Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RessQ60min Sedia Perkhidmatan Servis Kereta Bergerak dan Bantuan Kecemasan 24 Jam!
Auto Terkini

RessQ60min Sedia Perkhidmatan Servis Kereta Bergerak dan Bantuan Kecemasan 24 Jam!

Han OthmanBy Han Othman08/07/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADAKAH anda ada masalah menunggu berjam-jam lama untuk kereta disenggara setiap kali ke pusat servis atau bengkel? Sekarang tidak perlu risau lagi kerana RessQ60min akan menghantar mekanik ke pintu rumah anda supaya anda tidak perlu lagi membazirkan masa menunggu kereta diservis.

Tahukah anda ada 3.2 juta kenderaan persendirian di Lembah Klang, dan jumlah tersebut meningkat dengan ketara setiap bulan. Bayangkan tambahan 30,000 kereta bergerak atas jalan setiap bulan, dan dianggarkan ada kira-kira 7 juta kereta akan memenuhi Lembah Klang menjelang 2020.

Semua 7 juta kereta ini perlu diservis dan walaupun ada banyak pusat servis dibuka, pemilik kenderaan tetap perlu memandu ke premis tersebut. Anda juga perlu membuat janji temu dan meluangkan masa ke sana.

Kekangan inilah yang cuba diatasi RessQ60min dengan menawarkan perkhidmatan servis bergerak. Berbeza aplikasi mobil  lain seperti penghantaran makanan, khidmat cuci atau baik pulih telefon yang ringkas, sebaliknya perkhidmatan penyenggaraan kereta memerlukan kelengkapan dan alatan sofistikated yang perlu dipadatkan dalam satu kenderaan bergerak.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Minyak Enjin Kereta Anda Kena Tukar Cepat!

SERVIS TERUS KE RUMAH ANDA!

Kini RessQ60min menjadikan semua itu satu kenyataan dengan menggunakan alatan mudah alih dan sumber kuasa berasaskan bateri.

Bercerita tentang konsep perkhidmatan seperti itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Suman Mathevan berkata, ramai pemilik perlu meluangkan masa setengah hari hanya untuk menghantar kereta mereka diservis kereta.

“Bagi mengatasi masalah ini, RessQ60min beroperasi 24 jam sehari, tidak seperti pusat servis tradisional yang beroperasi hingga jam 6 petang saja,” katanya.

Tanpa premis fizikal membuatkan operasi RessQ60min lebih fleksibel. Menurut Suman lagi, pasukannya juga tidak perlu membayar sewa untuk pusat servis fizikal dan secara tidak langsung mengurangkan kos servis antara 10-15 peratus. Jadi caj pengangkutan ke rumah pelanggan atau ke luar kawasan dapat diserap, sekali gus mengurangkan kos servis yang perlu dibayar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?

SERVIS KECEMASAN 24 JAM SEHARI!

RessQ60min juga menyediakan servis kecemasan, seperti masalah bateri, dan tayar pancit. Perkhidmat menukar bateri kini didatangkan dengan waranti seluruh negara.

“Kami mampu sediakan bantuan sokongan sekiranya pelanggan perlukan khidmat penukaran tidak kira di mana saja. Seperti anam diberikan, RessQ60min mensasarkan bantuan seperti situasi kecemasan dalam masa 60 minit.

“Mekanik terlibat dan pusat khidmat pelanggan kami akan sentiasa mengemas kini lokasi terkini kepada pemilik setiap 15 minit sekali bagi memastikan pemilik kenderaan dimaklumkan dengan situasi semasa,” kata Suman lagi.

Buat masa ini RessQ60min menjalinkan kerjasama dengan MyAssist yang memiliki 82 mekanik terlatih dan lebih 400 panel seluruh Semenanjung Malaysia yang mana servis menukar bateri dan tayar ialah perkhidmatan paling popular. Servis lain yang turut ditawarkan ialah menukar pad brek, menukar pelincir, menghidupkan bateri (jumping), menunda dan mencuci kereta.

BACA >>> Blogger UK Ini Terus Insaf Selepas Buat Simulasi Pandu Uji Kereta Tayar Botak

Perkhidmatan cuci kereta bergerak akan dilancarkan bulan depan dengan caj serendah RM18, mengikut model kereta. Menariknya, perkhidmatan ini tidak memerlukan sumber air daripada kediaman atau pejabat pelanggan kerana menggunakan kaedah cucian kering. Jadi pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini hampir di masa saja tempat berada, misalnya di parkir kawasan kenderaan terbuka.

Walaupun perkongsian dengan beberapa pembekal utama belum dimuktamadkan, RessQ60min memberi jaminan yang perkhidmatan ditawarkan sudah meliputi  kebanyakan jenama terkenal. Tayar misalnya, ada 15 jenama boleh dipilih pelanggan berasaskan bajet dan keperluan.

RessQ60min kini boleh dihubungi 24 jam di talian 03-7764-8188, manakala aplikasi mobil dijadualkan dilancarkan bulan ini. Sila layari laman Facebook Ressq60min untuk sebarang kemas kini terbaharu.

SUMBER: RessQ60min

aplikasi mobil Auto Terkini Mobile Apps RessQ60min Suman Mathevan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026

1 Comment

  1. KADAPI DAROL on 11/05/2021 20:13

    Ada tak bergerak kawasan gelang patah johor.keta sy masalah battery mo kena Jumper

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.