Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Puig: Honda Tak Kecil Hati, Ikut Suka Lorenzo Nak Buat Apa Saja
Roda2

Puig: Honda Tak Kecil Hati, Ikut Suka Lorenzo Nak Buat Apa Saja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKIRANYA semua berjalan seperti dirancang, ujian pramusim Sepang lalu bakal menyaksikan Jorge Lorenzo sedang menyiapkan diri untuk musim kedua beliau bersama pasukan Repsol Honda dalam kempen MotoGP.

Namun, sebaliknya berlaku, juara dunia lima kali itu memilih untuk bersara pada November tahun lalu di Valencia. Apa yang mengejutkan, beliau muncul sebagai penunggang uji dan jurulatih Yamaha kepada barisan pelumba pasukan itu seperti Maverick Vinales, Valentino Rossi, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Atas kertas, HRC berhak melarang Lorenzo melakukan sebarang ujian atau aktiviti wild card hingga akhir tahun ini kerana melanggar kontrak tahun kedua. Pelumba berusia 32 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pengurus Repsol Honda, Alberto Puig kerana memilih untuk tidak melakukannya.

BACA >>> Rossi: Yamaha M1 yang Laju Perlukan Pelumba Uji Laju Macam Lorenzo

Lorenzo mengakui sentiasa mendapat sokongan yang baik sepanjang bersama Honda dan berterima kasih kerana tiada sebarang klausa yang menghalangnya untuk menunggang jentera lain tahun ini. Malah, Honda sebenarnya boleh saja menyaman pelumba Sepanyol itu, tetapi memilih untuk tidak melakukannya.

“Inilah sebab aku boleh jadi penunggang uji Yamaha. Puig tak telefon pun beritahu pasal ini dan aku sentiasa hargai bantuan dia pada 2019,” katanya.

TAK KECIL HATI

Bagi Puig pula, Honda langsung tidak ‘terasa’ atau berkecil hati dengan tindakan mantan pelumbanya itu ke Yamaha. Beliau berkata;

Kontrak kami dua tahun, tapi bila pelumba datang dan cakap nak berhenti sebab nak jaga fizikal dan sudah tak ada motivasi nak berlumba kerana fiil tu dah tak ada, apa lagi kami boleh cakap? Tentunya ok, jika kamu benar-benar nak berhenti, berhentilah.

“Saya gembira kerana keputusan Honda 100 peratus betul, dia (Lorenzo) beritahu tak sedia nak ride dan kami hormat. Honda tak nak paksa pelumba untuk tunggang motor 300kmj jika dia sendiri tak nak. Kami tahu sepanjang tempoh Jorge bersama, Honda sudah mencuba semaksimum mungkin, dan mungkin juga usaha tu tak cukup untuk dia.

“Maksud saya, tak sesuai dengan harapan dia, tapi kami gembira kerana semua jurutera, pasukan, kakitangan di Jepun dan di sini, termasuk saya sendiri, dah cuba yang terbaik. Ia tidak berlaku, tetapi kami cuba.”

BACA >>> Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha

Tambah Puig lagi, Honda gembira dengan pengakhiran yang berlaku apabila Lorenzo berkata mahu berhenti. Lorenzo juga berterima kasih kepada Honda dan berhenti dengan cara yang betul.

“Bagi Honda, setiap orang bebas buat apa yang dia nak dengan hidupnya dan kami hormati. Jika selepas beberapa bulan dia buat keputusan untuk ubah fikiran dan dia ada peluang itu (dengan Yamaha) kami tumpang gembira.

“Kami takkan menyibuk dalam hal ini, saya fikir setiap orang ada kehidupan sendiri dan kami harap dia gembira dengan hidupnya.”

BACA >>> Lorenzo Tampil Kali Pertama dengan Baju Repsol Honda, Mampukah Gugat Marquez?

MEMANG NAK BERSARA!

Lorenzo berkata, walaupun asalnya merancang untuk bersara penuh daripada MotoGP, tetapi beliau mengakui menemui semula keseronokan menunggang yang sudah lama hilang dengan YZR-M1. Menurutnya;

Idea pertama memang nak bersara penuh sebab dah 18 tahun hidup untuk menang, bersaing dan bekerja keras untuk capai misi. Sekarang aku dah di tahap yang berbeza dalam hidup.

“Tapi aku rasa lebih enjoy the ride dengan Yamaha dan fiil yang dah lama hilang tu muncul balik. Mungkin kali terakhir aku rasa bahagia adalah masa menang tiga daripada empat race (untuk Ducati) pada 2018. Sayangnya, dengan kecederaan dan keputusan teruk, aku dah tak dapat fiil sama tahun lalu, dan separuh bersama Repsol Honda.

“Tiga hari lalu (di Sepang), aku rasa sangat seronok dan kalau kat Valencia aku pernah cakap 99 peratus peluang tak nak buat come back, mungkin sekarang dah jadi 98 peratus.”

BACA >>> Lorenzo, Rossi Bersatu dalam Pasukan Petronas Yamaha SRT?

2020 MotoGP Alberto Puig Jorge Lorenzo Jorge Lorenzo Bersara Kejuaraan MotoGP M1 MotoGP Pasukan Repsol Honda roda2 Ujian Pramusim Sepang 2020
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.