Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Renault Arkana (2022), SUV Ala Coupe dengan Harga RM142k di UK
Roda4

Renault Arkana (2022), SUV Ala Coupe dengan Harga RM142k di UK

Abang HirataBy Abang Hirata11/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL ini ditulis pada hari sama Perodua Alza baharu dilancarkan. Penulis teruja melihat pakej ditawarkan pada harga berbaloi. Pengenalan Alza (2022) juga membuatkan penulis terfikir, dengan pakej lengkap kenapa perlu lagi mendapatkan kereta lebih mahal dengan ruang kecil dan penggunaan minyak lebih tinggi?

Jawapannya terletak pada cita rasa pembeli itu sendiri. Jika berkemampuan, harga minyak bukan lagi persoalan dan bukan semua perlukan ruang yang besar. Pada masa sama, inilah masa pengeluar tersebut memposisikan jenama, kualiti dan perkhidmatan lebih baik.

BACA >>> Renault Guna Teknologi Geely Hasilkan Kenderaan di Korea Selatan

Kembali kepada artikel, Renault Arkana menawarkan sesuatu berbeza kepada pengguna. Arkana ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan rekabentuk bumbung curam ke belakang ala coupe. Model sebegini biasanya ditawarkan jenama premium seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi dan Porsche.

Sebagai jenama kebanyakan, Arkana boleh dikatakan sebagai SUV coupe mampu milik dan sekadar makluman, Geely juga mempunyai SUV sebegini, dipanggil Tugella (foto atas).

Arkana mempunyai sejarah menarik, ia kali pertama diperkenalkan di Rusia pada Mei 2019 dan dibina berasaskan platform BO Dacia/Renault Duster.

Pada Februari 2020, versi kembar, iaitu Renault Samsung XM3 diperkenalkan di Korea Selatan yang dibangunkan daripada platform berbeza, CMF-B. Versi Korea Selatan itu kemudian dijenamakan sebagai Renault Arkana dan diperkenalkan di Eropah pada September 2020.

Terbaharu Renault memperkenalkan Arkana (2022) versi pasaran Eropah dalam empat varian utama seperti berikut:

1. Arkana Evolution
  • Menggantikan Arkana Iconic dengan rim aloi 17 inci Bahamas.
  • Lampu depan LED penuh dan lampu bentuk signatur C LED di depan dan belakang.
  • Lampu utama dan wiper cermin automatik.
  • Kluster instrumen TFT 7 inci.
  • Unit infotainmen skrin sentuh EASY LINK 7 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Penyaman udara automatik.
  • Brek Parkir Elektronik (EPB), sensor parkir belakang dan kamera pandang belakang.
  • Plat skid kelabu kusam.
  • Cermin sisi belakang dan cermin pintu belakang gelap.
  • Dilengkapi ciri keselamatan Brek Kecemasan Aktif (AEB), Pengecam Isyarat Jalan (TSR), Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Jelajah dengan Pengehad Kelajuan.
2. Arkana Techno
  • Diasaskan daripada Arkana S Edition sebelum ini.
  • Memiliki ciri pengecas telefon pintar wayarles, kluster instrumen TFT 10 inci, unit infotainment skrin sentuh EASY LINK 9.3 inci dengan navigasi, carian Google dan maklumat trafik.
  • Upholsteri fabrik dan kulit tiruan.
  • Kerusi depan elektrik boleh laras 8-tetapan.
  • Sistem Multi-Sense dengan tiga mod pemanduan, dan lapan pilihan warna lampu ambien.
  • Cermin pandang belakang automalap.
  • Lampu suluh tinggi automatik (AHB).
  • Ciri keselamatan terdiri daripada Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan Bantuan Pegun bukit (HHA), Pengecam Isyarat Jalan (TSR) dengan Pencegah Had Kelajuan (SLA), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakag (RCTA)
  • Luaran mendapat kemasan krom dengan rim aloi 18 inci Pasadena.
  • Cermin sisi belakang dan cermin pintu belakang lebih gelap.
  • Plat skid kelabu kusam.
3. Arkana RS Line
  • Varian Arkana Techno dengan rim aloi 18 inci Silverstone.
  • Bampar depan dengan sirip ala Formula Satu (F1) dan gril corak sarang lebah.
  • Plat skid warna gunmetal, dan muncung ekzos krom.
  • Kerusi kulit dan sued dengan sulaman benang merah, papan pemuka aksen karbon, dan pedal aluminium.
  • Stereng kulit dengan ciri pemanas.
  • Kerusi depan elektrik boleh laras dengan ciri pemanas.
  • Cermin pandang belakang tanpa bingkai.
  • Pelapik bumbung hitam.
  • Sistem parkir bebas tangan.
  • Lencana RS Line.
4. Arkana E-Tech Engineered
  • Rim aloi 18 inci E-Tech Engineered.
  • Kemasan emas pada bampar.
  • Plat skid depan dan belakang E-Tech Engineered.
  • Upholsteri Arkana Techno dengan stereng berserta ciri pemanas.
  • Kerusi depan boleh laras elektrik dengan fungsi pemanas, dan material kulit dan sued E-Tech engineered dan sulaman benang hitam dan emas.
  • Pelapik bumbung hitam.
  • Papan pemuka dengan kemasan karbon, dan pedal aluminium.
  • Cermin pandang belakang tanpa bingkai.
  • Sistem parkir bebas tangan.
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Rangkaian kuasa

  • Mild Hybrid 140: Enjin 1.3L Turbo (138hp DIN, tork 260Nm) dengan transmisi dual-klac (DCT) EDC 7-kelajuan.
  • E-Tech Hybrid 145: Enjin 1.6L (142hp DIN, tork 148Nm) dengan transmisi automatik klac anjing (dog clutch).
Harga

Bermula £26,695 (RM142,860) untuk varian aras mula Arkana Evolution Mild Hybrid 140, hingga £32,695 (RM174,970) untuk varian premium Arkana E-Tech engineered Hybrid 145.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza
BACA >>> Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Renault Renault Arkana Renault Arkana 2022 Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Skyline bakal kembali
    Auto Terkini

    Nissan Skyline Bakal Kembali!

    16/04/2026
    Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

    13/04/2026
    Elektrifikasi

    Shooting-Brake dari China, Denza Z9GT 2026 Kini di Eropah dengan Fungsi ‘Crab-Walk’

    14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
    Auto Terkini

    Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

    By Han Othman13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.