Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton ‘Naik Gila’, Dulu Servis RM1,137, Sekarang Hanya RM574
Auto Terkini

Proton ‘Naik Gila’, Dulu Servis RM1,137, Sekarang Hanya RM574

Abang GYLBy Abang GYL02/06/201721 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERMULA 1 Jun 2017, Proton menyemak semula harga alat ganti yang menyaksikan penurunan hingga 40 peratus bagi model-model terpilih. Menurut Proton, penurunan harga alat ganti itu bertujuan meringankan beban pengguna dan seterusnya menggalakkan mereka menggunakan alat ganti tulen sah.

Ini secara tidak langsung menggalakkan pengguna ke pusat servis Proton untuk menyenggara kenderaan mereka.

BACA >>> Proton Masih Kekal Sebagai Kereta Nasional – Syed Faisal

Berdasarkan perbezaan harga sebelum dan selepas penyelarasan, jelas menunjukkan Proton komited mahu memastikan semua penggunanya mendapat alat ganti tulen pada harga mampu milik.

Proton Exora CFE misalnya. Harga servis major bagi 60,000km sebelum ini ialah RM1,137.22. Selepas penyelarasan, harga penyenggaraan bagi tempoh 60,000km hanya RM574.11. Anda boleh lihat perbezaan harga sebelum dan selepas penyelarasan di bawah:

Harga Sebelum
Harga Selepas Proton Exora CVT

promosi servis raya protonMalah, Proton turut menawarkan promosi penapis (oil filter) percuma bagi setiap penukaran minyak pelincir Petronas Syntium SE di pusat servis. Promosi sah sehingga 30 Jun ini. Bagaimanapun, penyelarasan harga alat ganti adalah sah sehingga bila-bila.

Secara peribadi, kami setuju dengan tindakan Proton. Dengan adanya semakan semula harga ini, kami berharap lebih ramai pengguna ke pusat servis Proton. Tapi Proton jangan pula lupa, pastikan setiap masalah yang dihadapi pelanggan dapat diselesaikan. Kami yakin persepsi buruk orang ramai terhadap jenama Proton akan perlahan-lahan pudar dan kepercayaan mereka pulih semula.

Percayalah…

BACA >>> Kalau Saya CEO PROTON, Mungkin Perkara Ini yang Saya Buat…

BACA >>> Adakah Ini SUV Pertama Keluaran Proton? Jika Ya, Mesti Laku Keras!

SENARAI HARGA BAHARU ALAT GANTI PROTON

Proton Suprima S
Proton Saga MT
Proton Saga CVT
Proton Preve Premium
Proton Preve Executive MT
Proton Preve Executive CVT
Proton Persona MT
Proton Persona CVT
Proton Perdana 2.0
Proton Iriz MT
Proton Iriz CVT
Proton Exora CPS MT
Harga Selepas Proton Exora CVT
Proton Ertiga AT
2017 promosi raya proton Alat Ganti Proton alat ganti Proton turun harga Auto Terkini harga proton turun harga servis proton turun promosi raya proton 2017 Proton PROTON Holdings Berhad
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026

    21 Comments

    1. Fahmi on 02/06/2017 22:25

      Sebenarnya kereta proton sama je dgn kereta lain dlm kelas kereta itu sendiri.ada masaalah tersendiri.
      Bagi saya saya rasa wargakerja di pusat servis proton dilihat semacam tiada pengatahuan yang banyak dlm bidang ini @ malas nk mengesan sesuatu kerosakkan pada kereta. Senang depa cakap. . . Oooo masaalah cmni. . .cik kena jumpa bhg. Lain. . . Bagi kami pemilik proton beranggapan bhw. Pusat servis lah segalanya tentang hal2 kereta proton. . . . Mengecewakan kerana ianya tak macam 2. . . .

