Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pulau Pinang Sasar 600 unit EVCB Menjelang Akhir Tahun Ini
Auto Terkini

Pulau Pinang Sasar 600 unit EVCB Menjelang Akhir Tahun Ini

SyafieBy Syafie16/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBANYAK 600 unit Stesen Cas Kenderaan Elektrik (EVCB) dijangka beroperasi di Pulau Pinang menjelang penghujung 2025, dengan 300 unit di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan baki di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Jason H’ng Mooi Lye.

MBPP menjalankan kajian untuk mengenal pasti lokasi EVCB di kawasan pulau dan disebabkan kekangan ruang, kawasan parkir kereta sedia ada seperti di kompleks MBPP dan kawasan parkir atas jalan akan digunakan bagi tujuan itu. EVCB pertama dirasmikan Mooi Lye di Gat Lebuh China dan Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran.

Selain itu, MBPP melaksanakan proses Permohonan untuk Cadangan (RFP) bagi pemasangan 52 unit pengecas EV di 26 lokasi di pulau seperti di Persiaran Karpal Singh, Jalan Concordia, dan Tanjung Bungah.

Pemasangan sudah pun selesai dan kini dalam proses penyambungan bekalan elektrik, dilakukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dengan operasi dijangka bermula bulan depan.

MBPP juga merancang melaksanakan fasa kedua RFP bagi pemasangan 50 unit EVCB tambahan di 27 lokasi menjelang Disember ini.

Pemasangan itu akan meningkatkan kemudahan cas kenderaan elektrik di seluruh negeri, termasuk kawasan komersial dan pusat beli-belah yang turut mengambil inisiatif menyediakan EVCB.

Terdapat 261 EVCB sudah disediakan sektor swasta di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan pemaju kawasan komersial dan perumahan untuk turut menyediakan pengecas EV di lokasi disediakan Kerajaan.

SUMBER: MBPP

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Pulau Pinang Stesen Cas Kenderaan Elektrik (EVCB)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.