Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Renault, Geely Rancang Tubuh Syarikat Kerjasama Hasilkan Enjin ICE, Hibrid untuk Dunia
Auto Terkini

Renault, Geely Rancang Tubuh Syarikat Kerjasama Hasilkan Enjin ICE, Hibrid untuk Dunia

Han OthmanBy Han Othman09/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RENAULT dan Geely dikhabarkan menjalin kerjasama menubuhkan syarikat menghasilkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid.

Sebagai makluman, Geely ialah antara gergasi automotif dari China yang turut menaungi banyak jenama besar dunia seperti Volvo, Lotus, dan Proton serta sejumlah saham dalam Mercedes-Benz. Renault pula berada dalam perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi yang pernah mendominasi jualan automobil global.

BACA >>> Renault Captur Tukar Logo, Mitsubishi ASX (2023) Serba Baharu Lancar di Eropah
BACA >>> Smart #1 – SUV Elektrik Pertama Kerjasama Mercedes-Geely, Bakal Diedarkan Proton?

Perkongsian kedua-dua pengeluar itu dikatakan akan dibahagian sama rata 50:50 antara Geely dan Renault. Ia akan beroperasi sebagai entiti tunggal untuk membekalkan komponen dan enjin sistem kenderaan. Enjin dihasilkan itu akan digunakan untuk trenkuasa hibrid generasi baharu beberapa jenama automobil.

Jenama dimaksudkan itu sudah tentu yang bernaung di bawah dua entiti berkenaan seperti Renault dan Geely sendiri selain Dacia, Nissan, Mitsubishi, Volvo, Lyn&Co dan Proton. Ini secara langsung memberi bayangan semua jenama itu akan saling berkongsi enjin sama sebelum meluaskan pasaran untuk pihak ketiga lain.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Renault Group, Luca De Meo, pengeluar itu sedang menggiatkan usaha transformasi Renaulution dalam seluruh rantaian automotif baharu. Renaul Group juga bersetuju dengan rancangan pengkongsian bersama Geely untuk terus meluaskan ICE dan teknologi hibrid yang akan menjadi bahagian penting dunia automotif dalam beberapa dekad akan datang.

Syarikat ini akan menggajikan sekitar 19,000 pekerja dan beroperasi di 17 pengeluar enjin di tiga negara. Anggaran pengeluaran awal adalah kira-kira 5 juta enjin ICE, hibrid, dan hibrid plug-in (PHEV), serta transmisi,” katanya

Enjin dan transmisi tersebut akan dihantar ke 130 negara sasaran yang dijangka menguasai kira-kira 80 peratus pasaran ICE antarabangsa.

BACA >>> Geely Emgrand Lancar di Filipina, Harga Mula RM64k!
BACA >>> Renault Arkana (2022), SUV Ala Coupe dengan Harga RM142k di UK

SUMBER: Motor1

Auto Terkini Enjin Hibrid Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) Geely Auto GEELY Auto Group ICE Luca De Meo Renault Renault Group
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.