Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#RetroAuto: Tentang Sejarah Kawasaki Ninja (1984-2014) yang Perlu Anda Tahu
Roda2

#RetroAuto: Tentang Sejarah Kawasaki Ninja (1984-2014) yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI GPZ900R (juga dipanggil ZX900A atau Ninja) diperkenalkan pada 1984 dan bertahan hingga 2003, hampir dua dekad dan cukup lama bagi sesebuah model motosikal. Ketika debut, penampilan GPZ900R dilihat sebagai perintis rekabentuk sportbike moden hari ini.

Pastinya GPZ900R sebuah jentera yang istimewa untuk dikenang dan diceritakan. Kisah klasik ini jangan dilupakan, terutama jika anda mengaku peminat setia Kawasaki, dan sekarang mari kita imbau semula memori tentang atuk kepada famili besar Ninja ini.

‘MAGIS 9’ – PENYAMBUNG KEJAYAAN Z1, KEMUNCULAN NINJA DALAM ERA TEKNOLOGI PENYEJUKAN CECAIR

Ninja ialah jenama yang melambangkan Kawasaki, seiring lencana Z. Pada awal 80-an, era teknologi enjin berubah daripada penyejukan udara kepada air (water-cooled). Jadi Kawasaki memerlukan enjin baharu dan terhasillah Ninja pertama – GPZ900R. Sepuluh tahun kemudian, lencana Z mula menyertai famili itu.

BACA >>> Tom Cruise Kembalikan Kawasaki dalam Sekuel Top Gun

Impak GP dalam dunia pemotoran begitu kukuh dengan prestasi kuasa hebat. Ia juga merintis kepada lebih banyak model Ninja dikeluarkan dan kemudian jadi begitu sinonim sebagai jenama sportbike Kawasaki. Malah, sudah jadi kebiasaan bagi semua model, termasuk pelumba GP sebagai jentera paling kuat dan paling laju.

Pada masa kini, nama Ninja menular masuk ke kelas pertengahan yang bukan sekadar membawa maksud terpantas dan terkuat, tetapi boleh dianggap sebagai nama julukan untuk motosikal prestasi terbaik dalam kelasnya.

1. KAWASAKI GPZ900R @ A1 (1984)


Ketika debut, inilah sportbike terpantas dunia dengan enjin 4 injap 4-silinder DOHC penyejukan air dan frem diamond, berkuasa 115hp dan tork 85Nm serta transmisi manual 6-kelajuan.

GPZ900R melalui dua perubahan besar sepanjang hayat sportbike itu. Kali pertama kali pada era 90-an (A7). Perubahan pertama ialah diameter fork, berubah daripada 38mm kepada 41mm. Brek pula diperkuat daripada 1 pot kepada 4 pot, manakala saiz rim 16 inci dinaikkan kepada 17 inci.

BACA >>> 7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 1]

Rim belakang dilebarkan kepada 18-inci dengan saiz tayar ditukar daripada 130 kepada 150 sebagai standard. Perubahan kali kedua ialah pada 1999 (A12), dilengkapi brek 6 pot, absorber koil belakang dan tayar radial. Jentera kod A15 pula memenuhi peraturan emisi 2002, manakala model akhir A16 menerima perubahan warna.

2. KAWASAKI GPZ900R @ A16 (2003)


Pada 1999, Kawasaki mengemaskini model GPZ900R melibatkan kaliper brek 6 pot, dan menambah baik absorber belakang dan tayar radial. Kawasaki kemudian menutup sejarah siri GP itu dengan edisi akhir 2003, A16 selepas hampir 20 tahun atas jalan. Nadi akhir digunakan ialah enjin 4 injap 4-silinder DOHC penyejukan air berkuasa 106hp.


Foto di atas ini ialah kokpit edisi akhir A16 dengan menampilkan kombinasi 4 meter. Dari kiri: tolok minyak, takometer, spidometer dan tolok suhu air.


Rupa belakang A16 menyerlahkan asas rekabentuk awal Ninja. Imej kiri menunjukkan dua mufler dengan bentuk megafon yang diwarisi daripada model awal GP.

3. KAWASAKI NINJA ZX-10 (1988)


Kawasaki merekabentuk semula sepenuhnya frem e-Box aluminium dan mengemas kini enjin yang menyumbang kepada pengurangan berat jentera, cuma 222kg. Model ini dipasangkan tayar radial 17/18 inci, manakala prestasi dijana enjin paralel 4 injap 4-silinder 997cc DOHC penyejukan air berkuasa 135hp.

4. KAWASAKI NINJA ZX-11 (1990)


Model ini menggunakan enjin dengan sistem udara ram berkuasa 145hp + α dan meter halaju 320kmj yang mengejutkan ramai peminat dan pemerhati dunia permotoran era itu dengan gelaran motosikal terpantas 90-an. Ia dijana enjin paralel 4 injap 4-silinder DOHC penyejukan air dengan berat kering 228kg.

BACA >>> Muat Naik Foto dengan Superbike MV Agusta, Lewis Hamilton Tukar Karier?

5. KAWASAKI NINJA ZX-12R (2000)


Jentera ini dibina berasaskan frem monokok dalam kerangka yang menggunakan teknologi penerbangan. Tunggangan biasa saja sudah mampu meledakkan sportbike ini sepantas 300kmj yang dijana daripada enjin paralel 4 injap 4-silinder DOHC penyejukan air berkuasa 176hp dan berat kering 210kg.

6. KAWASAKI NINJA ZX-14R (2012)


Model flagship Kawasaki ini dilihat sebagai seteru utama Suzuki Hayabusa dengan mewarisi tradisi ZZR yang mesra pengguna. Ia sebuah jentera berprestasi tinggi dengan posisi tunggangan terbaik. Model ini dijana enjin paralel 4 injap 4-silinder DOHC penyejukan air berkuasa 198hp dan berat kering 268kg (foto atas ialah model ABS 2014).

7. KAWASAKI NINJA ZX-6R (1995)


Model ini berkongsi frem dengan ZX-9R hingga model 2002. Enjin paralel 4 injap 4-silinder DOHC penyejukan air ini mampu menjana kuasa 98hp dengan berat kering 182kg.

BACA >>> 10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia [SIRI 1]

8. KAWASAKI NINJA ZX-10R (2004)


Model ini menggunakan frem twin spar aluminium yang dilengkapkan enjin kompak berkuasa tinggi. Selain mencapai nisbah berat kuasa terbaik dalam kelas menerusi pengurangan berat badan (170kg), enjin paralel 4 injap 4-silinder 998cc DOHC penyejukan air ini berupaya menjana kuasa setinggi 173hp.

SUMBER: YoungMachine

Kawasaki Kawasaki GPZ 900 R (1984) Kawasaki GPZ 900R Kawasaki Motor Malaysia (KMM) kawasaki ninja Kawasaki Ninja ZX - 11 Kawasaki Ninja ZX - 12R Kawasaki Ninja ZX - 14R Kawasaki Ninja ZX - 6R Kawasaki Ninja ZX-10R Retro Auto sportbike Suzuki Katana (2019)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    25/05/2026
    Roda2

    Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

    20/05/2026
    BMW Motorrad Vision K18 2026
    Roda2

    BMW Motorrad Vision K18 2026 – Projek One-Off Ilham Dunia Penerbangan

    20/05/2026
    MV Agusta Brutale 1000 ABT
    Roda2

    MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.