Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Masih Pengeluar Kereta Nasional, Penuhi Kriteria Dasar Automotif Negara 2020
Auto Terkini

Proton Masih Pengeluar Kereta Nasional, Penuhi Kriteria Dasar Automotif Negara 2020

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize14/03/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUMBANGAN Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kepada industri automotif tempatan membuatkan kedua-dua syarikat masih diberi layanan sebagai pengeluar kereta nasional.

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat kereta berkenaan harus memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dipatuhi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong

Dengan adanya kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah NAP 2020, mana-mana syarikat selain Proton dan Perodua yang dapat memenuhi kriteria-kriteria itu juga layak dipertimbangkan untuk diberi layanan sebagai Projek Kereta Nasional,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) bertanyakan sebab Proton masih diberikan pelbagai layanan istimewa memandangkan ia bukan lagi kereta nasional.

Chin Tong berkata, antara kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagai ‘Malaysian Vehicle Project’ boleh dijadikan panduan termasuklah majoriti pemilikan tempatan, memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian pembekalan tempatan, menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Proton telah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, iaitu sekitar 8,500 orang di mana 99 peratus adalah rakyat tempatan, katanya.

Proton melantik lebih daripada 180 syarikat tempatan Tahap-1 dalam rantaian pembekalan keseluruhannya dan nilai purata perolehan tempatan adalah antara 75 peratus sehingga 80 peratus terutamanya bagi model-model yang dibangunkan secara tempatan sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, MITI akan sentiasa memantau pematuhan Proton dan Perodua ke atas kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan bersedia untuk mengemaskini dasar dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan industri automotif global.

BACA >>> Proton Persona Jadi Sedan Segmen-B Paling Laris Sepanjang Februari 2023
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Ada Pantang Sebelum 1,000km, Jangan Lenjan Saja!

SUMBER: Bernama

MITI Pengeluar kereta nasional Perodua projek kereta nasional Proton
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. kereta perodua on 18/03/2023 15:45

      terbaik proton. kereta perodua bersama anda

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.