Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Lepasi Angka Jualan 100,000 Unit Kenderaan, Terbaik Sejak 2015!
Auto Terkini

Proton Lepasi Angka Jualan 100,000 Unit Kenderaan, Terbaik Sejak 2015!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Holdings Bhd (Proton) menutup 2019 dengan mencatatkan 11,117 unit jualan pada Disember lalu yang juga jualan tertinggi keseluruhan 2019, meningkat 112 peratus berbanding bulan sama pada 2018.

Angka jualan itu bersamaan 20.5 peratus daripada  jumlah jualan kenderaan (TIV) pada Disember dan juga kali pertama Proton menjual lebih 11,000 unit kenderaan dalam sebulan sejak Julai 2014.

Hasilnya, jumlah jualan sepanjang 2019 mencapai angka 100,821 unit kenderaan (domestik+eksport) , juga kali pertama Proton melepasi angka jualan 100,000 unit kenderaan sejak 2015. Angka jualan itu meningkat 55.7 peratus berbanding 2018.

Ini meletakkan Proton sebagai satu daripada lima jenama automotif yang mencatatkan jualan tertinggi Malaysia sepanjang 2019. Perkongsian keseluruhan pasaran yang dikuasai pengeluar nasional itu sepanjang tahun dianggarkan 16.7 peratus, iaitu angka tertinggi sejak 2014.

BACA >>> 7 Perkara Patut Anda Tahu Tentang Proton Iriz (2019) Facelift – Harga Bermula RM36,700!

X70 PALING LARIS

Berikut prestasi angka jualan dicatatkan Proton sepanjang 2019 membabit lima model, seperti berikut:

  • Proton X70 – 26,331 unit
  • Proton Saga – 38,144 unit (3,892 unit – Disember 2019), meningkat 36 peratus
  • Proton Persona – 21,876 unit (3,384 unit – Disember 2019), meningkat 29 peratus
  • Proton Iriz – meningkat 97 peratus
  • Proton Exora  – meningkat 40 peratus

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, X70 dan Saga adalah ramuan utama kepada kejayaan jualan Proton sepanjang 2019.

“Kami terkesan dengan populariti X70 dan mahu berterima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka walaupun ia segmen pasaran baharu buat Proton.

“Bagi Saga, dengan lebih 41,000 tempahan dan masih meningkat, ia kekal sebagai produk teras kami dan pilihan popular tanpa mengira usia, status dan kuasa beli pembeli, menjadikan ia kereta buat semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, Proton bekerja keras melancarkan empat model dinaik taraf pada 2019, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Hasilnya, angka jualan dicapai membuktikan pengeluar nasional itu berada atas landasan tepat yang mana keputusan memperkenalkan empat model tahun lalu dengan ciri pintar mendapat sambutan baik kalangan pembeli.

“Pada masa sama, kami juga menumpukan kepada penambahbaikan kualiti produk dan menjelang akhir 2019, skor audit kualiti dalaman syarikat mendapat 1,190 mata GCPA, meningkat lebih enam kali ganda berbanding 2017 ketika kami mula menggunakan unjuran tersebut.

“Ini juga skor kualiti yang lebih baik berbanding apa Geely ada sekarang, membuktikan kejayaan usaha kami,” kata Dr Li.

BACA >>> Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!

 

 

Auto Terkini Dr. Li Chunrong jualan proton meningkat Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) keuntungan Proton meningkat proton exora PROTON Holdings Berhad Proton Holdings Bhd Proton Iriz Proton Persona Proton X70 TIV TIV Proton Disember 2019
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.