• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

June 8, 2019 By Abang GYL 17 Comments

33.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton X50 MalaysiaBUKAN lagi rahsia mengenai model SUV kedua, Proton X50 yang dikatakan bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tambahan tular di laman Facebook baru-baru ini yang katanya Proton X50 akan diperkenalkan tahun ini. Bukan saja sudah tahu bila akan dilancarkan, malah harga jualan Proton X50 juga didedahkan. Hebat-hebat netizen sekarang 🙂

Sebenarnya sudah agak lama kami menyimpan rahsia mengenai Proton X50. Dan kami rasa sudah tiba masa untuk memberikan sedikit maklumat yang kami tahu setakat ini mengenai Proton X50. Berikut ialah sedikit maklumat yang kami boleh kongsikan kepada semua.Proton X50 Malaysia

1.) Ya, Proton X50 sah bakal masuk Malaysia. Tetapi bukan tahun ini. Menurut sumber kami boleh dipercayai, model SUV kedua Proton ini akan dilancarkan tahun hadapan.

2.) Begitu juga dengan nama yang sudah disahkan iaitu Proton X50 susulan tersiar foto sijil tanda dagang @ trademark, X50 dengan kepala surat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (lihat gambar bawah) yang dikongsikan portal permotoran, Carlist.my.

3.) Malah, Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun turut mengesahkan Proton bakal memperkenalkan model baharu yang akan dijana enjin 1.5L pengecas turbo, yakni X50. Dan enjin ini juga bakal digunapakai bagi varian terbaharu Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) yang jangka akan diperkenalkan hujung tahun ini.

4.) Dari segi harga, ia masih belum didedahkan. Jika ikut pada segmen, Proton X50 bakal bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR. Jika Proton X70 dijual pada harga serendah RM99,800, jadi tahu-tahu sajalah berapa anggaran bagi X50.

5.) Kami juga dimaklumkan Proton X50 sudah tiba di Malaysia dan ia sedang menjalani ujian daripada pihak Proton. Pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM juga dikhabarkan sudah melihat dan menyentuh SUV kompak itu.

6.) Berdasarkan spesifikasi Geely Binyue, Proton X50 akan dibina atas platform modular BMA, yang dibangunkan bersama subsidiari Volvo dengan menawarkan lebih fleksibiliti untuk disesuaikan dengan pelbagai variasi enjin.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Kemas Kini Perisian Unit Infotainment Proton X70?

Proton X50 Sah Masuk Malaysia_PanduLaju_2
Proton X50 Sah Masuk Malaysia_PanduLaju_5
Proton X50 Sah Masuk Malaysia_PanduLaju_4

Persoalannya, berapakah harga ditawarkan akan adakah berada dalam julat harga bermula RM70,000 hingga RM80,000. Apa yang pasti SUV ini akan lebih murah daripada X70 yang berharga bermula RM99,800. Jadi ramalan kami, harga Proton X50 mungkin dalam julat RM75,000. Mungkin !!!

Rasanya setakat ini saja kami dedahkan serba sedikit mengenai Proton X50. Belanja sikit dulu. Bak kata CEO Proton, kita belanja sarapan dulu. Yang lain-lain tunggu makan tengah hari dan malam. Apa yang pasti, Proton X50 sah masuk Malaysia.

BACA >>> Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?

BACA >>> 9 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Proton Exora (2019) Facelift, Harga Mula RM59,800!

KREDIT FOTO: The Ajerul

GALERI

Proton X50 Malaysia
Proton X50 Sah Masuk Malaysia_PanduLaju_2
Proton X50 Sah Masuk Malaysia_PanduLaju_5
Proton X50 Sah Masuk Malaysia_PanduLaju_4
proton-x50-daftar-nama
proton-x50-daftar-nama-bg
Proton X50 Malaysia

Artikel Berkaitan

33.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 proton x50, harga proton x50, Proton X50, Proton X50 Malaysia, SUV Proton, suv proton x50

Comments

  1. Babet says

    June 9, 2019 at 6:42 AM

    Betul ke X50 ada variant hybrid & sgt jimat minyak?

