Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton Saga (2019) Dilancarkan! Inilah 8 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM33k!
Roda4

Proton Saga (2019) Dilancarkan! Inilah 8 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM33k!

Han OthmanBy Han Othman07/08/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON sebentar tadi melancarkan Saga (2019) versi dipertingkat (facelift) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking, dan turut dihadiri Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Mohammad Zainal Shaari, Penegrusi Proton Datuk Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dan Timbalan CEO Proton, Datuk Radzaif Mohamed.

Saga (2019) menampilkan gaya baharu, kotak gear automatik 4-kelajuan baharu dan ciri pintar terbaik dalam kelas yang bukan saja mampu menyaingi pesaing lain dalam segmen sedan segmen-A, tetapi juga meninggikan nilai model ini.

BACA >>> Selepas Lebih 3 Tahun, Proton Rampas Semula Takhta Kedua Pengeluar Terlaris Malaysia

Ada tiga kriteria utama cuba dibangkitkan Proton menerusi Saga (2019), bersesuaian slogan diketengahkan – ‘An Intelligent Proposition’ (Satu Saranan Pintar), iaitu gaya terbaik, penjimatan pintar dan kestabilan hebat.  Ini bertepatan dengan legasi dimiliki Saga sejak 34 tahun lalu yang melakui pelbagai perubahan signifikan sebagai model ikonik Proton.

Berikut beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu tentang Proton Saga (2019):

1. ADA 3 VARIAN, HARGA SERENDAH RM33K, 5 WARNA

Proton Saga (2019) didatangkan dalam tiga varian dengan harga seperti berikut:

  • Standard MT – RM32,800
  • Standard AT – RM35,800
  • Premium AT – RM39,800

Warna pula ada 5 pilihan: Jet Grey (kelabu), Snow White (putih), Ruby Red (merah), Armour Silver (perak), dan Rosewood Maroon (ungu gelap).

2. GRIL ‘INFINITE WEAVE’ + LAMPU SIANG (DRL) LED

Rekabentuk luaran Saga (2019) diberikan nafas baharu. Perubahan rupa depan paling ketara ialah lampu siang (DRL) LED di penjuru bampar dan gril corak ‘Infinite Weave’ yang kali pertama diperkenalkan pada X70, sebelum turut dijadikan paten gril Iriz dan Persona baharu. Juga ada panel krom yang melintang sepanjang bawah gril.

3. REKABENTUK BELAKANG SPORTY

Rekabentuk bampar belakang juga tampil lebih elegan dan sporty menerusi spoiler atas but dan perkataan ‘P R O T O N’ yang disusun sepanjang pintu but. Rekaan lampu belakang masih sama, tetapi bampar diperbaharui. Kali ni ada ventilator udara di sisi bampar  dan kemasan krom pada difuser bawah bampar yang memberikan visual lebih lebar.

Tiada lagi slot kunci but. Kali ini dibuka guna kawalan jauh sahaja!

4. REKABENTUK RIM SPORT BAHARU

Saga (2019) varian Premium diberikan rim aloi 15 inci dua tona rekaan baharu dengan corak akan kelopak bunga (bunga raya?). Lebih ringkas, tetapi menarik! Lekuk dan garis sisi badan pula masih sama seperti model terdahulu.

5. KABIN DIPERBAHARUI – UNIT INFOTAINMENT 7 INCI JENIS APUNG

Perubahan paling ketara pada ruang kabin Saga (2019) ialah unit infotainment skrin sentuh 7 inci jenis apung untuk varian Premium yang dipakejkan bersama sambungan wayarles Bluetooth, storan dalaman 16GB dan konektiviti telefon pintar untuk sistem operasi (OS) Android.

Perubahan lain ialah kemasan upholsteri baharu untuk kerusi, konsol tengah baharu, paparan meter kombi baharu dengan ciri pemandu efisien menerusi Eco Drive Assist dan tiga palam USB. Ada visor matahari (sun visor) dengan pemegang tiket berserta cermin, lampu ambien (depan lampu baca) LED di siling yang kini diubah ke depan, bukan lagi di tengah.

6. KOTAK GEAR AUTO BAHARU, TIADA LAGI CVT!

Aspek mekanikal pula, perubahan besar dilakukan Proton ialah menukar kotak gear CVT Saga (2019) kepada transmisi automatik 4-kelajuan baharu. Katanya, menggunakan transmisi Hyundai Power Tech jenis konvensional. Jurutera Proton turut menambah baik prestasi brek dan tahap kesenyapan (NVH) kabin, termasuk aspek keseimbangan pengendalian dan ciri keselamatan.

Sistem brek kini menggunakan komponen sama seperti Iriz dan Persona, iaitu saiz brek cakera yang lebih besar, manakala penggunaan transmisi automatik 4-kelajuan baharu memberikan pemandu kawalan manual gear yang lebih baik untuk pemanduan menyeronokkan.

Sebelum terlupa, ada juga mod Sport.

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

7. TAMBAHAN CIRI KESELAMATAN BAHARU – ESC + TCS

Ciri keselamatan Saga (2019) dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) untuk semua varian, termasuk dua beg udara di depan, sensor parkir dan poin cagakan kerusi kanak-kanak ISOFIX dengan pautan atas.

Jika membeli varian Premium, pembeli diberikan ciri Bantuan Pegun Bukit (HHA), sensor parkir depan, kamera undur dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS). Menariknya, tambahan ESC dan TCS menjadikan Saga (2019) sebagai satu-satunya kereta di bawah RM40,000 yang memiliki ciri keselamatan tersebut di Malaysia.

8. PAKEJ ‘NILAI EKSTRA’ UNTUK SETIAP BELIAN

Sama seperti X70, Iriz, Persona dan Exora, setiap pembelian Saga (2019) ditawarkan dengan pakej Nilai Ekstra, terdiri daripada tiga pakej standard, iaitu:

  • Pakej Servis – Percuma 3x kos upah buruh, atau untuk setahun.
  • Pakej Kadar Faedah – Kadar pembiayaan pinjaman kenderaan serendah 2.98 peratus setahun.
  • Pakej Insurans – Manfaat insurans untuk kereta baharu jika mengambil insurans menerusi panel Proton.

Jika digabungkan pengurangan harga bersama nilai tambahan untuk ciri baharu yang diperkenalkan setiap varian Saga (2019), pembeli Saga 1.3L Premium AT mendapat nilai tambahan berjumlah RM3,747 berbanding varian terdahulu, manakala Saga 1.3L Standard AT (RM2,043), dan Saga 1.3L Standard MT (RM2,291).

Memang berbaloi!

BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?

GALERI
2019 proton saga Auto Terkini Dr. Li Chunrong Infinite Weave Perodua Bezza pesaing proton saga Proton Saga Proton Saga (2019) Facelift proton saga 2019 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026

3 Comments

  1. Rohaizat Bin Abdul Raub on 08/08/2019 01:04

    Fuel consumption mcm mana?

    Reply
  2. Jamil on 09/08/2019 14:18

    Nak tanya kalu sy tret in kereta kancil 2003 mata bulat..untuk ambik saga baru tu boleh ke?

    Reply
  3. Zulkafli on 15/08/2019 23:34

    Nak tanya dari segi pengunaan minyak adakan lebih baik dari perodua Bezza

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.