jalan jauh dari perak ke selangor.agak-agak kene buat flushing jugak ke?saya tanya proton centre kalau nak buat kene RM120...

    Reply
    • ABG GYL says

      May 26, 2018 at 11:04 PM

      Pertama, anda sangat berani 🙂

      Kedua, adalah lebih baik buat flushing.

      Reply
  3. Asy says

    June 3, 2018 at 7:59 PM

    Hai, saya miliki kereta axia. Power1.0 shj, saya taktahu minyak petrol 95 @ 97 yg lebih sesuai. Ada sebarang pendapat ataupun nasihat?

    Reply
    • ABG GYL says

      June 4, 2018 at 11:02 AM

      Pandangan kami, RON95 sudah memadai. Tapi jika anda ada bajet, boleh saja isi RON97.

      Reply
  4. Akob says

    June 10, 2018 at 5:00 AM

    Saya da isi petrol ke dlam hilux diesel saya. Sblum tu ade satu takok diesel, lepastu saya da tersilap isi rm40 petrol ke dlm tangki. Lepastu saya masih memandu hilux itu sprti biase dgn jarak yg agak jauh dan lepastu saya isi pulak diesel rm40. Jadi mcm mana tu? Dan selepas setengah jam saya mati kan enjin, lepas nk idup kn tu agak sukar sikit. So skrg saya da panik. Mcm mana nk buat ni? Apa jalan terbaik. Aihhhhhhhh. Nak raya da ni hmmmmmm

    Reply
    • AO says

      January 2, 2019 at 11:05 AM

      Sepatutnya, jangan hidup enjin, terus towing ke bengkel dan buat flushing.

      Reply
  5. Ain says

    June 11, 2018 at 7:34 PM

    Cmner nk buat kalo sy tersalah isi minyak petrol kt minyak itam . Time nk isi minyak itam yg ade lam gelen . xengt lam gelen minyak itam tu dah terisi minyak petrol , so time tu nk tambah minyak itam , tersalah isi minyak petrol dalam enjin kreta .. mohon penjelasan ..

    Reply
    • AO says

      January 2, 2019 at 11:03 AM

      Macam mana boleh tersilap? Nak tuang minyak hitam kena bukan bonet depan. Petrol kat tepi belakang kereta saja. Kalau silap tuang, kena flush semua minyak hitam+petrol dan isi baru

      Reply
  6. Ina says

    August 1, 2018 at 7:02 PM

    Hi admin,saya tersalah isi minyak diesel (full tank-mmgtak sedar langsung)agak-agak berapa kos baik pulih?

    Reply
    • ABG GYL says

      August 1, 2018 at 8:20 PM

      Kalau belum bawa, elok keluarkan dulu minyak itu. Kalau dah bawa, trus berhentikan kereta untuk elak banyak kerosakan. Berapa harga kami tak dapat maklumkan, terpulang pada jenis kerosakan yang terlibat.

      Reply
  7. Noor says

    December 31, 2018 at 8:20 PM

    Assalam, saya tersalah isi minyak diesel dalam perodua alza (langsung tak sedar say salah saya).... dalam 500meter kereta tersekat2 dan mati enjin. Saya cuba cuba start beberapa kali..... Berapa kos saya kene tanggung? Adakah kesan buruk pada masa akan datang?

    Reply
    • ABG GYL says

      January 1, 2019 at 6:57 PM

      Depend pada kerosakan. Kalau tiada kerosakan, hanya lakukan flushing saja. kos dalam beberapa ratus

      Reply
  8. Hilmi says

    March 16, 2019 at 1:12 PM

    Admin,sy tersalah isi mnyk petrol dlm tank diesel sbyk 18sen..adakah itu blh mmberi kesan buruk pada kndraan sy?terima ksih

    Reply
    • ABG GYL says

      March 17, 2019 at 1:12 PM

      ada kemungkinan

      Reply
  9. Faizan says

    March 20, 2019 at 12:40 AM

    Nak tanya.? Saya ter salah isi minyak kereta.? Saya ter isi minyak diesel dalam tangki petrol dalam jumlah 1liter.. dan saya isi kembali petrol dalam jumlah 27liter.,.
    Adakah engine kereta saya akan mengalami kerosakan

    Reply
    • ABG GYL says

      March 20, 2019 at 10:52 AM

      Ya, besar kemungkinan boleh rosak

      Reply
  10. shaz says

    April 25, 2019 at 7:10 PM

    salam...saya baru sahaja tak sengaja isi diesel sejumlah 0.4liter..tak sampai setengah botol...dalam masa yang sama tangki dalam kereta masih penuh dgan petrol..saya bawak masih takda ape2 yang berlaku..adakah masih selamat sehingga minyak saya kurang?

    Reply
    • ABG GYL says

      April 27, 2019 at 4:44 PM

      Lebih baik buat flashing

      Reply
  11. Ikhwan Khair says

    September 11, 2019 at 11:55 AM

    Salam admin, kereta saya hari tu accident teruk tapi minyak kereta penuh lagi. ada x cara utk keluarkan minyak petrol tu utk dipakai ke kereta lain ? Terima kasih

    Reply
  12. Pressley Cely says

    November 12, 2019 at 9:38 PM

    Saya tersalah isi minyak petrol 2 liter lbih ke enjin diesel. Lpstu,pihak shell suruh sya isi 65 myr minyak diesel. Saya masih takut. Lpstu sya tnya tauke mekanik kedai kereta. Dia ckp itu masih ok. Cuma enjin tdk smooth buat smntara wktu. Dia kata tdk mnybbkan enjin rosak. 2 liter tu masih boleh perlu flushing kh tdk ?

