Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sejarah Nama Automobil, Sudah Disebut Seawal Zaman Renaissance
Autotainment

#RetroAuto: Sejarah Nama Automobil, Sudah Disebut Seawal Zaman Renaissance

Han OthmanBy Han Othman01/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

The new mechanical wagon with the awful name automobile has come to stay…”
– New York Times (1897 article)

SEBUTAN ‘automobile’ dalam Bahasa Inggeris daripada akhbar New York Times (NYT) di atas ialah istilah pertama dihebahkan media kepada umum dan akhirnya membantu mempopularkan nama tersebut yang merujuk kepada kenderaan bermotor.

Bagaimanapun, kredit sepatutnya diberikan kepada jurutera dan pelukis Itali pada abad ke-14, Francesco di Giorgio Martini. Walaupun tidak pernah mencipta sebuah kereta pun, tetapi artis era Renaissance itu pernah melukis plan untuk sebuah gerabak/kabin dengan 4 tayar yang dikuasakan manusia (gambar bawah).


Martini menamakan plan itu sebagai ‘automobil’ dengan menggabungkan nama Greek, ‘auto’ (bermaksud sendiri @ self), dan nama Latin, ‘mobils’ (bermaksud bergerak @ moving). Kemudian, apabila kedua-dua nama itu disatukan, jadilah satu perkataan tunggal bermaksud kenderaan bergerak sendiri (automobil). Maksudnya bukan kenderaan automatik, tetapi ia kenderaan yang tidak perlu ditarik kuda.

NAMA LAIN UNTUK KENDERAAN BERMOTOR

Nama popular lain bagi automobil ialah car yang berasal daripada perkataan Celtic, ‘carrus’, bermaksud wagon atau kart (pedati, kereta). Ada juga rujukan daripada media era awal mengenai pelbagai nama kenderaan bermotor seperti autobaine, autokenetic, autometon, automotor horse, buggyaut, diamote, horseless carriage, mocole, motor carriage, motorig, motor-vique dan oleo locomotive.

Jadi, apakah nama lain selain di atas bagi kenderaan bermotor yang pernah digunakan pereka automobil terkenal pada masa lalu? Antara cara terbaik mengesan asal-usul nama tersebut ialah meneliti semula permohonan paten pada era itu.

RINGKASAN PELBAGAI NAMA KERETA DALAM SEJARAH

  • Pereka Amerika Syarikat (AS), Oliver Evans (gambar atas), yang juga jurutera dan ahli perniagaan memohon paten di Philadelphia pada 1972 untuk satu ciptaan yang digelarnya ‘oruktor amphiboles’ yang diterjemahkan kepada ‘amphibious digger’.
  • Kenderaan Evans direka sebagai sebuah kereta dikuasakan stim dan dijual di kedainya pada 1804. Ciptaan itu asalnya dihasilkan untuk ahli lembaga pengarah kesihatan Philadelphia bagi tujuan mengorek dan membersihkan dok, di mana kenderaan tersebut boleh bergerak di air dan darat.

  • Peguam paten dari Rochester, New York, George Selden (gambar atas) mendapat paten bagi ciptaan yang dipanggil ‘road machine’ pada 1879. Disebabkan undang-undang ketika itu, paten tersebut diawalkan pada 1877. Selden meluaskan tuntutan patennya selama beberapa tahun.
  • Pada 1895, beliau mendapat satu lagi paten bagi kenderaan bermotor 3-silinder. Walaupun Selden tidak pernah mengeluarkan sebuah kereta pun, paten itu membolehkan dia mendapat royalti daripada semua pengeluar Amerika Syarikat (AS) pada masa itu.
  • Semua pengeluar perlu membayar royalti kepada syarikat Selden, Persatuan Pengeluar Automotif Berlesen (Association of Licensed Automotive Manufacturers) bagi hak cipta perlesenan paten untuk menghasilkan kereta.

  • Apa dilakukan Selden itu mengundang ketidakpuasan di kalangan pengeluar kereta dan Henry Ford (gambar atas) selaku industrialis dan pengasas Ford Motor Company, ialah antara pengeluar yang enggan bayar yuran perlesenan kepada Selden.
  • Tindakan Ford itu membuatkan Selden mengheret beliau ke mahkamah pada 1904 dan mahkamah mengarahkan ‘automobil’ dibina berdasarkan paten Selden. Bagaimanapun, paten Selden akhirnya terbatal pada 1911. Beliau tidak lagi dapat mengutip royalti dan pengeluar kereta selepas itu bebas menghasilkan kenderaan pada kos rendah tanpa sebarang perbelanjaan tambahan.
  • Duryea bersaudara mempatenkan ‘motor wagon’ pada 1895. Mereka ialah antara pereka basikal yang teruja dengan konsep automobil dan enjin petrol.

SUMBER: Thougthco.com

asal nama automobil asal nama kereta automobil automobile autotainment Francesco di Giorgio Martini. Henry Ford Kereta Renaissance
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.