Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Proton Wira – The True Fighter!
Bikin Auto

Proton Wira – The True Fighter!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/04/20166 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-09

SEBUT perihal modifikasi, sering kali kita melihat Proton Wira bertukar wajah kepada jenama Mitsubishi. Apabila bertanya pada kaki-kaki modifikasi, mereka kata ‘barang’ lebih mudah dapat.

Begitu juga buat salah seorang penggila jentera Mitsubishi yang mengambil keputusan untuk ‘mengorbankan’ Proton Wira menjadi Mitsubishi Evolution III.

Demi mengejar cita-citanya, empunya jentera sanggup menghabiskan wang ringgit. Bagi mendapatkan kepuasan diri, segala kerja pengubahsuaian dilakukan secara teliti dan kemas.

Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-11LUARAN:

Bermula dengan keseluruhan jentera digantikan dengan kit badan lengkap Evo III termasuk spoiler dan bumbung panoramik. Pada bahagian belakang, ia dipasangkan dengan set lampu dan bonet belakang lebih pendek berbanding Evo III.

Untuk tampak lebih garang, rim Volk Racing TE37 bersaiz 16 inci dipasangkan dan dibaluti dengan tayar Yokohama berukuran 205/55R16.

Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-12PRESTASI:

Beralih ke aspek prestasu, enjin asal 4G92 digantikan dengan penggunaan ‘jantung’ berprestasi tinggi 4G63T bersesaran 2.0L . Walau bagaimana, blok asal pada enjin tersebut tidak lagi digunakan dan digantikan dengan pemakaian blok 4G64.

Piston jenama Wiseco digabungkan dengan conrod Eagle di dalam bahagian enjin bagi penjanaan yang lebih mantap. Kepala silinder asal 4G63T pula dikekalkan dan proses port & polish turut dilakukan.

Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-01

Turbo Garrett GT35 pula diberi kepercayaan menggantikan yang asal dan diikat pada manifold kustom lengkap dengan wastegate Turbosmart. Udara yang disedut masuk ditapis kebersihannya oleh penapis udara Simota yang tampak kemas bergaya.

Udara sejuk dari intercooler Greddy kemudian dibawa masuk melalui paip stainless steel terus ke bahagian intake manakala ‘blow-off’ GReddy pula bertujuan bagi melepaskan kadar tekanan yang berlebihan daripada masuk ke dalam intake.

Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-05    Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-04

Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-03    Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-02

Kuasa yang dihasilkan seterusnya dihuraikan oleh kotak gear AWD asal Evo III yang berfungsi sepenuhnya! Kotak gear ini turut dibantu dengan set lengkap klac berprestasi OS Giken twin plate.

Penjanaan kuasa pada enjin lebih mudah ditala dengan bantuan unit ecu Haltech E6X. Selain itu, turut kelihatan penggunaan meter kawalan boost HKS EVC serta deretan meter Defi (oil press, water temp, oil temp, fuel press, ext temp) bagi memudahkan pemantauan dalam enjin dibuat serta unit pemasa turbo dari Blitz.

Modifikasi-proton-wira-evo-pandulajudotcom-16DALAMAN

Segenap ruang dalaman ditukar sama seperti model Evo III. Tempat duduk ‘bucket’ Recaro SPG yang dipasang pada bahagian hadapan.

Hebat bukan!!!

Teks : Encik Punai        Foto : Kenny Yeoh@eosguy

SPESIFIKASI

Proton Wira

Enjin 4G63T
Modifikasi Enjin Blok 4G64, piston Wiseco, conrod Eagle, port & polish, camshaft HKS 272°, campulley custom, air filter Simota, turbo Garrett GT35, turbo manifold custom, wastegate Turbosmart, intercooler GReddy, blow-off GReddy, fuel pump Walbro, injector ID1000, fuel regulator Sard, plug NGK R09, custom pipe 3”, muffler 5Zigen RO
Transmisi AWD Evo III gearbox, klac OS Giken Twin Plate
Elektronik Boost controller HKS EVC, Haltech E6X, Meter Defi (oil press, water temp, oil temp, fuel press, ext temp), turbo timer Blitz
Suspensi & Casis Cusco adjustable
Brek Galant VRG (depan), Evo III (belakang)
Roda Rim Volk Racing TE37 16”, Tayar Yokohama 205/55R16
Dalaman Evo III, Recaro SPG
Luaran Evo III
Bengkel B’ Machine Development

Modifikasi Proton Wira
EVO III Mitsubishi EVO III Modifikasi Proton Wira Tuner
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit BULLDOG STYLE Untuk Honda Super-ONE

    15/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Honda Integra Type R DC2 Oleh Tolman Engineering, Konsep Standard Kilang!

    13/04/2026

    6 Comments

    1. Eddy on 24/11/2015 18:21

      Terbaik! Modifikasi yg cukup bersih dan sangat menarik.

      Reply
      • Admin PanduLaju on 24/11/2015 18:22

        Ya betul
        Sedap ja mata memandang 🙂

        Reply
    2. Rich on 27/10/2016 11:25

      Tuan berapa kos convert penuh evo3..bangkel Ada area selangor x?

      Reply
    3. Peminat evo tegar on 22/05/2017 21:42

      Kos brp nk modified mcm nie

      Reply
    4. Jayjay on 25/01/2023 15:06

      hi boss saya nak tanya ,adakah carsome ada menyediakan perkhidmatan baiki kerosakan atau menukar parts yg rosak.kereta saya wira 1.5 manual 2022 ingin saya menukar arms full set dan absorber/coil spring ori wira.

      terima kasih.

      Reply
      • Azhan O on 03/02/2023 19:41

        Kami bukan Carsome. Setahu kami carsome cuma beli dan jual kereta terpakai

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.