Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Prosedur Ujian Pemandu Mabuk Sudah Bermula Lebih 50 Tahun Lalu
Autotainment

#RetroAuto: Prosedur Ujian Pemandu Mabuk Sudah Bermula Lebih 50 Tahun Lalu

Abang HirataBy Abang Hirata24/01/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMANDU di bawah pengaruh alkohol atau arak memang tidak dinafikan boleh mengundang padah. Buktinya, ada begitu banyak negara serata dunia, termasuk Malaysia yang melancarkan kempen ‘don’t drink and drive’ dalam usaha mengurangkan statistik kemalangan akibat memandu sambil mabuk. Namun, kecelakaan tetap berlaku dan ramai yang terkorban dek minuman keras.

Bagi mengesan pemandu di bawah pengaruh arak, pihak polis menggunakan kaedah ringkas, iaitu ujian pernafasan untuk mengesan kandungan alkohol dalam tubuh seperti yang biasa kita lihat dalam filem-filem Hollywood. Polis England ialah pasukan keselamatan pertama yang melakukan ujian pernafasan alkohol jalanan, iaitu pada 8 Oktober 1967 di Shropshire, West Midlands.

BACA >>> Nissan Perkenal Teknologi Kesan-Peluh, Atasi Masalah Pemandu Kurang Minum Air

Sebelum itu, protokol ujian begitu ringkas dan kurang saintifik yang mana suspek hanya perlu menyentuh hidung dengan mata tertutup dan kemudian berjalan lurus atau berdiri sebelah kaki.

FAKTA KEMALANGAN AKIBAT MINUM ARAK DI BRITAIN

  • Pada 1967, ada 1,640 kematian disebabkan arak. Sejak tahun itu hingga sekarang, jumlah kematian sudah berkurangan lapan kali ganda di sebalik penambahan kenderaan yang ketara.
  • Namun, daripada 200 kematian akibat kemalangan jalan raya, terdapat sekurang-kurangnya seorang pemandu mengambil alkohol melebihi had dibenarkan mengikut statistik Jabatan Pengangkutan/DfT (2015).
  • Angka akhir pada 2015 menunjukkan peningkatan 9 peratus bagi kes kecederaan parah, daripada 1,070 pada 2014 kepada 1,170 (2015) iaitu peningkatan pertama sejak 2011.
  • Jumlah keseluruhan mangsa kemalangan akibat arak pada 2015 ialah 8,470 orang, meningkat 3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

BERIKUT DATA MENGENAI UJIAN PERNAFASAN

  • Polis melakukan lebih setengah juta (520,219) ujian pernafasan jalanan pada 2015. Jumlah itu paling rendah sejak pengambilan data bermula 2002. Lebih 60,000 (satu per lapan) pemandu gagal atau menolak mengambil ujian tersebut.
  • Jumlah lelaki yang gagal dalam ujian tersebut sekali ganda lebih tinggi berbanding wanita, suatu trend yang konsisten di pelbagai peringkat umur berdasarkan laporan DfT.

BACA >>> #Videotomotif: Saintis Tidak Sengaja Temui Cara Tukar Emisi Kereta Kepada Alkohol

UNDANG-UNDANG MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ARAK @ ALKOHOL

  • Akta Keselamatan Jalan Raya 1967 di Britain menetapkan had 80mg alkohol bagi setiap 100mL darah (0.35mg alkohol untuk setiap liter pernafasan). Pengambilan lebih daripada itu adalah satu kesalahan.
  • Dalam 12 bulan pertama, jumlah kematian menurun 1,000 kes, manakala kecedaraan serius menurun 11,000 kes, menurut laporan Hunter Abbott, selaku Penasihat kepada Majlis Penasihat Parlimen untuk Keselamatan Pengangkutan (PACTS) dan Pengarah Urusan firma analisis nafas, AlcoSense Laboratories.
  • Ini menunjukkan penggunaan drunkometer adalah perlu dan relevan.

UNDANG-UNDANG PEMANDU MABUK DI MALAYSIA?

Individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengenakan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

RUJUKAN: BHarian

SEJARAH UJIAN PERNAFASAN

  • Medium pertama digunakan ialah alat uji pernafasan, dipanggil breathalyser yang mana suspek dikehendaki menghembuskan nafas ke dalam bungkusan khas. Ini langkah pertama untuk polis mengesan pengaruh alkohol.
  • Selanjutnya ialah ujian darah atau air kencing di balai polis untuk pengesahan atau pembuktian.
  • Kemudian, sensor sel bahan api (fuel cell) elektronik digunakan. Proses ini lebih cepat untuk menyukat tahap alkohol dalam badan suspek.
  • Untuk pendakwaan, ujian kedua perlu dibuat di balai polis menggunakan alatan ujian lebih tepat.
  • Sehingga pada 1990-an, ujian sampel darah dan air kencing di balai polis memerlukan kehadiran doktor. Jika doktor tiada, suspek boleh terlepas daripada pendakwaan.
  • Proses itu kemudian diringkaskan melalui ujian pernafasan menggunakan teknologi infra merah yang dibuat di balai polis. Hasil ujian yang tepat berdasarkan teknologi itu tidak lagi memerlukan kehadiran doktor. Ini membantu menambah baik jumlah pendakwaan.

BERKURANGAN, TAPI MASIH BERLAKU – HUNTER ABBOTT

  • Kini, ada lebih 5,000 kemalangan berlaku setiap tahun dan sekurang-kurangnya seorang pemandu dikesan mengambil alkohol melebihi had.
  • Hampir satu perlima pendakwaan dibuat pada keesokan pagi selepas pengambilan alkohol.
  • Kajian menunjukkan walaupun seseorang pemandu itu memandu dengan satu perlapan daripada had alkohol ‘Inggeris’ (satu perlima had Scotland), suspek berisiko 37 peratus terlibat kemalangan maut berbanding dalam kondisi normal.
  • Salah satu cara mengelak kecelakaan itu adalah tidak memandu langsung, atau melakukan ujian pernafasan sendiri menggunakan breathalyser peribadi

LEBIH ELOK TIDAK MINUM LANGSUNG

Salah satu alat breathalyser peribadi, ialah AlcoSense Excel yang boleh dibeli pada harga £99.99 (RM554). Peranti tersebut ialah sensor versi kecil yang digunakan beberapa Polis Britain, dan mampu untuk memberikan bacaan tepat selepas pengambilan alkohol.

Di laman beli belah seperti Shopee pun ada dijual breathalyser dengan harga lebih murah di bawah RM30 sahaja. Namun tidak diketahui tahap ketepatan alat tersebut.

Apapun, lebih baik tidak minum arak langsung atau berpesta dengannya sebab sudah nyata minuman tersebut langsung tidak memberikan faedah.

alat uji tahap alkohol autotainment breathalyser Drunkometer polis Britain Retro Auto sejarah ujian alkohol ujian alkohol
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.