• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely

Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely

May 24, 2017 By Abang GYL 11 Comments

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pandu uji proton saga 2016MASA dinanti-nantikan kini tiba. Pengeluar automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sah memperoleh 49.9 peratus pegangan saham dalam Proton Holdings Berhad.

Majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM dan Geely disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di Putrajaya.

Pembelian saham itu membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah jenama Geely selain berpeluang menembusi pasaran sedia ada di China, termasuk pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara (Asean).

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton akan terus kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

“Sememangnya hasrat kami ialah untuk menghidupkan semula jenama Proton di seluruh dunia. Tambahan lagi, Proton ialah kereta nasional yang pertama dan sudah memiliki sejarah selama 30 tahun,” kata Syed Faisal.

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

Dalam pada itu, Proton akan menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam syarikat pembuat kereta dari Britain, Lotus, kepada Geely Holding, sekali gus menamatkan penglibatan dalam segmen kereta sports.

Geely Holding, yang juga pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company, adalah antara pengeluar utama kenderaan penumpang China.

Syarikat tersebut memiliki operasi di seluruh dunia merangkumi 16 kilang pembuatan, tujuh studio rekabentuk dan lima pusat penyelidikan & pembangunan (R&D).

Usahasama dengan Proton akan membolehkan Geely bertapak di pasaran Asean dan meningkatkan penglibatannya dalam industri pembuatan serta R&D serantau.

BACA >>> Apa Akan Jadi Jika PROTON Sudah Tiada?

Artikel Berkaitan

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: DRB-Hicom, Geely, geely beli proton, Lotus, lotus milik geely, Proton kini milik geely, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd

Comments

  1. Saga3 says

    May 24, 2017 at 5:37 PM

    Mengikut laporan berita sebentar tadi Geely memperoleh 51% pegangan dalam Lotus PLC, manakala 49% lagi menjadi pegangan Etika Automotive Sdn Bhd..

    Reply
  2. Norman says

    May 24, 2017 at 7:29 PM

    Kwputusan paling teruk...

    Reply
  3. Saga3 says

    May 25, 2017 at 10:20 AM

    Memandangkan segment sportcar sudah tiada lagi, Proton perlu memperluaskan division R3 bagi segment kereta keluarga berprestasi Tinggi.. Maksud memperluaskan disini, setiap model Proton perlu ada Varian R3 yang berprestasi Tinggi.. Terhad kepada beberapa ratus unit setahun..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my