• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Masih Kekal Sebagai Kereta Nasional - Syed Faisal

Proton Masih Kekal Sebagai Kereta Nasional - Syed Faisal

May 29, 2017 By Abang GYL 1 Comment

366
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIHAN gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sebagai rakan strategik asing (FSP) Proton Holdings Berhad ialah pilihan terbaik untuk mengangkat kembali nama Proton ke persada antarabangsa.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Syed Albar menjelaskan Proton masih lagi kekal sebagai kereta nasional walaupun Geely sudah membeli 49.9 peratus saham Proton.

Dengan pegangan 50.1 peratus, DRB-HICOM masih lagi memegang kepentingan majoriti dalam Proton. Pembelian saham oleh Geely tidak menjejaskan status Proton sebagai kereta nasional.

"Pemilihan Geely sebagai FSP Proton mengambil masa lebih daripada 12 bulan dengan menjalani analisis, lawatan ke tapak dan kriteria penilaian berdasarkan proses bidaan antarabangsa.

"Dalam erti lain, kita perlu mencari rakan kongsi yang memahami apa kita mahu dan perlukan serta sanggup mengharungi perjalanan ke arah mencapai matlamat itu. Geely ialah pilihan terbaik."

- DATUK SERI SYED FAISAL SYED ALBAR, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM

Selain Proton, Geely turut memiliki ekuiti sepenuhnya dalam syarikat pembuat kereta sport Britain, Lotus. Pengeluar autmobil dari China itu bakal memiliki 51 peratus saham Lotus, sekali gus menjadikan pemilik baharu Lotus.

BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely

BACA >>> Trivia Geely - Gergasi Automotif China - yang Perlu Anda Tahu

NAMA PROTON DIKEKALKAN

Tambah Syed Faisal, antara sebab lain Geely dijadikan pilihan FSP kerana pemilik jenama Volvo itu bersetuju mengekalkan plat nama Proton. Menurutnya lagi;

"Begitu juga ketika mengambil alih jenama Volvo sebelum ini. Geely menghormati Sweden ketika membeli Volvo pada Ogos 2010. Lebih menarik, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton akan diiktiraf sebagai salah satu daripada Pusat Kecemerlangan Kumpulan Geely.

"Persetujuan itu bukan saja baik untuk Proton, tetapi juga negara. Jurutera kita akan bekerja seiring kumpulan terbaik antarabangsa, dan boleh dihantar ke mana-mana kemudahan Geely di dunia. Kami yakin DRB-HICOM tidak mungkin dapat menemui rakan kongsi lebih baik daripada Geely."

SUMBER: Berita Harian

Related

366
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, Proton, Proton masih kereta nasional, rakan strategik asing, Rakan Strategik Asing (FSP), Syed Faisal Syed Albar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev