Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Tentang Sejarah RV yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Tentang Sejarah RV yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN rekreasi, juga popular dipanggil RV (Recreational Vehicle), boleh dirujuk sebagai rumah bergerak yang mana sesetengahnya siap dilengkapi bilik tidur, dapur dan jakuzi. Di bawah segmen RV ini pula terdiri daripada beberapa jenis kenderaan seperti:

  • Rumah motor (motorhome)
  • Van kamper (campervan)
  • Karavan (juga dipanggil treler kembara dan treler kamper)
  • Treler roda-lima (fifth-wheel trailer)
  • Kamper popup (popup camper)
  • Kamper trak (camper truck)

Namun, mengimbau sejarah lalu, RV bermula seiring revolusi automobil dan kewujudan golongan peminat aktiviti perkhemahan. Jadi, sebagai pekhemah sejati, ada saja peluang dicari untuk meneroka sesuatu yang mencabar dan antara cabaran itu adalah mengembara menggunakan pelbagai medium pengangkutan seperti kapal, kuda, dan kereta api hingga kenderaan bermotor yang membawa kepada penciptaan RV hari ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang ‘Resale Value’ yang Perlu Anda Tahu

Malah, RV sudah menjadi sebahagian budaya Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan penduduknya mengembara secara mewah sejak lebih 100 tahun lalu. Idea asal RV itu pula datang daripada gerabak (wagon) tertutup di Eropah sejak awal abad ke-18 yang digunakan kaum gipsi, dan karavan yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain (gambar bawah).

Karavan Jerman (1922) dengan ruang tamu, 3 bilik tidur dan dapur.
Gypsy Van (1915)

1910 HINGGA 1920

Rumah motor (motorhome) pertama di Amerika Utara dikesan di Kanada pada 1910 yang dibina menggunakan trak 3 tan, Packard dan digunakan hingga 1924. Kenderaan itu berukuran 8.5 meter panjang dan hampir 2 meter lebar serta dapat memuatkan 11 penumpang yang dapat tidur di dalamnya. Malah turut dilengkapi kotak ais, tandas dan salon.

Bagi menambah baik dan membangunkan rumah motor itu, pekhemah mencari cara yang lebih kreatif dengan menyesuaikan kenderaan dimiliki dengan gaya hidup masing-masing. Antaranya, menggunakan kayu dan khemah sebenar. Ada RV ketika itu dipasangkan dapur, peti sejuk, tandas, bilik mandi dan kemudahan lain. Malah, ada juga sesetengah rumah bergerak dilengkapi alat telegraf dan lampu elektrik.

Pada 1915, rumah kereta, bernama Gypsy Van dibina dengan hiasan dalaman seperti rumah agam Inggeris seberat 8 tan, manakala treler perkhemahan beroda pertama dicipta pada 1917.

1921 HINGGA 1930

Ada banyak perintis industri RV pada era 1920-30-an seperti Winnebago, Airstream dan paling popular, Ford. Daripada frem Model TT, rumah kereta nomad dibina pada 1923. Pada 1927, RV kustom daripada frem bas Brockway Model H buatan Leonard S Whittier, mula dibikin pekhemah yang siap dilengkapi sofa rotan, rak buku, peti sejuk, sinki, dapur elektrik dan juga tangki septik. Menjelang 1930-an, RV mula dijual secara komersial.

1931 HINGGA 1940

Curtis Aerocar
Clipper Airstream

Pada dekad ini, pengeluar mula menghasilkan treler pengembaraan, sesetengahnya kecil dan beberapa lain bersaiz besar. Pada 1936, pereka kapal terbang, Glenn Curtis mencipta Curtis Aerocar dengan rupa seperti kereta. Pada tahun sama, Airstream Trailer Co mengeluarkan kenderaan khas, dipanggil clipper, berupa wagon aluminium yang dirivet seluruh badan dengan seakan pesawat udara.

BACA >>> #RetroAuto: Glenn Curtiss – Si Pereka yang Tetapkan Penanda Aras Kelajuan Motosikal

Kenderaan pelik itu dapat memuatkan 4 orang dan turut dapat membawa naik bekalan air. Model Airstream itu ialah treler pertama yang direka untuk tujuan kembara dan dijual di pasaran.

1941 HINGGA 1950

RV Shoreline Tandem Town and Country (1948)
RV Chevrolet (1946)
Palace Expando (1942)

Perkembangan RV terhenti sepanjang Perang Dunia Kedua (WWII) kerana penggunaan kenderaan ketika itu lebih diperlukan untuk tujuan seperti hospital, rumah mayat, dan kenderaan tawanan perang dalam menyokong usaha perang. Pengeluaran untuk kegunaan umum juga dihentikan sama sekali.

Selepas berakhirnya WWII, pengeluar kembali menghasilkan kereta rumah inovati, sekali gus mengubah masa depan RV secara serta merta. Penerbit legenda dan juga bilionair AS, Howard Hughes memiliki lapan RV yang beliau jadikan bilik persalinan bergerak. Semua RV milik Hughes itu dilengkapi kemasan dalaman mahogani, bilik mandi, peti sejuk, dapur dan penyaman udara.

Angkatan tentera AS pula membeli ribuan treler Palace Expando pada 1942 yang diubah suai dengan menambah bilik mandi. Treler tersebut menjadi rumah kelamin buat askar yang tersenarai dalam pasukan tentera AS. Ada juga RV menarik yang dibina berasaskan frem rekaan Chevrolet pada 1946. Menurut sejarah, pemilik RV Chevrolet sering ditahan pengguna jalan raya lain yang mahu tahu tentang kenderaan pelik itu.

Treler yang digelar ‘Shoreline Tandem Town and Country’ juga dibina pada masa ini – 1948 – iaitu treler dengan panjang 9,100mm dan 3 bilik, termasuk disediakan bekalan elektrik.

1951 HINGGA 1960

Shasta Travel Trailer (1959)

Pada 1950-an, segmen RV berkembang maju dan menjelang penghujung dekad itu, rumah bergerak dan treler kembara sudah sebati dengan gaya hidup pekhemah di Amerika. Saiz kenderaan yang dihasilkan sepanjang tahun tersebut semakin bertambah luas dan panjang, serta turut ditambah dekorasi  mewah dan moden seperti sistem paip dan bilik mandi, termasuk dapur. Ada juga RV dua tingkat yang sesetengahnya memiliki bilik tidur peribadi terpisah.

Pada 1952, model eksekutif RV dibina dengan saiz dimensi 1,980mm, berat 18 tan, dan 10 roda selain memiliki 2 bilik mandi, hiasan karpet dinding, set televisyen 21-inci dan kolam renang dengan papan anjal. Model RV ini dijual pada harga AS$75,000 (RM290,775).

Pada 1955, rekabentuk RV dua tingkat dihasilkan dengan ciri 3 bilik tidur yang dapat memuatkan 8 orang. Trak pop up pertama dibuat pada 1958 dan lima tahun kemudian, pengeluaran unit tersebut mula bermula. Pada 1959, Shasta memasuki industri RV dan produk treler kembara buatan jenama itu menjadi RV paling popular dekad tersebut.

Gaya hidup RV mengalami pelbagai peristiwa, daripada fasa perang dan aman, perubahan ekonomi, kemodenan, kegilaan dan juga revolusi zaman siber. Di sebalik segala cabaran itu, RV masih gah dan terus maju walaupun dalam situasu ekonomi mencabar.

BACA >>> Volkswagen California XXL Concept – Era Baharu Van Kamper Kini Bermula

Dari 1960 hingga sekarang, industri RV masih diteruskan seiring era teknologi automotif masa kini. Berdasarkan perkembangan teknologi, tidak mustahil rekaan RV akan terus diperbaiki demi menghasilkan ciri dan rekabentuk kenderaan yang relevan.

Dek keselesaan diberikan RV, orang ramai kini tidak perlu lagi risau untuk berkhemah dan bermalam di luar rumah. Apa perlu difikirkan ialah pengembaraan ke lokasi baharu yang menyeronokkan.

SUMBER: DidYouKnowCars

autotainment Glenn Curtis motorhome Palace Expando Recreational Vehicle Retro Auto Roda4 rumah bergerak rumah motor RV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.