    Reply
    • ProtonSales&Marketing says

      June 17, 2019 at 11:41 AM

      tidak, turbo charged engine only, variant eco tidak diperkenalkan di market malaysia

      Reply
  2. 5ruz69 says

    June 9, 2019 at 1:22 PM

    X70 CKD yg harga 99K tu,full spec atau initial price...

    Reply
  3. Max291 says

    June 9, 2019 at 5:15 PM

    Boleh tahu tak samada versi PHEV akan masuk atau tak? Saya menyimpan banyak dah ni.

    Reply
  4. [email protected] says

    June 11, 2019 at 7:32 AM

    may be for my next car

    Reply
  5. Bobby Han says

    June 12, 2019 at 8:32 AM

    Great Proton is catching up

    Reply
  6. W kasim says

    June 12, 2019 at 1:05 PM

    Jelas sekarang Proton digunakan untuk memasarkan kereta Geely Cina ke Malaysia, bukan untuk memasarkan kereta Proton Malaysia ke Cina.

    Reply
    • Zamrin says

      June 14, 2019 at 9:51 PM

      Seharusnya rakyat Malaysia menyokong produk yang berkemampuan untuk bersaing dengan Jenama lain yang setara dengannya dan menawarkan harga yang lebih murah.

      Reply
    • Rizal says

      June 16, 2019 at 10:48 AM

      Kereta apa Yg Proton design muktahir ni, Preve, Exora semuanya teknologi enjin dari mid 2000. Iriz dan Persona guna enjin Honda. Bagaimana nak bersaing jual kereta di China Yg dibarisi oleh Merz, Bmw, VW, Audi dan sebagainya dengan teknologi enjin terkini. Demand pun ke arah enjin hibrid atau full electric untuk pengurangan pencemaran. Tanpa kehadiran Geely mungkin Proton jadi seperti telefon Nokia yang tidak mahu berubah.

      Reply
      • Min Ha Ra says

        June 19, 2019 at 9:05 AM

        Nokia pun da mula berubah selepas tukar CEO. Cuma agak ketinggalan sedikit berbanding brand lain sebab lambat ikut trend. Harap Proton terus memperbaiki dan upgrade pada masa akan datang.

        Reply
  7. Vera Chew says

    June 14, 2019 at 9:13 AM

    Any other colors other then Red!

    Reply
  8. Prof Idrus Masirin says

    July 8, 2019 at 12:42 AM

    Proton adalah jenama. Teknologi adalah motivasi jenama. Kita bina jenama melalui teknologi dan kita bina kepakaran melalui teknologi. Apabila kita dh tahu ttg teknologi auto, kita bina teknologi melalui inovasi dan kepakaran yg ada. Pasti Proton akan jd hebat...

    Reply
  9. Arash says

    July 19, 2019 at 6:59 PM

    Saya tunggu 7 seater. Lambat lagi ke?

    Reply
    • Yusry says

      December 4, 2019 at 5:58 PM

      X50 kluar ogos 2020, 7seater jiaji mungkin lebih lambat

      Reply
  10. Zainuddin Ramly says

    August 10, 2019 at 12:28 PM

    Aku terbayang wajah Najib Razak yang korang ejek 'perompak dan gadai negara pada china' dulu bila projek menyelamatkan Proton dgn Geely.
    Proton dah nak mampos dah 2016 dulu, hutang vendors takboleh bayar, pm luluskan softloan 1.x billion, kawan2 aku keja dalam Proton masih rancak maki Najib time tu.
    Tapi rupanya 'perompak' itulah yang berjasa kepada Proton, hingga blogger dan pencinta automotif tempatan boleh jana semula pendapatan rasa bangga dengan wajah2 model Proton kini berbanding wajah merepek merapu dan hodoh dulu. nilah hasilnya. Terima kasih DSN. Jasamu terbaik. Allah Selamatkan kamu.

    Reply
  11. syarifuddin says

    October 12, 2019 at 7:14 PM

    kalau x50 boleh dapat bawah 80k utk yg enjin 1.5 T... hold dulu sekejap nak angkat vios 2019 ni... huhu

    Reply
  12. Zuraidah says

    March 5, 2020 at 8:44 PM

    Apa pilihan warna proton x50?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
  • Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
    Ducati Catat Perolehan Lebih RM4.7b Sepanjang 2022, Pertama Kali dalam Sejarah!
  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my