      Reply
    2. aman nizan on 02/06/2017 23:58

      90% wargakerja di pusat servis proton tiada tahap professionalisma. tiada inisiatif utk memajukan diri. terutamanya yg hands-on troubleshooting. lain rosak, repair ok, problem lain pulak datang. 3,4 kali terpaksa berulang. masih tak ok. kete guna baru 6 bulan. naper haa.. budak2 mekanik tu korang kasi gaji takcukup ke. muka ketat je masa tgh troubleshoot. kita komplen sikit muka dah tukar biru kejap kuning kejap oren. aku rasa diaorang ni mangsa keadaan. setahu aku yg problem skrang ni hanyalah pihak management pusat servis proton, dari atas sampai bawah. woi wake up lah.anak kerja ko takcukup gaji kot. pusat servis patut ada 1001 parts backup. proton jual keta spec bagus, wallah, tapi servis ko mcm sampah. camana proton tak melingkup. keta bagus, servis hancur. woi proton ceo, buat roll call, wake up kan pusat servis. buat kerja bg taraf professional laa. gaji budak2 pomen tu adjust skit..

      Reply
    3. Alex on 03/06/2017 01:30

      Kadang2 kecewa dgn proton. Kita beli mahal2 tp kualiti tak ok. Bukan nk minta the best kualiti mcm BMW atau lain2. Hari tu baru je ambik kereta baru preve premium, time tu petang baru habis keja then kebetulan esok off so semua dah plan nk jln dgn kereta baru, my bad day.. boleh2 je kereta tu mati kat tengah jln sampai org maki2 hon2, terpaksa call toing hantar g service, dah semua ok dua minggu lepas tu kereta problem lg, kali ni masalah turbo, hantar lg g service lepas 2 minggu lg masalah esc. Dalam sebulan boleh dikatakan byk kali keluar masuk service, ada staff smpai suruh nk hold kereta dlm 3hari.. mcm mana org nk g keja kalau hold? Naik uber eh? Dari jb g sg.. paling spoil petang ambik, esok kereta buat hal mati enjin tengah jalan.

      Reply
    4. papanakkals on 03/06/2017 14:16

      ni semua sejak geely ambik alih ni..proton nk clearkan stock lama,,,nak buat year end stock check kot..hehe

      Reply
    5. user on 04/06/2017 08:08

      Haaa….ke ramai pengguna n pemilik kenderaan proton dh x g ke pusat services center proton utk services….masing pergi ke bengkel2 biasa….dn skrg bru nk semak hrga2 spare part….knpa x dr dulu setelah kaun keuntungan gila2….pengguna n pemilik jgk jd mangsa

      Reply
    6. Azam on 05/06/2017 07:10

      Sy bukan pemilik kereta proton tapi sy baru tahu pula harga servis proton lebih mahal dari perodua.. bila tgk carta servis terkejut beruk general servis bole cecah rm 1k..

      Reply
      • Taiko on 09/06/2017 10:11

        Aku lg tekejut sbb aku pakai WISH recon kos servis pun xmcm ni punya mahal.

        Reply
    7. aishiteru on 07/06/2017 08:53

      Saya pemilik kereta suprima s.. Baru je hantar kereta pergi servis kat proton tadi.
      DIa kata disebabkan masalah internet, harga ni tak boleh digunakan lagi..
      Fikirkan nak balik kg, taknak ada problem tgh jalan, proceed je..
      So, total kena hari ni RM1,503..
      Tu pun belas ehsan diskaun sikit kat labour..
      Huhuh.. Tak berayalah den..

      Kalau macam ni, boleh claim balik kat proton ke? Hahahaha

      Reply
      • ABG GYL on 07/06/2017 12:27

        Minta emel kami di editorpandulaju@gmail.com dan kami akan fowardkan pada pihak pengurusan Proton. Sila berikan sekali num pendaftaran dan tempat servis. TQ

        Reply
    8. zam on 09/06/2017 11:07

      admin…cuba tgk betul2 untuk servis 60k …apa yang x sama..mmg la nampak ketara perbezaan harga…cer tgk betul2….

