Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Masih Kekal Sebagai Kereta Nasional – Syed Faisal
Auto Terkini

Proton Masih Kekal Sebagai Kereta Nasional – Syed Faisal

Abang GYLBy Abang GYL29/05/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMILIHAN gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sebagai rakan strategik asing (FSP) Proton Holdings Berhad ialah pilihan terbaik untuk mengangkat kembali nama Proton ke persada antarabangsa.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Syed Albar menjelaskan Proton masih lagi kekal sebagai kereta nasional walaupun Geely sudah membeli 49.9 peratus saham Proton.

Dengan pegangan 50.1 peratus, DRB-HICOM masih lagi memegang kepentingan majoriti dalam Proton. Pembelian saham oleh Geely tidak menjejaskan status Proton sebagai kereta nasional.

“Pemilihan Geely sebagai FSP Proton mengambil masa lebih daripada 12 bulan dengan menjalani analisis, lawatan ke tapak dan kriteria penilaian berdasarkan proses bidaan antarabangsa.

“Dalam erti lain, kita perlu mencari rakan kongsi yang memahami apa kita mahu dan perlukan serta sanggup mengharungi perjalanan ke arah mencapai matlamat itu. Geely ialah pilihan terbaik.”

– DATUK SERI SYED FAISAL SYED ALBAR, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM

Selain Proton, Geely turut memiliki ekuiti sepenuhnya dalam syarikat pembuat kereta sport Britain, Lotus. Pengeluar autmobil dari China itu bakal memiliki 51 peratus saham Lotus, sekali gus menjadikan pemilik baharu Lotus.

BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton – Lotus Kini Milik Geely

BACA >>> Trivia Geely – Gergasi Automotif China – yang Perlu Anda Tahu

NAMA PROTON DIKEKALKAN

Tambah Syed Faisal, antara sebab lain Geely dijadikan pilihan FSP kerana pemilik jenama Volvo itu bersetuju mengekalkan plat nama Proton. Menurutnya lagi;

“Begitu juga ketika mengambil alih jenama Volvo sebelum ini. Geely menghormati Sweden ketika membeli Volvo pada Ogos 2010. Lebih menarik, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton akan diiktiraf sebagai salah satu daripada Pusat Kecemerlangan Kumpulan Geely.

“Persetujuan itu bukan saja baik untuk Proton, tetapi juga negara. Jurutera kita akan bekerja seiring kumpulan terbaik antarabangsa, dan boleh dihantar ke mana-mana kemudahan Geely di dunia. Kami yakin DRB-HICOM tidak mungkin dapat menemui rakan kongsi lebih baik daripada Geely.”

SUMBER: Berita Harian

Auto Terkini Geely Proton Proton masih kereta nasional rakan strategik asing Rakan Strategik Asing (FSP) Syed Faisal Syed Albar
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.