• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Tom Cruise Kembalikan Kawasaki dalam Sekuel Top Gun

Tom Cruise Kembalikan Kawasaki dalam Sekuel Top Gun

June 4, 2018 By AI 1 Comment

322
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL mengalami banyak perubahan sepanjang 33 tahun lalu sejak Top Gun difilemkan pada 1985. Pada masa itu, Kawasaki GPZ900 ialah motosikal terpantas dan seksi yang nampak secocok dipadankan dengan aktor Tom Cruise. Tetapi bagi sekuel terbaharu filem aksi itu, Cruise nampaknya bertukar daripada GPZ lama kepada Ninja H2R.

Sekurang-kurangnya itulah yang dapat dilihat menerusi video intipan jarak jauh dan sedikit kabur yang khabarnya itu ialah kelibat Cruise sedang menunggang motosikal bersama krew filem di satu lokasi lapangan terbang.

Cruise mengesahkan Top Gun bakal menayangkan sekuel filem itu selepas hampir tiga dekad ditayangkan di layar perak. Menurut aktor berusia 55 tahun itu, filem tersebut berjudul Top Gun: Maverick yang kini sedang dalam pembikinan.

Projek ini sepatutnya bermula pada 2010, di bawah arahan mendiang Tony Scott. Bagaimanapun, selepas kematian pengarah kelahiran England itu pada 2012, projek itu tergendala begitu sahaja. Kini, barulah filem tersebut mula memasuki pasca pengeluaran.

Menurut khabar angin Hollywood, Top Gun: Maverick juga akan dibintangi seteru utama Cruise daripada filem asal, Val Kilmer.

Penggunaan Kawasaki Ninja H2R (jentera dalam video tiada ekzos besar H2) bakal menjadi penghormatan terbaik kepada filem asal itu, GPZ900. Tetapi, lihatlah begitu banyak perubahanan berlaku: Pada 1985, GPZ mencapai 113hp dengan pecutan 11.18 saat. Ninja H2 moden pula menghasilkan kuasa 210hp (326hp untuk H2R) dan mampu memecut suku (¼) batu sepantas di bawah 10 saat.

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

322
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: auto terkini, filem, Kawasaki, Kawasaki GPZ900, Kawasaki Ninja H2R, roda2, Tom Cruise, Tony Scott, Top Gun 2, Top Gun: Maverick, Val Kilmer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my