Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah Ciri-Ciri Pusat Servis Kereta Kesukaan Rakyat Malaysia
Autotainment

Inilah Ciri-Ciri Pusat Servis Kereta Kesukaan Rakyat Malaysia

Han OthmanBy Han Othman15/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENUNGGU memang menyeksakan. Begitulah dirasai setiap pelanggan ketika menghantar kereta mereka di servis di pusat servis (SC). Ini diburukkan lagi dengan suasana pusat servis yang membosankan dan tidak selesa hingga terasa sejam bagaikan setahun lamanya. Stres betul!

Sebenarnya, apa yang pelanggan perlukan di pusat servis untuk mengubat hati yang sedang kebosanan? Mungkin di bawah ini jawapannya:

1. WIFI PERCUMA

Ini kemudahan yang wajib ada di setiap pusat servis. Sepatutnya mana-mana pusat servis yang tiada kemudahan WiFi perlu diboikot pelanggan. WiFi pula mestilah berkelajuan tinggi dan janganlah asal cukup syarat saja. Bukan semua pelanggan menggunakan telefon ada bil dan bukan semua pelanggan ada bil cukup kuota Internet mereka. 😛 Ya, kemudahan WiFi percuma dapat membuatkan mereka tersenyum.

Internet percuma menerusi WiFi mampu menghilangkan kebosanan dan melengah-lengahkan perasaan lama menunggu. Sedar tak sedar nama kena panggil sebab kereta sudah siap servis.

2. MANA SOKET LETRIK NAK CAS?

Ramai pelanggan datang ke pusat servis dengan beban kerja yang perlu diselesaikan. Jadi, komputer riba aka laptop mereka perlukan bekalan kuasa. Ini termasuk mereka yang datang ke pusat servis dengan bateri telefon bimbit sudah kekuningan (tinggal 30 peratus sahaja). Power bank terlupa. Aduh, kena pula panggilan bos masuk bertalu-talu.

Cari punya cari, soket letrik memang ada, tetapi tidak cukup. Pusat servis bukan main besar, soket letrik tidak sampai 10 pun. Itupun habis ‘diborong’ untuk mesin air, televisyen dan vakum makcik cleaner, termasuk kerusi urut eletrik. Apa salahnya sediakan wayar sambungan, atau buat soket letrik baharu. Melaburlah sikit?

3. LOKAR BERKUNCI

Lockers

Bayangkan sedang asyik menaip di laptop, tiba-tiba perut memulas. Nah, tak pasal-pasal kena usung masuk tandas. Takkan nak biarkan macam tu saja atas meja atau kerusi. Benda dalam laptop jangan dibuat main. Silap-silap ada dokumen juta-jutaan ringgit. Gambar anak isteri ada beribu-ribu fail. Kalau hilang mahu air mata bercucuran.

Mahu solat di surau pun tidak khusyuk walaupun letak laptop di sebelah. Sambil solat sempat pula jeling-jeling ye tak? Jadi, lokar berkunci patut ada sebagai fasiliti wajib! Boleh letak di ruang surau atau laluan ke bilik air atau tandas.

4. RUANG MAINAN KANAK-KANAK

mini playground

Sesetengah pelanggan ialah suri rumah yang datang dengan anak. Ada juga bapa mithali yang bawa anak mereka ke pusat servis. Faham-faham sajalah, budak-budak kalau bosan mulalah mengamuk ajak balik. Tapi macam mana nak balik kalau kereta belum siap servis?

Penyelesaiannya, sediakan ruang mainan kanak-kanak. Biarkan anak-anak pelanggan menggelongsor keriangan hingga terlentok kepenatan di atas sofa.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak

5. PERPUSTAKAAN MINI

Tidak perlu pun berbelanja besar. Cukup saja sediakan sebuah rak buku 6-8 para. Bahan bacaan pula mesti pelbagai untuk pelanggan lelaki dan perempuan pelbagai peringkat umur. Antara genre buku wajib ada: kereta, masakan, hiasan rumah, gaya hidup wanita, famili, komik.

Sama seperti WiFi, buku-buku juga berfungsi melengah-lengahkan perasaan menunggu lama. Bila pelanggan tidak lama menunggu, kuranglah sikit mereka rasa nak marah.

6. MAKANAN PERCUMA

nasi-lemak-bungkus

Orang Malaysia memang suka makan. Tambahan pula percuma, berilah apa saja pasti cepat sahaja diserbu mereka. Bukanlah minta dijamu nasi beriani atau set stik. Tetapi cukuplah roti krim, roti kaya, biskut kering dan kopi panas. Menariknya, ada pelanggan beritahu ada beberapa pusat servis di Malaysia menyediakan makanan menarik seperti nasi lemak dan teh tarik.

Benarlah kata pengasas mi segera dari Jepun, Momofuku Ando; “Dunia aman jika manusia cukup makan”.

7. TINGKAP TEMBUS KE RUANG SERVIS

Jika di bengkel luar, pelanggan dibenarkan datang dekat kepada kereta, tetapi tidak di pusat servis. Jadi bagi menghormati naluri ingin tahu itu, ada baiknya pusat servis mewujudkan tingkap tembus ke ruang servis bagi membolehkan pelanggan melihat bagaimana kereta mereka diservis.

Tingkap tembus juga mampu mewujudkan perspektif luas di pusat servis, sekali gus mengurangkan stres pelanggan. Tak adalah rasa terperangkap semacam duduk dalam penjara.

8. MAKWE CUN

support-service

Kalau syarikat penerbangan ada khidmat pramugari, apa salahnya pusat servis tiru benda sama. Sediakan penasihat servis (SA) yang cun melecun atau kacak bergaya. Silap haribulan, kereta belum sampai tempoh servis pun pelanggan sudah datang terpacak mahu tukar itu ini. Hehehe…

BACA >>> Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 1]

BACA >>> Inilah 5 Cara Memandu Teruk Yang Boleh Rosakkan Kereta Anda [SIRI 2]

nasi lemak di pusat servis pusat servis pusat servis idaman ramai pusat servis kereta pusat servis terbaik Services Centre
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.