Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Perkukuh Perkhidmatan Selepas Jualan untuk X50 Serba Baharu di Borneo!
Auto Terkini

Proton Perkukuh Perkhidmatan Selepas Jualan untuk X50 Serba Baharu di Borneo!

SyafieBy Syafie12/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS dilancarkan pada 24 Julai lalu, Proton X50 Serba Baharu terus mencatatkan kejayaan cemerlang apabila muncul SUV No. 1 Malaysia untuk Ogos 2025 dengan jualan melebihi 4,000 unit.

Dengan rekaan baharu yang lebih bergaya, kabin yang dipertingkat, teknologi pintar lebih sofistikated dan kempen pemasaran yang menyasarkan pembeli muda, model segmen-B ini terus menjadi tumpuan baik secara dalam talian mahupun di bilik pameran.

Tumpuan ke Malaysia Timur – Pusat Pengedaran Alat Ganti Terbesar

Proton memberi fokus besar terhadap peningkatan permintaan di Sabah dan Sarawak dengan memastikan rangkaian selepas jualan sedia beroperasi untuk menyokong populariti X50.

  • Pusat Pengedaran Alat Ganti Wilayah di Kuching menjadi nadi utama, mampu menghantar alat ganti dalam 2 hari untuk pesanan segera dan 7 hari untuk pesanan stok.
  • Kemudahan seluas 28,000 kaki persegi ini tiga kali lebih besar berbanding gudang lama dan mempunyai kapasiti 200 peratus lebih tinggi.
  • Boleh mengendalikan sehingga 6 kontena serentak dengan purata 15-20 kontena diproses setiap bulan.
  • Menyimpan stok antara 3 hingga 3.5 bulan dan mampu menerima penghantaran terus dari luar negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Mr. Zhang Qiang;

Dengan ermintaan pelanggan yang semakin meningkat di Timur Malaysia, pusat ini adalah yang terbesar antara OEM di Kuching dan berperanan sebagai hab utama untuk Sarawak, serta boleh membantu Sabah jika perlu.”

Data Jualan – Timur Malaysia Sumbang 20.6 Peratus Jualan Proton 2025

  • Sumbangan jualan Malaysia Timur: 20.6 peratus daripada jumlah keseluruhan Proton bagi 2025
  • Kongsi pasaran meningkat: dari 19 peratus (2024) ke 19.5 peratus (2025)
  • Top 3 model paling laris:
    • Proton Saga – 13,619 unit
    • Proton Persona – 2,282 unit
    • Proton X50 – 1,387 unit

Momentum jualan dijangka terus meningkat dengan pelancaran model baharu Proton sepanjang tahun ini.

Program Proton Operational Excellence (POE) Diperkukuh

Bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman selepas jualan terbaik, Proton memperkukuh inisiatif POE di seluruh rangkaian.

  • Meliputi standard proses servis, kemahiran juruteknik, pengurusan stok dan pengalaman pelanggan.
  • Setiap outlet dinilai secara bulanan dengan laporan telus dikongsi bersama rangkaian pengedar.
  • 5-star Dealer Award diberikan kepada lima pengedar terbaik setiap bulan sebagai penanda aras perkhidmatan cemerlang.
  • KPI ditetapkan berdasarkan maklum balas pengedar dan amalan terbaik OEM global.

Matlamat utama kami adalah kepuasan pelanggan. Setiap penambahbaikan membawa kami selangkah lebih dekat kepada standard perkhidmatan yang diinginkan.”

Sokongan Selepas Jualan Setaraf Kualiti Produk

Dengan kapasiti pusat alat ganti yang besar, proses penghantaran pantas dan pengukuhan POE, Proton memastikan pemilik Proton X50 serba baharu dan model lain menikmati servis tanpa gangguan.

Usaha ini selari dengan sasaran Proton untuk mengekalkan kepimpinan dalam segmen SUV dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama nasional.

Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Malaysia Timur Perkhidmatan Selepas Jualan Proton X50 2026
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.