      Reply
      • Md Rizal on 02/08/2017 16:16

        Baru sebentar td ..Saya call Proton Service Centre..Bertanyakan mengenai servis Proton Exora 60km..Mau Rm9++ …Mcm mana pula yg tertera di sini baru Rm 5++.. Chek pening laa

        Reply
    9. Mohd Azuan Mohd Azlan on 28/06/2017 10:43

      saya pergi proton edar servis setapak dan dealer lain untuk banding harga servis Saga SV CVT l. proton edar servis mmg ada potongan harga. cuma diskaun kat sini (setapak@jalan pahang) tak sebanyak dalam jadual di atas. RM850+/- berbanding harga jadual dealer RM1000+/-.

      Reply
    10. Junsu on 14/08/2017 15:05

      boleh guna lagi ke rate 60k km tu skrg ni? sbb tadi kol nak tya harga diorang ckp rm900-1k.. mohon pencerahan.. huhu..

      Reply
    11. NORAIDA WASHIFA BINTI AHMAD _ on 20/09/2017 15:55

      sya bru hantar servis kereta exora cfe..major servis..tak ada pn pihak proton bagitau ada penyelarasan harga sparepart..dia cakap major servis bole mencecah rm1K lebih..tp bole cut cost dulu yg mna x penting..ikut bajet saya..next time servis..buat servis yg tertangguh tu.

      PUSAT SERVIS PROTON TAMAN SEJATI KEDAH

      Reply
    12. Azman on 02/10/2017 15:15

      Saya dh check 3 proton 3s kt JB. Plentong, Larkin, Pasir Gudang utk Suprima S. Harga pengurangan kt jadual tu btol. Tp die x tkr brg yg x penting mcm spark plug,radiator coolant utk 60k major service. Tp camne pn mmg kne major service next time. Harga quotation yg sy dpt larkin rm574(mcm dlm jadual), pasir gudang rm640, plentong rm700 ke bwh. Btol apa yg cik noraida tu ckp. Hrg kt jadual ats tu kire skip major servis. Mohon bantuan. Thanks

      Reply
    13. mrupai on 07/10/2017 09:18

      Proton menetapkan dan tidak pernah berganjak dari mengenakan harga hampir RM400!!! utk brake pad depan kereta exora bold dan preve cfe . Renungkanlah teknik mengenakan harga mcm ni, apa nak jadi.

      Reply
    14. Ali on 09/10/2017 18:33

      Harga dalam jadual atas masih valid ke tuan? Sebab saya baru sahaja servis 30k di pusat servis area damansara dan dikenakan caj dalam 600 ringgit.

      Reply
      • ABG GYL on 09/10/2017 18:39

        Saya syorkan tuan muat turun aplikasi MyProton. Dekat sana tuan boleh tengok harga secara telus.

        Reply
    15. Ahk on 04/11/2017 10:43

      Sejak iswara 1977 hingga kini …masih on the road .. tambah sebiji plk wira guna 2thn no problem tuka waja plk…servis x pernah miss dari mula hingga kini dah 9 tahun kat proton ok jrr keta xde masalah major pun.. ambil sebijik plk preve turbo dh 2 tahun sevis x pernah miss ikut jadual.. kat proton wakil sevis yg sama.. pun alhamdulillah xde major problem. Servis pun bagus….

      Reply
    16. Azhar b Ahmad on 16/04/2018 09:07

      sekarang nie kedai kedai kat luar pun dah pandai wat servis untuk pesona /saga /exora. dll. , setakat proton …..kacang aje bagi depa
      harga pun tak mahal sangat berbanding dekat pusat servis. kalau kualiti servisnya terbaik pengguna tak kisah untuk bayar lebih sikit… tapi budak budak yang dekat pusat servis tu kebanyakan macam tak berapa ada ilmu….benda benda yang sama aje rosak …kena pergi dua tiga kali bagi mengatasi masalah yang sama …… pihak pengurusan proton sila ambil maklum….tentang perkara ini ….kadang kadang kita perlu turun padang …….buat temubual bersemuka dengan pengguna dekat pusat servis. barulah dapat tahu apa masalah yang dihadapi….

      Reply
    17. Haha on 26/07/2018 20:06

      Rasanya tak betul harga ni..masa servis siap bawak lg broucher harga servis..kena gelak je dgn kerani ckp ni harga xbetul..nak tak nak kena ikut je la..kalau x ikut warranty habis deme kata..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.