Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Bangkit di Jepun untuk Kembali ke Amerika [Siri 2]
Autotainment

#RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Bangkit di Jepun untuk Kembali ke Amerika [Siri 2]

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TERNYATA ‘living American Dreams‘ tidak semudah melupuskan kilang Yoshimura di Jepun yang dibina bertahun laman. Ketika Pop Yoshimura tiba di Amerika Syarikat (AS), situasi adalah lebih teruk daripada apa disangka.

Bukan saja rakan niaga sana tidak bayar bil tertunggak ketika beliau masih di Jepun, malah mereka menuntut bayaran pemilikan gudang inventori alat ganti yang dihantar dari Jepun. Sikap itu nyata membuatkan Pop berang kerana baginya wakil pengedar cuma perlu memasang komponen dan tidak patut berkira tentang apa saja seolah mereka pengeluar produk.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Yoshimura – Hilang di Jepun, Bangkit di Amerika [Siri 1]

Pop dan anaknya Fujio kemudian menggunakan campur tangan pihak ketiga di AS yang bersetuju dengan dakwaannya. Namun menjelang hari perbicaraan, entah bagai mana campur tangan pihak ketiga itu boleh jadi tidak sah dan pemilikan syarikat kekal sama 50:50. Mahkamah memutuskan syarikat Pop diambil alih syarikat dengan rakan kerjasama sebelumnya.

Mengenai isu itu, Pop menjelaskan;

Aku serahkan syarikat ini, tetapi aku pasti akan kembali.

“Aku hilang kira-kira AS$20,000 dalam kos mahkamah, lebih 20 juta yen dalam mesin pemprosesan yang dibawa dari Jepun, alat ganti yang sudah dikeluarkan, termasuk nama ‘Yoshimura’.

“Pada masa itu, AS$1 kira-kira 300 yen, jadi AS$20,000 adalah kira-kira 6 juta yen, dan 20 juta yen adalah 1.8 kali ganda iaitu sekitar 36 juta yen jika dihitung daripada jumlah sewa BOJ, tidak termasuk sewa yang dikira.”

Pendek kata, Pop sudah melabur wang yang banyak, penghormatan dan nama. Mungkin impian meluaskan pasaran di AS sudah terkubur, tetapi beliau dan isteri, Naoe tidak patah semangat. Mereka kembali ke Jepun dengan misi penting.

Di Jepun, beliau nekad membina semula jenama Yoshimura dengan mendapat sokong syarikat menantunya, Moriwaki Engineering di Suzuka, dan syarikat anak keduanya, Yumiko dan suami, Shihei Kato, Yoshimura Parts Shop Kato di Atsugi, yang ditubuhkan pada Julai 1974.

Di kilang Moriwaki Engineering, mereka memasang paip bengkok dengan tangan dan meminta vendor melakukan pemasangan lenturan mekanikal lebih umum. Pada masa sama anak perempuan sulungnya, Nankai meminta pengeluar komponen Jepun memboikot tempahan dari musuh mereka di AS.

Moriwaki Engineering
Mamoru Moriwaki

Sementara itu, Moriwaki (suami Nankai) melakukan rundingan teknikal dengan pengeluar pemprosesan aci (cam), piston, dan pengeluar automotif seperti Honda dan Kawasaki untuk mendapatkan bahan aci OEM yang belum diproses.

Pop dan Moriwaki juga menandatangani kontrak yang membolehkan menantunya itu membayar royalti mufler yang dihasilkan di Moriwaki Engineering. Ini dibuat sebagai refleksi pengambil alihan syarikat dan untuk menghormati pekerjaan dan hak satu sama lain, baik ibu bapa, anak-anak dan keluarga.

Wang diperoleh itu menjadi kekuatan penting bagi kebangkitan semula Yoshimura. Tidak lama selepas itu, era pembuatan motosikal besar tiba-tiba meningkat berbanding apa yang pernah terjadi sebelumnya.

Tidak hanya di AS, tetapi juga Jepun, Eropah dan Hemisfera Selatan. Situasi itu membuatkan Pop terpaksa memasang komponen setiap hari hingga tengah malam. Sebahagiannya dihantar ke David Dixon (Dixon Racing) di England dan Ross Hana di Australia. Kedua-duanya adalah rakan niaga jujur yang mempunyai pemahaman yang baik mengenai Pop sebagai ketua keluarga Yoshimura dan Moriwaki dan syarikatnya.

Sebaliknya, Yoshimura AS menjadi seteru utama Yoshimura RACING.  Malangnya jenama Yoshimura sukar menjual produk dan bergelut mencari pasaran pembeli. Pada April 1975, Pop berpindah ke AS untuk bermula semula.

Namun, ada satu masalah besar kerana nama Yoshimura dalam huruf Katana tidak dapat digunakan (kerana didaftarkan sebagai tanda dagang). Jadi syarikat baharu daripada perniagaan induk Yoshimura terpaksa menggunakan huruf latin.

BACA>>>#ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?

PUSAT R&D YOSHIMURA AMERIKA SYARIKAT

Yoshimura di AS dikenali sebagai Yoshimura USA dan jenama itu berterusan hingga hari ini. Pada 1 Jun 1975, Yoshimura baru bermula di utara Hollywood, luar Los Angeles. Kini alat ganti yang dihasilkan di Jepun akan mula dijual di AS. Mujurlah populariti Kawasaki Z1 membantu meningkatkan tempahan paip, aci dan piston CR dan komponen lain.

Sudah tentu musuh ketatnya, yang dahulu rakan niaga Yoshimura, Alexander tidak duduk diam hingga sanggup melakukan sabotaj. Visa kerja anaknya Fujio didapati tidak sah dan beliau ( termasuk Pop) dihantar pulang. Bagaimanapun, itu hanya secebis cabaran kecil dilalui Pop berbanding halangan besar yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Pop nyata tidak mudah mengaku kalah. Beliau bimbang jika pelanggan menerima komponen palsu. Selepas dipulangkan kembali ke negara asal, beliau masih meneruskan proses pemasangan Yoshimura di Jepun dan selepas mendapat visa baharu, beliau terbang semula ke AS pada November 1976.

Di AS, Alexander bertindak menukar nama syarikat kepada Dale Star Engineering, tetapi muflis. Malah, seterunya itu didapati bersalah kerana menyeludup masuk komponen Yoshimura dari Jepun ke AS menggunakan penerbangan sendiri, termasuk mengelak cukai kastam.

Seiring insiden itu, muncul gerakan yang kemudian merevolusikan dunia motosikal di AS. Perlumbaan ‘superbike pengeluaran’ pun bermula. Dan tentu saja yang menjadi perhatian ketika itu adalah kelahiran semula jenama Yoshimura di negara Uncle Sam.

BACA >>> Suzuki dan Yoshimura Rai Ulang Tahun Kerjasama ke-40 dalam MotoAmerica
BACA >>> Indonesia Jadi Lokasi Pembangunan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder?

SUMBER: BikeBros

autotainment ekzos ekzos Yoshimura Moriwaki Engineering Pop Yoshimura RetroAuto sistem ekzos yoshimura Yoshimura USA
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.