    Reply
  13. Anon says

    February 28, 2020 at 4:37 PM

    Saya tersalah isi minyak petrol ke dlm hilux diesel saya dlm rm14. Lepastu sy isi rm50 minyak diesel. Adakah itu selamat? Sy dinasihatkan utk isi minyak diesel sampai penuh sahaja dan mengekalkan minyak tu lebih dr setengah selama 2 cycles. Bagaimana ya selamatkah?

    Reply
    • Abang GYL says

      March 2, 2020 at 9:12 PM

      Kebiasaannya kereta akan jadi tak boleh start.

      Reply
  14. Nur shafiqa says

    August 13, 2020 at 9:30 PM

    Petang tadi saya tersilap isi minyak petrol ke hilux diesel saya. Lepas tu saya bawak balik rumah ayah saya ckp tak boleh nnti rosak. Tapi skrg dh malam mane ade bengkel buka. Then sempat lagi ke nak buat flashing kat bengkel esok? Tapi dalam kereta tu ada minyak diesel lagi stgh meter. Saya isi dalam 20ringgit minyak petrol. So kereta tu dapat diselamatkan ke tidak? Lagi satu boleh ke kereta tu jalan ke bengkel ? Ke kene panggil tunda jgk? Arghhhhh takuttttt.

    Reply
  15. Dzul says

    September 18, 2020 at 4:02 AM

    Hello pertanyaan.. Saya tlh tersalh isi minyak malam semalam petrol 97 ke toyota rocco.. (yg sepatutnya diesel) Saya telah memandu sebanyak 20km ke rumah.. Bru sahaja asap putih keluar dengan banyaknya awal pagi ini.. Kereta menari nari.. Saya off... Kereta baru beli bulan mei 2020...

    (soalan)
    Adakah keadaan enjin kereta saya boleh di gunakan dalam 10 tahun lagi? Adakah keadaan ini sangat teruk? Nasihat pakar.. Tolongggg

    Reply
    • Abang GYL says

      September 18, 2020 at 9:56 AM

      Jika sudah flush dan kenal pasti apa yang rosak dan ditukar, ya tiada masalah. Dari segi waranti, perlu rujuk pada servis centre.

      Reply
  16. Arif says

    October 22, 2020 at 12:31 PM

    Mcm mne sy kerja di shell tp dia mintk isi 50 tp sy terisi minyk petrol 19 dn sy tersedar bru sy isi terus tukar ke diesel 30....tlng bg penjelasan

    Reply
  17. Nazmie says

    January 1, 2021 at 5:17 PM

    Hai...sy ada soalan...semalam sy suruh member isi minyak..tapi dia isi petrol ke dalam triton light..lepas tu sy bawak dalam 3km lepastu kereta semput..sy terus padam dan tukar minyak siap flushing..soalan sy..adakan komponen dalam enjin tu ada yg rosak...?????

    Reply
  18. Zaki says

    August 14, 2021 at 4:59 PM

    Haii..saya nk tye..saya tersalah isi minyak petrol 2.88L ke dlm hilux enjin diesel..selepas tu saya tersedar terus isi minyak diesel fuel tank ke dalam kenderaan tadi..adakah selamat utk kenderaan itu?

    Reply
    • Abang GYL says

      August 15, 2021 at 5:43 PM

      Tidak. Anda harus pergi cuci semula tangki minyak. Kena hantar workshop

      Reply
  19. Ahmad says

    August 27, 2021 at 8:02 PM

    Assalamualaikum encik,saya tersilap isi minyak diesel dlm enjin motor petrol.Mase tuh saye perasan lagi , lepas dari tuh motor saya terus tak bleh hidup. Saya terus pergi bengkel dan flush semua minyak.Tpi setelah balik dari bengkel tuh motor saya x hidup balik.Apakah masalah yg dihadapi oleh motor saya encik,adakah berkaitan dngan masalah tadi atau masalah lain?

    Reply
    • Abang GYL says

      August 27, 2021 at 11:51 PM

      kami syak ada kaitan dengan tersalah isi tadi. mungkin ada part yang rosak

      Reply
  20. Ali says

    November 26, 2021 at 1:48 AM

    Malam tadi saya salah letak minyak ron95 kedalam isuzu dmax (diesel) 3.0 2018-2019 sebanyak 10liter dan telah berjalan hampir 30-40km. Kereta boleh lg berjalan dan agak susah untuk start, perlu ke saya tambah mimyak diesel atau tetap kene flushing? Mintak perjelasan tuan.

    Reply
    • Abang GYL says

      November 30, 2021 at 9:03 AM

      Perlu flushing tuan

      Reply
  21. #%*?! says

    January 31, 2022 at 1:04 AM

    Petang td sy telah tersalah isi minyak petrol lbh kurang 0.04 liter (7sen) ke dalam minyak diesel (kereta hilux), kmudian mengisi minyak diesel yg betul sebanyak 32.5 liter (rm 70). Apakah yg perlu sy lakukan? Perlukan sy flushing?

    Reply
    • AO says

      February 21, 2022 at 12:29 AM

      Ada penjelasan dalam artikel.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
    KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket
  • Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
    Gersang Punya Pasal, Lelaki Puaskan Diri dengan Pelana Motor Wanita Idaman
  • Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
    Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
  • Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik
    Sentuhan Premium Jadikan smart #1 'Mercedes Mini' Versi Elektrik

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my